Bila Mahasiswa Berhujah Di Persidangan UMNO

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber di sini

KUALA LUMPUR: Wakil Mahasiswa Nasional, Muhammad Farhan Khairuddin meminta kerajaan dan UMNO memantau tindak-tanduk segelintir pensyarah universiti yang memanipulasi dasar kerajaan. Beliau berkata, ini kerana kepercayaan pelajar dan mahasiswa yang tinggi terhadap pensyarah dikhuatiri mampu mempengaruhi minda mereka menolak dasar kerajaan, biarpun apa yang disampaikan kumpulan akademik itu mungkin bertentangan dengan realiti. 

"Kerajaan dan UMNO kena pantau pensyarah yang selalu membuat sentimen yang membuatkan mereka (mahasiswa) menolak kerajaan. 'Student' ini dia lebih memilih pensyarahnya daripada ahli politik. "Malah hakikatnya juga kini, bila ayahnya adalah orang UMNO, belum tentu anak mereka juga akan menyokong UMNO," katanya turut memaklumkan bahawa mahasiswa kini melihat secara dekat apa yang berlaku dalam parti keramat Melayu ini. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan menyokong Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. 

Ucapan bertenaga daripada pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) itu turut mendapat pujian daripada Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amirudin yang mempengerusikan persidangan. Dalam ucapan sama, Muhammad Farhan berkata, kemenangan besar diperoleh Aspirasi di Universiti Awam (UA) baru-baru ini, bukan penentu BN boleh mencapai kemenangan yang lebih selesa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Sebaliknya kata beliau, langkah yang lebih hebat perlu dimainkan kerajaan dan parti, dalam mendampingi anak muda di UA kerana mereka memerlukan politik yang lebih berpaksikan kepada politik ikon dan idea. Katanya, biarpun UMNO memperkenalkan konsep pengkaderan parti, namun ia perlu dilipatgandakan, malah pemimpin yang dipertangjawab mesti memastikan lebih ramai lagi anak muda dibawa masuk menyertai program yang dirangka dibawah konsep itu.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104166



1 comment:

Powered by Blogger.