Impiana Hotel Ipoh Destinasi Terbaik Percutian

Assalamuaikum, salam sayang... 

Sekarang dah bulan Mei, tinggal lebih kurang 5 bulan lebih lagi nak masuk cuti sekolah. Saya ada idea cuti-cuti Malaysia untuk kai ni. Tak perlu susah-susah ke oversea... Kat dalam negara pun banyak tempat menarik dan boleh dikunjungi... tak salahkan berjimat dengan keadaan ekonomi semasa ini. Salah satu destinasi menarik dan boleh dikunjungi mungkin selama ini tempat ini terlepas pandang oleh korang...

Yelaa kalau saya sebut nama tempat ni mesti u olls akan cakap, ada apa kat situ.. nak pegi mana je! Korang salah okay!! Banyak tempat yang korang boleh lawati.. haaaa tempatnya ialah di Ipoh Perak!! Bila sebut Ipoh je mesti korang akan cakap tempat yang best pergi pon kat Lost World Of Tambun jer kan…yup! tapi itu salah satu tempat yang menarik di sini.. sebenarnya banyak lagi taw tempat yang u ollss boleh pergi!! Bagi korang yang berasal dari Perak khususnya di Ipoh, sudah tentu Impiana Hotel ini senang dikenali. Banyak kelebihan Impiana Hotel Ipoh ini yang saya akan terangkan di bawah.



Bagi anda yang tercari-cari tempat penginapan untuk plan percutian di musim cuti sekolah dan bawa anak-anak mandi-manda di Lost World Tambun, Impiana Hotel adalah pilihan yang tepat. rugi tau kalau u olls tak pilih hotel ni, suasananya sangat nyaman dan tenang sekali dengan kerana ia di kelilingi dengan taman-taman serta bukit-bukit batu kapur.. kat Ipoh kan terdapat banyak bukit batu kapur serta pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik.. so, apa lagi tempat ni memang awesome korang tau! Selain itu, Impiana Hotel Ipoh ini juga terletak di tengah-tengah perjalanan antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, mesti korang, yang ni korang pun dah maklumkan... so, apa lagi kalau korang yang dari utara nak ke selatan tu, bila penat drive saya suggest sangat kat korang boleh la stay di Impiana Hotel rehat-rehat sambil tu boleh la berjalan di Ipoh dulu! ahhaha satu pilihan yang tepat sebagai RnR bagi meneruskan perjalanan seterusnya... 


Untuk pengetahuan korang, Impiana Hotel ini adalah hotel bertaraf 4 bintang taw.. tapi korang jangan takot… walaupun hotel ini bertaraf 4 bintang, harga bilik yang dikenakan tersangatlah berpatutan.. dan yang paling penting hotel ini sangat selesa k!! Antara kemudahan dan fasiliti yang disediakan di Impiana Hotel Ipoh ialah, kolam renang, pusat kesihatan, padang golf, restoran, wifi percuma, parkir kereta yang luas serta banyak lagi laa… haaahaaa, whaooolaaaa, padang golf lagi! anak sulong saya memang suka golf. sangat tepat pilihan saya dan keluarga, Saya harap begitu juga korang ye.... 

Terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan di Impiana Hotel iaitu Duluxe Room. Premier Room dan Royal Suite. Manakala, harga Duluxe room adalah RM124 per night... sangat murahkan dengan kelebihan ini nak dibandingkan hotel yang bertaraf 4 bintang ni, sangat berbaloi. Korang leh tengok gambar Duluxe Room di bawah. cantik dan selesa sangat. Kemudahan yang disediakan bagi bilik ini adalah tv, internet, cooffee maker, miniral water, yang penting korang tau, katilnya size king... hahaaaa, apa lagi boleh guling-guling la, besar taw... 




Ok.. yang kat bawah ni, leh tengok lak Premier room dan Royal suite.... 


Gambar atas dan bawah ni adalah Premier room, sangat selesa dan besar... sesuai seisi keluarga yang mempunyai dua atau tiga anak kecil, sebab katil yang disediakan adalah king size... 



Manakala, kat bawah ni pula adalah Royal suite... boleh juling anak mata bila tengok... sangat mewah




king size bed



Living room yang cukup luas, disediakan dengan lcd tv, coffee maker facilities dan juga full down service. 



Apa yang lebih menarik lagi Royal suite ni menyediakan kemudahan bathroom dengan jacuzzi, hot and cold water dan shower cubicle with full bathroom amenities.  perghhh... memang class.. dah memang rasa kat istana betul la kan... 


hahha…so dengan kemudahan yang disediakan di sini, korang tak akan rasa bosan dah sebab korang pon boleh buat aktiviti di dalam hotel ni.. so, apa lagi bagi korang yang mahu memanjakan diri boleh guna fasiliti yang disediakan di hotel ini.. hahaha selain itu, kalau u olls nak basuh baju kat hotel ni pon boleh taw.. bukan setakat basuh jer.. keringkan baju pon boleh, tak payah susah-suah himpun pakaian kotor… bukan itu sahaja korang,.. sarapan pon disediakan di hotel ni.. biasanya hotel yang pernah saya bermalam sebelum ni, kalau nak makan pagi kita kena turun ke restoran kann.. tetapi u ollss di sini korang juga boleh menikmati sarapan pagi di bilik okeyyy!! perghh patut la bertaraf 4 bintang kan! okeh sampai sini jer saya cerita pasal kemudahan.. kalau korang nak tahu lebih details saya rasa u olls patut datang sini sendiri.. baru tau betapa bestttnya hotel ni.. yuhuuu... yang menariknya, Impiana Hotel ni menyediaka tiga dining iaitu The Deli, The Bistro dan The Coffee House. Pilihan yang tepat juga bagi korang yang mencari dan tengah survey buffet Ramadhan, memandangkan Ramadhan akan tiba seminggu lagi! 



The Deli





Selain itu juga, banyak tempat menarik yang korang boleh lawati di sekitar Ipoh ni... Tempat-and the most important is, tempat-tempat itu tak jauh pon dari Impiana Hotel.. so, memang tak salah la kalau pilih hotel ni sebagai salah satu tempat untuk bermalam dan sangat berbaloi.. Antara tempat menarik yang korang boleh lawati ialah Padang Polo yang mana di sini korang boleh la melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.. dah alang-alang kat padang polo ni, saya pon try la makan laksa yang dikatakan femes di ipoh ni.. perghh sedap sangat u ollsss! Makan satu nak lagi! Hahaha… selain itu korang pon boleh pergi Tasik Gunung Lang., sempat la jugak kitorang ke situ.. yang bestnya kalau nak ke Taman Gunung Lang tu, kita kena naik boat menyeberangi tasik kat situ.. view dia.. perghh! tak tahu la nak cakap.. memang cantik sangat.. sekitar tasik tu dikelilingi bukit yang menghijau..tempat ini terkenal dengan alam semula jadi yang cantik taw so disebabkan itu, tempat ini sering menjadi tumpuan para fotografi.. terkenal taw.. hahaa.. Pada waktu malam korang boleh la pergi cuci mata di Gerbang Malam..terdapat pelbagai barangan yang di jual di situ.. kawasan pon luas serta selesa untuk kita shopping! Senang cakap Gerbang Malam ni macam Up Town kat Keyel tuh..hehehe

So, apa korang tunggu lagi! Datang la ke ipoh untuk bercuti.. saya suggest better korang pilih Impiana Hotel ni sebagai salah satu tempat untuk korang bermalam, bukan apa hotel ni sangat selesa serta kemudahan yang ada sangat berkualiti..confirm tak menyesal la kalau stay kat sini! So, jom book Impiana Hotel Ipoh with confidence on Traveloka sekarang untuk mendapat tawaran yang menarik! tawaran bilik di Impian Hotel bermula daripada RM124 per night.

 Hepi holiday guys!.. 

0 Give your inspiration

Give your inspiration here and thank you.