Toturial Membuang Ikon Quick edit Blogger

Assalamualaikum,,, salam sayang

Hari ni saya mahu kongsikan toturial bagaimana menghilangkan atau membuang ikon "Quick edit Blogger" seperti gambar di bawah. Seringkali kita menukar template baharu ada kala ikon ini muncul yang membuatkan template kita tidak begitu perfect...


Icon Quick Edit atau dengan kata lain fungsinya untuk mengedit secara cepat. Selain itu, jika kita ingin melakukan editing terhadap elemen tersebut kita cuma klik saja pada icon itu dan kita boleh terus mengeditnya. Icon tersebut sebenarnya hanya boleh dilihat apabila kita sedang login ke blogger saja.

Namun, ada di antara blogger yang tidak suka dengan kehadiran icon tersebut dan ingin menghapusnya. Pertanyaan. Adakah boleh kita menghapus icon tersebut? Jawabannya semestinya boleh dibuang dan sangatlah senang dengan hanya manambahkan sedikit kod pada kod CSS template kita. 

Kod tersebut adalah seperti di bawah:

.quickedit{ 

display:none; 
}


Caranya:

  1. Login ke blogger dengan ID anda tentunya.
  2. Klik  Theme.
  3. Klik tab Edit HTML.
  4. Cari kod seperti ini dengan ctrl F

]]></b:skin>

  1. Copy paste kod berikut letakkan di atas ]]></b:skin>

.quickedit{ 

display:none; 
}



  1. Klik ikon Simpan template.
  2. Selesai.


Sangat senang caranya, semoga menjadi apa yang dibuat... InsyaaAllah, dengan izinNya... Selamat mencuba!

3 comments:

Powered by Blogger.