3 Burger Menarik di Kedah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



3 Burger Menarik di Kedah / Allhamdulillah.... bagi peminat makanan segera terutamanya burger boleh cuba antara burger di Kedah ni. Tiga tempat pilihan dan cadangan saya adalah di Alor Setar, Changlun dan Sintok. 

Gemilang Burger 
Bila buka sahaja waze nak cari burger di Alor Setar, terus jumpa Gemilang Alor Setar.... terus saya tetapkan tempat tersebut dalam 15 minit sampai di kedai berkenaan dari Alor Star Mall. Tiga menu yang kami pilih. Kakak Amani pilih burger set (daging).


Manakala, saya pula memilih chicken chop


... dan daddy pilih burger ayam double. Burger ayam double ni gabungan chicken burger dan telur...


Gemilang Burger ni terletak di Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar, Kedah, Malaysia, merupakan gerai di tepi jalan utama menghala ke Masjid Zahir. Dah sampai sana daddy dah bising sebab dia kata kat mana-mana pun ada burger sama sahaja. Apa yang special?

sumber : google image


Review Gemilang Burger
Sejujurnya saya kata memang biasa sahaja. Mungkn set saya kami order bukan set special. Allhamdulillah boleh juga merasa dan bandingkan di tempat lain pula...

Burger Pot Lepak
Pilihan seterusnya jika anda ke daerah Kubang Pasu khusunya di Changlun dan Sintok. Anda boleh cuba burger di Pot Lepak. 

Menarik ke idokkk burgernya? boleh rujuk sini! sebab menarik ni kita bagi suspen skit

Burger Chef Zam UUM Sintok
Satu lagi tempat burger menarik yang saya cadangkan adalah burger chef zam di UUM Sintok. 







Yang kat atas ni set single chicken cheese burger dan juga hamlet. Harga tuk single chicken cheese burger tu RM6.90 dan hamlet RM3. Apa yang best? huhuhu...... dagingnya tau.... gilerrrr tul bila saya gigit... fuhhhh luluh hati ku, hehehe,,,, lembut sangat! saya rasa ini daging burger the best saya makan. Tak sangkat kat tempat sendiri pun ada burger yang best... Duk cari jauh-jauh pasai apa? U all saya sangat suggest k, kalau datang UUM nak cari western food datang la ke Cafe Varsity Mall UUM cari stall Chef Zam ni....

Sebelum puasa baru ni saya ada makan burger bakar! tapi sori la ye sesorang lapar sangat memang xdan nak tangkap gambar. Fuhhh... memang sedap gilerrr beef grillnya..... tak tau nak habaq..... aduihhh terasa kat tekak. Dah ler bulan puasa ni. Harga tuk burger bakar RM9.90, memang sangat berbaloi dengan kesedapannya. 

Tak menyesal tau.... yang penting sini, daging dia memang marrrbelessss tau.....

Salam Ramadhan. Saya mohon maaf duk citer pasal makan ni. Sebenarnya ini entry dah dalam draf tak siap dah lama.... Skang baru ada masa nak siapkannya.

U olls masak pa hari ni?




4 comments:

  1. puasa ni lalu burger pulak kat reading list ..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. sedop nya wat morekh ! mek tk masak. mek beli jah hahahahah

    ReplyDelete
  3. Nanti p kedah boleh JJCM ni kak...lama tak maka berger

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kerana menyokong Burgerport Chef Zam UUM Sintok.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.