Jalan-jalan Cari Makan Nasi Daging Bakar Femes di Jitra

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ni nak p ofis tak p library, hari rajin kemas rumah dan keluar p Jitra.... bila settle keje kat Jitra, en husband kata nak p lunch nasi gading bakar. Masalahnya tak tahu tempat, tak tahu nama kedai, hanya tanya jalan sahaja. Bila saya tanya orang dia cakap la tempat sekian-sekian tapi bila kami pergi, rasanya bukan. Tempat makan tu nasi campur ada lah lauk bakar yang lain, daging tak ada pulak..... Agaknya orang tu salah faham..... maksud saya kedai yang hanya jual nasi dan daging bakar.....

sumber : ChentaMama
Tak apa la, nak buat camana kan.... Al maklum tak de GPS, smartphone en husband pun tak ada internet.


Balik rumah search tempat tu, ermmm.... baru jumpa! Rupanya kedai tu depan lagi kami dah lalu jalan tu tapi kami patah balik,,,,,

Nama kedainya "Chenta Mama Daging Bakar"


Subhanallah.... nikmat atau menambah nafsu makan ke apa??? Tengok gambar memang perghhh...


InsyaAllah hari Khamis ni kami sampai dengan izin Allah....

Yang best, nasi tambah free, harga RM 10 sepinggan.

Matlumat Lanjut
No 3 Kampung Tok Kesop
Kampong Sungai Korok, Kedah
Tel : 017332 2943
Facebook : Chenta Mama Daging Bakar

ps : sumber foto dari Chenta Mama Dading Bakar



3 comments:

Powered by Blogger.