Filem Seram Hanya Untuk Audien Low Level IQ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Saya sangat terharu, dan bersyukur conference hari ni sangat memusakan hati ini.... banyak input dan sahring daripada audien.... dalam sesi saya ada tiga pembentang kertas kerja termasuk saya.... sebenarnya ada empat pembentang, seorang lagi tukar bilik last minute....

Topik Pembentangan
yang paling best walaupun kami bertiga masing-masing dengan topik yang berlainan iaitu tentang filem seram, Identiti Melayu Pattani Dispora dalam Cerpen, dan tentang simbolism bunga dalam masyarakat Batawi....


Kongsi Idea dan Pandangan
Walaupun berlainan topik dan bidang, sambutan audien sangat memberansangkan dengan soalan dan perkongsian pendapat.... sebab itu conference kali ni sangat saya berpuas hati... memandangkan kami hanya bertiga, pembentangan kami sangat cepat, dan sesi sharing idea, pendapat, pertanyaan soalan pun lama.... Allhamdulillah, semua berjalan lancar....

Isu Filem Seram 
yang saya bentangkan, audien ada bagi cadangan untuk saya gunakan metod in dept interview.... ada yang bagi cadangan supaya gunakan respondan daripada surirumah kerana surirumah jarang menonton filem di pawagam.... apa yang saya bentangkan ini adalah hasil kajian daripada pra uji saya  dan kertas kerja ini sebenarnya saya sediakan untuk bentang di Istanbul pada bulan Julai yang lalu.... dan ada feeback daripasa audien yang menyatakan audien yang menonton filem seram ini adalah bukan daripada high level IQ, biasanya golongan low level IQ yang suka menonton filem seram ini.... Allhamdulillah..... saat saya untuk bercakap! saya setuju dengan semua pandangan, merujuk kepada hasil kajian saya pun hanya 3 orang respondan sahaja, daripada golongan profesional yang menonton filem seram di pawagam.... dan menurut kajian literatur yang lepas, XXXX (XXXX), menyatakan golongan yang suka menonton filem seram daripada umur 14 tahun hingga 26 tahun..... golongan surirumah atau golongan profesional tidak termasuk dalam golongan ini...... Namun, filem seram ni tetap ada, penerbit tidak jemu menerbitkan filem seram yang menyebabkan dari Januari hingga Disember 2015 sebanyak 25 filem seram diterbitkan..... walaupun tidak mencatat tahap 'box office' tapi tetap diterbitkan kepada audien 'seronok' menonton filem seram...... dan banyak literatur tentang keseronokan menonton filem seram ni seperti Nabi & Krcma (2005, 2011).... tapi apa pun salah seorang Dr. setuju dengan aku.... filem seram ni tetap ada kerana penonton seronok menonton dengan adanya pelbagai genre seram.... ----------->>>>Conference di Bandung


Terima kasih Dr. Ponco yang menjadi chair person dalam sesi saya tadi.... Dr. Ponco ni classmate saya masa master dulu.... memang happening la budak filem dulu, batch saya masa tu (film studies) hanya ada 10 orang sahaja.... 4 lelaki, 6 perempuan.... daripada kami 10 orang ni 2 orang adah ada title Dr. falsafah.... Allhamdulillah.... 


Bergambar sbersama para pembentang dan chair person


Bergambar lagi dengan audien di dalam sesi saya.... 




1 comment:

  1. Filem seram..cik akak tak berapa.nak tengok..sebab penakut sgt..sampaikan termimpi2..hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.