Jalan-jalan
Travelogue
Homestay Purnama 'Annur Gerik: Homestay Murah dan Selesa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Homestay Purnama 'Annur Gerik: Homestay Murah dan Selesa / Allhamdulillah, melangkah edisi travelogue jelajah bumi Perak membawa saya dan keluarga mendapat Nur di di Homestay Purnama 'Annur Gerik... hehehe.... Melangkah masuk ke dalam teratak yang penuh segar dengan debunga mentari bunga-bunga matahari sangat menceriakan hati kami yang kepenatan sepanjang perjalanan terubat jua...
Teratak ini mempunyai 3 bilik sangat selesa untuk tiga keluarga yang besar kerana ia mampu memuatkan ramai penghuni. Teratak ini boleh muat kalau uols mempunyai anak-anak yang ramai, kiraan saya ia boleh muat dalam 15 orang.
Kelengkapan Dapur Yang Cukup
Sudah tentu jika anda mempunyai anak kecil atau keluarga yang besar mahu sahaja menjimatkan kos makan, anda boleh masak sendiri kerana Homestay Purnama 'Annur ini menyediakan kelengkapan memasak yang lengkap. Minuman readymade juga disediakan. Selain itu, beras dan bahan memasak juga turut dusediakan. Uols tak yah susah-susah nak beli beras tau....
Ruang Makan
Ruang makan yang luas dan dapur yang luas cukup selesa untuk penghuni. Yang utama, teratak sangat bersih dan sangat selesa untuk saya dengan anak-anak kecil ni....
Bilik Air dan Mesin Basuh Untuk Mencuci Pakaian
Dah tentu kalau anda travel dalam masa yang lama, anda sangat memelukan mesin basuh untuk mencuci pakaian. Jangan risau, di teratak ini menyediakan kelengkapan alatan mencuci yang lengkap. Dengan 3 bilik air yang disediakan anak-anak tak perlu berebut ye, antara satu sama lain...
Ruang Tamu Dengan Televisyen dan Penghawa Dingin
Selain itu, jangan risau tv pun ada jika ia keperluan untuk kita semua. Yang penting jaga kebersihan.... ye la ruang tamu yang luas, anak-anak lebih gemar lepak di hadapan tvkan.... Yang utama ruang tamu disediakan penghawa dingin.
Lokasi Strategik di Bandar Gerik
Jika anda mahu ke Gerik, Homestay Purnama 'Annur adalah lokasi yang sangat strategik untuk menginap. Antara aktiviti yang terkenal di Gerik seperti mendaki bukit Gerik dan sebagainya. So, buat pilihan yang tepat dan nak tahu berapa harga semalam anda boleh menghubungi:
Talian Homestay Purnama Annur:
011.5860.6181
Facebook:
Wah bestnya..nanti ke grik boleh singgah bermalam
ReplyDelete