Digital Media Interpreneur Award Cungkil Kreativiti dan Keusahawanan Pelajar




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Digital Media Interpreneur Award Cungkil Kreativiti dan Keusahawanan Pelajar / Allhamdulillah.... Salam Sayang, Salam Nisfu Syaaban....  Rentetan daripada bengkel blog pelajar, penganjur yang merupakan para pendidik di Jabatan Teknologi Multimedia, bagi program Teknologi Media, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM akan menganjurkan satu anugerah pengiktirafan terhadap para pelajar yang telah bertungkus lumus dalam pengajian dan tugasan mereka menerusi bidang yang terdapat di dalam Pusat Pengajian Teknologi Multimedia UUM.



Pengajuran ini adalah buat kali ketiga diadakan sejak tahun 2016. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun sebelum ini, ia hanya difokuskan kepada bidang penyiaran sahaja bagi kelas yang mengambil bidang penyiaran. 


Gambar di atas adalah pengajuran kali kedua yang diadakan pada pengakhiran tahun 2017. Bagi tahun 2019, anugerah ini diperluas dan dibuka kepada beberapa bidang lain di dalam program Teknologi Media iaitu Periklanan Digital dan juga Kewartawanan Digital. Pada pengajuran kali kedua sebanyak enam kategori dinilai menerusi tiga segmen.


Namum, bagi pengajuran kali ini terdapat 7 segmen dipertandingan dengan dengan hampir 25 kategori bagi setiap bidang iaitu penyiaran, periklanan, kewartawanan, blogger, media sosial dan juga media kreatif.

Pengajuran pada kali ini menwarkan wang tunai sebagai hadiah iaitu bagi tempat pertama dengan RM100, tempat kedua RM80 dan tempat ketiga RM50. Ini adalah pengiktirafan dan sumbangan kepada para pelajar dengan hasil penat lelah mereka menyiapkan tugasan yang diberikan malah memdidik mereka bagaimana menjadi usahawan menerusi bidang yang mereka ceburi. 

Oleh itu, anugerah "Anugerah Penulis Blog", disertai oleh peserta daripada bengkel blog yang telah saya jalankan pada bulan lepas.

Baca --->>> Apa hebatnya Bengkel Blog Sheila Inspire Dot Com

Tips Kejayaan Dengan Hati Yang Tenang
Akhir kata, semoga mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan untuk menjaga insan yang berjaya jangan ada perasaan iri hati, jauhkan perasaan benci dengan erti kata lain hati mahu bersih. Jika hati kita bersih apa jua yang kita ceburi, insyaaAllah mendatangkan kejayaan yang murni dan suci. Apa yang utama ketenangan! tak berbaloi jika mencapai titik jaya dengan hati yang tidak tenang. Jangan mudah berprasangka jauhi hasad dengki, apa yang utama team work dan jangan sombong. 

Allhamdulillah.... Amin.....

2 comments:

  1. SALAM NISFU SYAABAN MOGA SUKSES SETERUSNYA

    ReplyDelete
  2. Thanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with more information? It is extremely helpful for me. smm panel

    ReplyDelete

Powered by Blogger.