Iman Semut VS Iman Manusia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Iman Semut VS Iman Manusia | 


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.



ps: susah nak tukar pemikiran kita kalau kita fikir kita hidup perlukan duit.... sebab kita dibesarkan, dipersekolahkan cara begitu pemikiran yang diajar.... keyakinan kita pada Allah tergugat.... kita sangat takut tak ada duit tak boleh makan, tak ada duit tak boleh beli itu dan ini,,, tambahan lagi tak boleh sara hidup keluarga..... semua nak duitkan.... semoga kita dijauhkan dari mengajar anak-anak kita dengan kebergantungan dengan duit.... aku sebenar, tak percaya semua ni.... bila aku faham apa makna aku solat? apa aku baca dalam solat? yang selama ni aku buta dalam terang, baru aku faham nikmat dan rahmat Allah.... untuk pengetahuan suami aku tak keje, duduk rumah jaga anak.... tapi rezeki dia melimpah Allah bagi dari jiran-jiran.... ada sahaja jiran yang bagi makanan kat kami, ajak kami keluar makan dan sebagainya..... sehinggakan kami tak tahu nak menolak segan.... sampaikan husband aku bagi macam-macam alasan.... sejak itu, dan sejak aku kenal nama Allah Asmaul Husna aku yakin!!! aku tak kisah orang keliling aku cakap pasal walhal keluarga sendiri.... aku yakin aku beriman dengan Allah.... 5 rukun Islam, 6 rukun Iman dan 1 Ihsan.... 





1 comment:

  1. SubhanAllah..Allahu..insaf..insaf sangat..terima kasih perkongsian ini kak..sebak..rasa kerdil sangat..sangat...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.