Syiling Peringatan Tun Mahathir Dengan Emas 999: Jadikan Koleksi



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Syiling Peringatan Tun Mahathir Dengan Emas 999: Jadikan Koleksi / Allhamdulillah. Siapa tak kenal dengan Tun Mahathir kan? Perdana Menteri yang membuat catatan sejarah bagi negara kita.Ye la dengan izin Allah dua kali Tun menjadi Perdana Menteri, di kala usia beliau 93 tahun kali kedua dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysi yang ke 7 pada 10 Mei 2018. Pada kali pertama beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981 sehingga 2003. Banyak jasa-jasa beliau untuk pembangunan negara yang kesemuanya meraih kejayaan.


Sumbangan Tun Mahathir

Antara  kejayaan  projek-projek mega yang berbentuk material yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC),  Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower), Menara KL (KL Tower), Jambatan Pulau Pinang,  Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua) Litar Formula One Sepang, pembangunan Putrajaya dan mengalihkan pusat pentadbiran negara daripada ibu negara Kuala Lumpur ke Putrajaya. Selepas persaraanya sebagai Perdana Menteri Malaysia  keempat  pada 31hb Otober 2003, nama Tun Dr Mahathir telah berada di kemuncak kegemilangan di persada  antarabangsa. Beliau  telah mendapat  anugerah Tun  iaitu satu  anugerah penghormatan  tertinggi  di  Malaysia kerana perkhidmatannya yang cemerlang sebagai Perdana Menteri Malaysia  selama 22 tahun  iaitu satu era kepimpinan yang paling lama di Asia Tenggara.

Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Menara Petronas, yang juga dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas (Menara Petronas, atau Menara Berkembar Petronas), adalah pencakar langit berkembar. Mengikut definisi dan kedudukan rasmi Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Perkampungan (CTBUH), mereka adalah bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004 dan kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Bangunan-bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur, bersama dengan Menara Kuala Lumpur yang berdekatan. 


Syiling Peringatan Tun Mahathir
Sehubungan itu, dengan pemerintahan Tun buat kali kedua ini Syiling Peringatan Tun Mahathir telah dilancarkan bagi memberi penghormatan buat Tun yang berjiwa kental dan meraih kejayaan memimpin negara buat kali kedua. 

 


Jom kita close up sikit duit syiling emas ni.. hehee. Ni la syiling emas Edisi Terhad Tun Dr Mahathir. Di Bahagian hadapan, ada nama dan muka Tun M. Bahagian belakang, lambang Pakatan Harapan.
 
Syiling Emas ni memang betul-betul emas ye, ketulenan emasnya ialah 999, dengan berat 0.1 gram. Syiling emas ni telah diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise. Bagi uols yang suka mengumpul koleksi syiling dan duit lama ini lah masanya untuk menjadikan Syiling peringatan Tun M ini sebagai koleksi istimewa. 



Dah tentu nak tahu berapa harganya kan.... kannn kannnn.... harga yang ditawarkan ialah RM160 dan sangat berbaloi. Kenapa ia berbaloi, seperti yang saya katakan tadi ia adalah daripada emas tulen iaitu 999... fuhhhh....


Uols mesti miliki koleksi duit syiling emas Tun M ni tau kalau yang betul-betul minat dalam hobi mengupul barangan lama...  kerana ia sangat memorable sangat. Susah tau nak dapat. Bukan setiap tahun ada. dan ini adalah keluaran terhad k. 


Apa lagi kalau uols berminat untuk dijadikan koleksi untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari:

Laman web rasmi 

Facebook

Instagarm:  
 
 

 






No comments

Powered by Blogger.