Ikan Tongkol Gulai Kuning

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Hari ni saya puasa, sesuatu yang harus saya amalkan nampaknya puasa sunat Isnin Khamis, nak capai puasa Nabi Daud selang sehari jauh ke rasanya.... erm... kena banyak suci hati, kuat kan hati, Allah Ya Baari'...

Balik dari ofis beli lauk, sampai masak tuk buka puasa.... fuhhh.... dah lama tak masak gulai kuning ikan tongkol ni.

Bahan-bahan
Ikan tongkol (rebus dahulu + garam + asam gelugur + asam keping + gula karet/gula melaka/nise)
bawang putih seulas + bawang merah 5 ulas *
sebiji cili merah besar * nak masuk lebih pun boleh, cili padi pun boleh
serbuk kunyit *
halia 1 cm *
lengkuas 1cm *
serai *
 nise *
garam / kiut ayam
santan
kerisik
asam keping
tomato, bendi, bunga kantan (untuk hiasan)

Cara Menyedia
Blend bahan yang bertanda, Panaskan api, masuk santan, masukkan bahan yang dikisar, masuk kerisik, masukkan ikan yang direbus, boleh masukkan asam keping, bahan perisa gamram kiut ayam. Dan akhir sekali masukkan sayur tadi.


Sebenarnya menu makan kami ni sangat simple, semua jenis makan apa yang ada kan... hehehe
Tiap hari masak nasi goreng ikan, ayam, budu, ulam atau beli sup? Itu sahaja.... tapi badan juga makin mengembang....


"encik husband kata, orang makan nasi jangan tambah, ni makan nasi duk tambah jer mana tak gemuk"

Mana tak tambah, makan nasi ngan budu pun sedap.... harus le saya tambah!


Tak tahu rasa macam rajin buat lagi puding roti. Resepi di sini.... Budak-budak suka, mak layan jer masak tuk mereka..... Masak bagi ku senang main campak dan mix sense jer....

Jauhkan kami dari pembaziran......

Bila buat entry ni tetiba ingat kisah kena perli.... perghhh, Allhamdulillah....



7 comments:

  1. Sedapnya makan nasi dengan budu. Tak berlaukpun selera pasti bertambah.

    ReplyDelete
  2. masak lemak ada bunga kantan..sedap dn wangi..

    ReplyDelete
  3. Woih! Ini makan kuling lekat kat kuku! baru power!

    ReplyDelete
  4. Cantik menggodanya warna gulai tu :)

    ReplyDelete
  5. Waduh sedapnya gulai ikan tongkol Ni Boleh Cuba nanti

    ReplyDelete

Powered by Blogger.