Penginapan di sekitar Pekan Changlun untuk ke UUM / Selamat Datang Ke Pekan Changlun. Bagi anda yang buat datang ke Changlun atau Sintok, mencari tempat penginapan, di sini ada beberapa penginapan untuk anda duduki. Justeru, di bawah ini saya senaraikan homestay yang berdekatan dengan UUM... sebenarnya kawasan UUM banyak taman dan setiap taman mesti ada homestay. Bagi yang belum datang ke Changlun, bandar Changlun merupakan pekan yang paling hampir dengan UUM sebelum anda ke Sintok. Untuk ke UUM Sintok anda akan melalui pekan ini lebih kurang 10km. Bila sampai traffic light BSN, stesen bas, KFC, itu maknanya anda dah sampai ke pekan Changlun.
Sebelum sampai di trafict light Changlun anda akan menjumpai T-Hotel. Matlumat T-Hotel No.1A, Pekan Lama, Changlun 06010 Jitra, Kedah, Malaysia. No telefon (+604) 9248 888 emel: changlun_frontcounter@thotel.com.my. Anda boleh menghubungi hotel ini untuk booking atau anda juga boleh menggunakan laman sesawang TRAVELOKA di SINI
Sebelum sampai di trafict light Changlun anda akan menjumpai T-Hotel. Matlumat T-Hotel No.1A, Pekan Lama, Changlun 06010 Jitra, Kedah, Malaysia. No telefon (+604) 9248 888 emel: changlun_frontcounter@thotel.com.my. Anda boleh menghubungi hotel ini untuk booking atau anda juga boleh menggunakan laman sesawang TRAVELOKA di SINI
![]() |
Sumber google |
Signboard yang menunjukkan arah "Sintok" itu adalah jalan kampung untuk ke UUM Sintok. Kalau anda ikut jalan tu banyak juga taman-taman perumahan sepanjang jalan tersebut dan banyak homestay. Ada juga budget hotel tanpa nama dan bintang di Taman Resak selepas stesen minyak Shell. Anda juga boleh ambil terus ke Bukit Kayu Hitam melalui GM Hotel (rujuk di bawah)....
Di sini juga terdapat budget hotel. Budget hotel yang terdapat di bandar Changlun seperti T-Hotel, GM Hotel. T-Hotel anda aakan nampak dari highway ke bukit Kayu Hitam, hotel ni sebelah kiri jalan sebelum sampai bandar Changlun.
Manakala GM Hotel di Taman Teja.... GM hotel ni lepas dari bandar Changlun juga sebelah kiri. Berhampiran dengan stesen minyak Caltex. Dari bandar Changlun terus melepasi dua traffic light dan anda akan jumpa Caltex. Barisan rumah kedai Caltex di situ anda akan jumpa GM Hotel ni. Boleh juga masuk dari jalan stesen minyak Caltex tu. Dari tepi jalan memang akan nampak GM Hotel. Jangan risau Taman Teja di belakang GM Hotel ni juga banyak homestay yang murah-murah dan berpatutan.
Bersebelahan dengan GM hotel juga ada budget hotel di sebelah jalan GM Hotel ni ialah budget Hotel Changlun.
![]() |
sumber: google |
Di bawah terdapat beberapa senarai homestay yang berdekatan dengan UUM.
Homestay Semarak Api (Semi D setingkat)
No 50, Taman Semarak Api Highway UUM/K.Perlis
06010 Changlun Kedah
Harga RM200/night
Homestay Murah Changlun
Taman Teja 06010
Changlun Kedah
Rm125/night
Hp : 0125336573, 0174993994
Weeda Homestay
No 57 Taman Resak
06010 Changlun
Kedah
RM170/night
Hp: 0174832027 / 049253613
Homestay De Changlon
No. 62 Taman Seri Meranti
06010 Changlun
Kedah
RM250/night (semi D dua tingkat)
Hp : 0192583984
yang ni depan Shell kalau anda ambil jalan kampung (signboard Sintok) yang saya cakap kat atas.
Hazim Homestay Changloon
Taman Seri Meranti
06010 Changlun
Kedah (sama taman dengan di atas)
RM160/night
Hp : 0195748700 / 0195749700
Yang penting anda jangan risau kalau sampai di Changlun banyak tempat penginapan di sini. Bagi yang tak berkemampuan untuk menyewa anda bulih tidur di Pusat Islam UUM. Asalkan tidak mengotori tempat tersebut.
Kehijauan Lembah Sintok melambai-lambai kedatangan anda..... :) Berhati-hati di jalan raya!
Homestay Changlun dan Rumah Tumpangan
Jangan risau kalau sampai ke Changlun ni banyak budget hotel, homestay yang tersedia. Kebanyakan taman-taman di sekitar Changlun ke Sintok atau Changlun ke Perlis banyak disediakan rumah rumah tumpangan dan juga homestay. Tidak hairan la, ramai yang datang ke sini terutamanya untuk menghantar anak-anak ke universiti sekitar Changlun, sintok malah Perlis, mesti mencari tempat tinggal di sekitar pekan Changlun ni.
![]() |
Sumber google: Serambi Pelangi Chalet |
Serambi Pelangi Chalet Changlun
Bt 13,Jjalan sintok, Changlun, 06010 Changlun, Kedah, Changlun, Kedah. Malaysia
014-927 2055
Ditambah pula, di Changlun banyak tempat makan yang menarik dan mudah didapati. Nak tahu juga tempat makan menarik di Changlun dan Sintok boleh rujuk di bawah ini.
Baca: Burger Manarik di Changlun, Sintok dan Alor Star
Baca: Masakan Panas Menarik di Changlun dan Sintok
Baca: Cafe Kak Ta UUM
Baca: Cafe Ajwadiah atau Cafe Pusat Islam UUM
Baca: Masakan Panas Menarik di Changlun dan Sintok
Baca: Cafe Kak Ta UUM
Baca: Cafe Ajwadiah atau Cafe Pusat Islam UUM
3 Comments
Banyak juga penginapan yang boleh di sewa,..so senang lah nanti kepada mereka yang ingin ke UUM atau semasa ada majlis konvokesyen kan
ReplyDeleteWah dah byk hotel kat cni yea..dulu sekitar 2005 cheq da hbs belajar..belum maju lg changlun ni...lama dah tak ke sana
ReplyDeleterindunya nak p sana.. teringat pulak masa daftar belajaq dulu =)
ReplyDelete