Burger Port Lepak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dari semalam, anak-anak tak habis-habis sebut "burger port lepak"... Al kisah encik husband tengok tempat ni dalam Jalan-jalan Cari Makan Kedah. Dekat sahaja dengan rumah kami, baru tahu... Dah lama nak try semalam baru Allah Ya Baari' susunkan... Allhamdulillah terima Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq....



Yang ni cheesy burger harga agak terkezutt gak la RM12... hehe.... tapi, tengok cheesenya meleleh-leleh... perghhhh sedap sangat ditambah lak dagingnya yang sedap.... Bila gigit daging tu, fuhhh lembut sangat, lagi terkezuttt.... Dah makan baru tahu kenapa dia mahal....


Fries ni RM6 tapi pedas sikit la sebab dibuh cili kering tu,,,.


Yang ni lak clasic burger... pun sama daging memang lebut, sos cili biasa, harga RM8. Kata kakak Amani, kalau nak pergi beli burger port lepak tu kena pergi pukul 8. Pergi pukul 9 siap pukul 10.30.... itu pun encik huband kata siap dekat pukul 11 malam... ada pakcik tu datang pukul 8 siap pukul 10.30, encik daddy dan kakak Amani pergi pukul 9 siap nak dekat pukul 11 malam.... memang lapar dulu orang kat rumah ni... hehehe. Lapar tak apa lagi, risau memanjang dah pukul brapa tak balik-balik....

Burger Port Lepak ni dekat kampung Titi Kerbau, Changlun. Di buka pukul 4 petang hingga malam.....

Beli dua burger ni makan empat beranak pun tak habis... Siap simpan, anak-anak boleh makan lagi pagi semalam.



3 comments:

  1. Berbaloi dgn harga..puas makan..tp bab lama tu yg x berkenan..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. ada member ckp ari tu dia nmpk gmbr burger mcm ni dlm group.. dia kata dkt chnaglong jer.. tapi xingt kg apa... hahaha skrg dah taw da.. leh la p nanti... hehehe tpi jenuh nak cari kg tu dkt mana.. hahaha

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.