Balik kampung raya saya dah masak rendang dan macam-macam menu... ni kat rumah sendiri baru nak masuk dapur masak gulai minggu lepas.... hari ni pun hari malas masak. Kesihatan tak menentu... en daddy tolong berasapkan dapur... Terima kasih daddy tolong masak hari ni tau...
Masak Gulai Nenas Ikan Talam Masin (cara saya)
Bahan-bahan
Sekeping panjang 7 incin Ikan Talam
1 cawan Santan
Kerisik
4 Bawang Merah + 1 Bawang Putih
1/2 inci Halia
Serbuk kunyit
Nenas
Lobak Merah
Tomato
Perisa (garam, nise)
Cara-cara
Tumis bawang + halia, masukkan santan kerisik, air, sebuk kunyit, perisa, saya suka buh nise dalam setiap masakan (gulai), masuk ikan talam, akhirnya masukkan nenas, tomato, dan lobak merah. Sayur tu ikut suka nak buh apa tau. Saya buh lobak merah anak-anak suka makan. Tapi biasanya gulai ikan talan ngan nenas ni hanya bubuh nenas sahaja.
Bagi saya masak ni subjektif. Saya biasanya apa stok yang ada kat rumah tu saya bubuh jer dalam gulai ni...
1 Comments
siap ada 'cara saya' tu....
ReplyDeletekeh keh keh