Persiapan Raya Dah Onz Ke Belum Korang?




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Persiapan Raya Dah On Ke Belum Korang? / Sejak bebarapa tahun ni, memang terbatas persiapan raya saya dan keluarga main pakai apa yang ada.... Susah nak match bagai.... lagi lagi husband memang tak beli baju raya atau tak tempah baju raya.. Tahun lepas saya ada beli untuknya kurta uniqlo secara online. Tahun ni langsung tak bersiap apa.... 


Itu la baju raya diorang pink color



Untuk anak-anak, masa majlis dinner Digital Media Awards sebelum puasa lepas, saya terjumpa baju kurung RM19.00 untuk mereka pakai masa dinner tu, so itu la buat baju raya mereka.... Malangnya kain kakak tu singkat, allhamdulillah ada kain putih saya yang masih saya pakai, kain tu kain baju saya masa kahwin dulu... dah muat untuk kakak pakai.... so jadi lah untuk kainnya.... cuma untuk baby Nur Jannah je tak de baju kurung.... Jannah ni biasa bajunya recycle kakak-kakaknya.... hehehe


Saya?
Ada baju tahun lepas, bila saya pakai mengembang semacam macam baju pregnant... kekeke..... aduih.... kalau itu dah rezeki blasah je la sheila....hehehe.... kalau ada rezeki lain insyaaAllah boleh beli baru, aminnn! kekeke.....

Ukur Baju di Badan Sendiri
Untuk bebarapa tahun ni kalau raya kami memang guna baju yang tersedia ada! begitu la, lumrah hidup macam ni la.... tak perlu fikir sangat, ukur baju dibadan sendiri! kalau banyak itu rezeki kita itu la, syukur apa yang ada..... Allah tak pandang pun apa yang kita pakai! tapi malangnya kita selalu fikir apa yang makhluk pandang.



Ini kali pertama sedondon, ini pun baju recycle untuk pakai raya.... ini last beli baju sedondon dan tempah. Masa ni baby Jannah kecil lagi baru beberapa bulan. Dia pun tak ada baju, saya beli baju tu last minute nak raya... Nur Jannah memang dari kecil sampai ke 2 tahun lebih ni saya jarang beli baju kat dia.... sebab dah ada baju kakak-kakaknya.... dan mungkin sebab lain limitasi budget! Apa pun kami bersyukur apa yang ada. Tak la nak havoc bergaya, sebab Allah Maha Penyayang Dia hanya bagi apa yang kita perlu.... bukan apa yang kita hendak! Syukur Allah kurniakan saya anak perempuan, sebab Allah Yang Maha Menyusun segalanya, dia tahu saya tak mampu nak sediakan baju-baju baharu untuk anak-anak.

Dua bulan lepas ada sahabat sedekahkan saya sekotak baju dengan sport shoe dan bag... Allahu.... terima kasih sangat. Suka la anak-anak saya! Saya pun tak sangka akan dapat semua tu.... orang macam saya ni pun boleh dapat ke? sedangkan kami tak la miskin sangat, susah sangat.... Masih ada pakaian walaupun bukannya baharu,,,,, terkejut sangat dengan pemberian tersebut! Semoga sahabat dimurahkan rezeki dunia akhirat. Bulan mulia ni saya doakan mereka diampunkan dosan, dapat surga dan dibebaskan dari azab neraka.... Aminnn....

Tak Ada Baju Raya Tak Boleh Raya
Niat kita nak raya ni apa? tak semestinya tak ada baju raya tak boleh raya. Jangan dibelenggu fikiran kita dengan "apa orang kata". Cuba semat dalam hati yang dalam tu "apa Allah kata".... nak pekak kan telinga untuk dengar dari apa orang kata ni susah! kena iman yang kuat. Lagi susah kalau orang sekeliling semua pakai yang hebat-hebat design baru, jenama terkenal, masing-masing masa raya nak tunjuk lawa. Nak minta pujian! maaf kata.... memang sukar la nak bentengkan diri daripada apa yang orang kata. Lupa terus "apa Allah kata" wasatiah! ukur baju dibadan sendiri..... boleh beraya juga kalau tak ada baju baharu pun! yang penting niat beraya nak eratkan silaturahim, bermaafan, menyambut kegembiraan....


Tak Teringin ke Nak Pakaian Hebat dan Serba Mewah?
Mesti ada orang tanya saya tak teringin ke nak pakaian hebat. Sejujur saya kata ye! orang perempuan, lumrah mesti la teringin. Kalau teringin macam mana pun rezeki saya cukup sekadar itu, saya terima seadanya. Sukur itu menambahkan kekuatan nurani saya kepada Yang Maha Memberi Rezeki, kerana saya akan nampak ada lagi mereka yang susah jauh berbanding saya. 

Minda Orang Bisnes
Kalau orang bisnes kata lak, kalau teringin buat job banyak-banyak boleh beli apa yang nak! Inilah hasilnya dengan bisnes yang dilakukan.... Itu boleh ubah hidup dengan senang dan mewah. Beringat! Kena ingat juga niat dan tujuan kita kat dunia ni? apa yang dilakukan bergantung pada niat.... seperti mana sahabat Nabi yang saya suka, seperti Abdurrahman bin Auf, Zahid bin Tsabit....

So, sebab ini salah satu benteng diri saya! saya tak kisah apa orang kata, saya selalu pakai pakaian yang sama.... sebab hanya sahaja tahu macamana rezeki saya! Orang boleh kata macam-macam tapi orang tak lalui apa yang saya lalui.... sebab semua ini asbab saya telah melalui proses cuci minda hati dengan pelbagai ujian yang saya saya lalui, Allahuakhbar.... Saya seronok dengan semua ini! saya tak perlu nak bertanding hebat dengan orang lain. Dan saya tak kisah pun orang kaya raya! kerana saya tahu ada lagi Yang Maha Kaya Raya..... 

Alaaaa, Baju Raya Je Pun
Bab baju raya je pun! hehehe..... apa-apa uols bersyukur apa yang ada, jangan pikir apa orang nak kata ye! Apa yang Allah bagi kita terima seadanya. Kalau rezeki kita lebih, Allhamdulillah syukur  Allah Ya Razzaq, dan hulurkan agihkan bersama rezeki tersebut kepada yang memerlukan..... Jangan peningkan kepala apa nak pakai, peningkan kepala dengan macamana nak kuatkan ibadah sepuluh malam terakhir. 


Semoga anda semua dimurahkan rezeki dunia akhirat! Aminnn.... 

5 comments:

  1. setuju tu kak shiela, wani pun x fikir sangat tahun ni,rasa dah tua kot nak fikir cam budak2 haa.. adik beradik pun first raya ramai x balik, sebab tahun lepas dah berkumpul sesama,kita ni kadang2 dok fikir apa yang makhluk pandang. selalu ingat pesan mak jangan pandang orang atas, pandang orang bawah dari kita. :)

    ReplyDelete
  2. sama la kami x berapa nk raya sebab ayah nak kena operate

    ReplyDelete
  3. saya pun macam biasa saja persiapan, apa yang mampu dibeli saya beli tak mampu pakai je yang mana ada alhamdulillah rezeki dari Allah masih ada

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Bersyukur Apa adanya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.