Menu Ketika Berpantang Bersalin

Semalam ps duk cari-cari menu pantang bersalin.... Maklum ler 1st baby dulu masa lahir kan putributterfly ps, makan nasi kosng dengan ikan haruan bakar saja.... tapi tu pun xde orang ada gak ps cilok kuih muih masa bulan puasa tu.... semua kuih muih kelantan best2 kan.,... hehehe


tapi kali ni, ps kena la cari altenatif sendiri untukjaga diri sendiri ni.... dulu hubby ps yang jaga ps kat kampung walaupun berpantang duduk dengan mak ayah ps.... tapi mak ps sentiasa jer busy dengan keje dia.... boleh kira jer berapa kali dia tolong masak nasi dan mandikan putributterfly cucu pertama dia tu.... erm.... nak buat camana kan, mak ps tak de anak ramai, ps cuma dua beradik, dia tak biasa la dengan benda ni semua.... makan masa pantang pun mak suruh makcik tolong tumbuhkan lada hitam tuk ps makan....

kali ni ps siap-siap ler cari menu pantang, hubby ps keje, memang bila ps bersalin baru dia akan balik... time ps bersalin tu may be dia xde la kan... ps kena survive sendiri jaga baby, putributterfly dan diri ni.... insyaAllah hope tak susah kan mak ps... takut nanti kalau susah kat dia.... kalau nak duk rumah mak mertua pun, mesti mak ayah ps tak bagi.... ps harap sangat segalanya dipermudahkan....

menu ps dah dapat dari tenet, hasil cari mencari.... ermmm tapi kena tengok juga, biasa kat kelantan ni benda tak boleh makan tapi kat negeri lain boleh makan.... nanti kang bising lak mak dan makcik2 ps... nak tanya mak dia ada benda yang belum tentu dia tahu....




Makanan Dalam Pantang Lepas Bersalin 

AYAM KUKUS LADA HITAM

Bahan2 : Seketul ayam, sedikit lada hitam, sedikit halia, sebiji bawang putih ( perapkan semua bahan selama 30min )

SAWI MASAK AIR

Bahan2 : Segenggam sawi, sebiji bawang merah dan bawang putih 

IKAN HARUAN REBUS

Bahan2 : Seekor ikan haruan, 2 biji bawang putih, 1 tangkai lada merah, sedikit halia dan lada hitam


IKAN HARUAN BAKAR

Bahan2 : Seketul ikan haruan, 1 biji bawang putih, sedikit lada hitam dan halia ( perapkan selama 30min )

IKAN TENGGIRI GORENG KUNYIT

Bahan2 : Seketul ikan tenggiri, sedikit kunyit hidup, sedikit halia dan lada hitam ( perapkan 30min )

ULAM PEGAGA

Bahan2 : Segenggam pegaga di hiris kasar, sedikit lada hitam dan ikan bilis di tumbuk

IKAN HARUAN KUKUS LADA HITAM

Bahan2 : Seekor ikan haruan, 2 biji bawang putih, sedikit halia dan lada hitam ( perap 30min )


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM KUNYIT

Bahan2 : Seketul ikan tenggiri, 2 biji bawang putih, sekeping asam, sedikit halia

IKAN BILIS GORENG LADA HITAM

Bahan2 : Segenggam ikan bilis, sedikit lada hitam ditumbuk ( gorengkan semua bahan tanpa minyak hingga ikan bilis garing )


makanan dalam pantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam





ps : tapi ada makanan kat atas tu kat orang kelantan x bagi makan macam ayam tu, ikan pun ada jenis yang boleh nak tak boleh, ps tak ler arif sangat pasal ni.... tu duk cari info then bandingkan... kalau boleh makan ulaman dan ikan haruan saja pun dah ok.... Allhamdulillah.... 



9 comments:

  1. a'aa ada org xbg mkn ayam kan.. katanya takut gatal..

    *apa produk yg hubby akak syor kan tu yer?.. nak tau gak.. hihi

    ReplyDelete
  2. bgus info ni utk sy juge... waaaa byknye tak boley mkannnn.... huhu

    ReplyDelete
  3. wah perkongsian yang berguna sangat.. utk anak pertama dulu memang rebus2 jer mak suruh saya makan.. husband saya pun sama.. dia masakkan saya rebus2 jer.. lepas ni dah boleh dah try menu2 ni..

    ReplyDelete
  4. ayam pun wani xmkn dalam pantang..ada setengah kata boleh ada setengah kata xboleh...senang citer lebih baik elakkan makan hehe....yg selalu makan sayur sawi dgn ikan kering jer la dulu ni ehee

    ReplyDelete
  5. baguskan skrg..boleh google jek menu utk pantang.klu tak mesti makan nasi kosong dgn ikan bakar je.

    ReplyDelete
  6. entry berguna ni, esok kalau dah kawen nak pantang, bukak blog je carik :)

    mekasih singgah n follow blog saya :)

    ReplyDelete
  7. betul tu kak,kita ni pantang ikut negeri jugak kan.bukan boleh mkn sembarangan,mcm rara roti x leh mkn.mak x bg sbb ada yis katanya.

    ReplyDelete
  8. Bunga kantan??? Biar betik... bunga kantan tu org duk pantang setaun xmkn kot... ni betul ka info ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hanya perkongsian dr sumber yg akak ambil. Berpantang ni ikut adat, culture, lifestyle dan negeri msg2 apa yg boleh dan tak boleh...

      Delete

Powered by Blogger.