Baby Nur Jannah Masuk Ofis

Allhamdulillah... Salam sayang pembaca blog ini. Bersyukur hari ni hari ke 46 baby Nur Jannah. Saya mula masuk ofis, selepas hantar kak Ngah ke sekolah. Singgah di puasat kesihatan dahulu pergi ambil ubah Nur Jannah melecet kat belakang telinganya... mungkin disebabkan saya gosok telinga dia dengan kuat, doktor kata pun macam tu... saya geram nak buangkan daki di seluruh telinganya, finally tak perasan saya dah gosok telinganya dengan kuat. haduiii.... siyannn baby....

seronok datang ofis ni Nur Jannah


Kat perkarangan ofis saya dipenuhi pelajar dan staf, para penjual yang membuka gerai jualan, student jamming dan sebagainya. Minggu ni adalah minggu pusat pengajian saya dan juga pusat pengajian industri kreatif. Dua pusat pengajian ni dulunya bersatu dan pada tahun lepas kami dipisahkan... walaupun apa acara pusat pengajian serta hari keluarga kami masih bersatu adalahkan sekali. Pusat pengajian kami juga berada di bangunan yang sama.... para staf pun (adik-beradik) juga, memang tak boleh dipisahkan.... 



Jurujual kat bawah tu tegur baby saya berapa bulan katanya? saya cakap 46 hari, baru lepas pantang! Dia tanya, saya pelajar kat sini ke? hehehe.... seronok bila orang tanya kita pelajar!!! baru nak perasan muda.... hukhuk.... tak saya staf kat sini, nak pergi naik ofis kat atas.... Bila naik atas, untie cleaner tanya baby juga... masuk kerja ke? belum lagi untie, cuti saya sampai lepas raya, baru masuk kerja.... Dari balkoni tingkat atas, bila keluar lif saya rekod student duk jamming kat bawah...

antara aktiviti pusat pengajian pengurusan industri kreatif dan seni persembahan (SCIMPA)

Tengahari, daddy pergi ambil kak Ngah tadika, bawa ke bilik ofis saya! Mulanya baby Nur Jannah nangis, biasalah dia memang kalau nak tidur nangis dulu... kena entertain dia baru boleh tido. Tak macam kakak Amani dan kak Ngah Zara, sangat senang jaga masa kecil.... Baby Nur Jannah, Allah bagi saya ujian! fuhhh.... tapi saya syukur selama ni tak pernah rasa baby merungutkan, kali ni baru saya dapat rasa baby merungut dan nangis-nangis... Kadang kala kat rumah memang tak sempat nak makan minum... Makan cepat terus telan sambil berdiri pulak tu... hehehe.... nak buat camana kalau baby Nur Jannah dah mula nangis haru biru jadinya.... 

tidur diam-diam ye dalam stroller tu

Bila kat ofis dia nangis juga nak tido, tapi tak la macam kat rumah... Nangis kejap sahaja.... Rasanya baby Nur Jannah ni memang suka aircond... ye la masa baru lahir masuk wad, dah guna aircond... aircond dalam wad tu sejuk pulak. Saya mulanya rasa tak selesa juga. Ada patient yang request suh misi tutup aircond lagi! Bila balik rumah mak ayah saya, siang malam aircond.... haduiiii... bila balik kat rumah sendiri,,, aircond rumah saya baharu sahaja rosak. Tak tahu la rosak apa! tak guna la aircond, tiap hari harus dia nangis nak tidur. Kalau tak boleh tidur lagi dia nangis.... Sampai jiran saya nak bawa jumpa bomoh, ambil minyak celak dan segala bagai!

Saya tak bagi! bukan tak percaya.... kena tanya Allah dulu,,, kalau baby Nur Jannah tak ok juga Allah hantarlah tu alatnya tuk sembuhkan nagis dia!.... tapi allhamdulillah, hari ni bila bawa kat ofis dia ok sahaja!.... 


3 comments:

  1. salam Nur Jannah ... awak baby comel, geram nak cium pipi T_T

    ReplyDelete
  2. commelnya baby, gi ikut ibu kerja ke

    ReplyDelete
  3. comelnya baby nur jannah, nama pun best

    ReplyDelete

Powered by Blogger.