Lifestyle
Produk Kesihatan
Tips Kesihatan
Tips Kesihatan Ketika Hamil
Air Nabeez + Madu + Habatussauda Untuk Ibu Hamil dan Pantang
Allhamdulillah,,, salam sayang Ramadhan ke3...
Semalam, sempat saya dan kakak amani buat air Nabeez yang tengah hangat viral, sunnah Rasulullah saw... Tapi kali ni saya tambah baik air Nabeez tu... ntah la still leh panggil air nabeez ke idok.... bezanya saya tambah habatussauda dan madu... memandangkan kat rumah dua benda tu ada, saya masuk sekali...
Allhamdulillah, sedia direndam... bila tiba waktu sahur dah boleh minum... ermmm.... finally leh juga saya rasa air nabeez tu... belum pernah saya buat tau sebelum ni....
Kurma, madu dan habatussauda
Ketiga-tiga ni makanan sunnah.... sangat baik diamalkan. Gabungan ni adalah sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita, merawat segala penyakit. Habatussauda juga dikenali dengan jintan hitam yang memepunyai khasiat yang sangat tinggi telah digunakan semasa zaman Mesir Purba lagi sejak 2000 tahun sebelum masihi bagi golongan Arab.
Manakala pada zaman Rasulullah saw, habatussauda ini dijadikan sebagai penawar bagi segala penyakit. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Iman Al Bukhari daripada Siti Aisyah RA, baginda Rasulullah saw bersabda,
"sesungguhnya habatussauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali mati".
Begitu hebatnya panangan habatussauda ni. Rugi kalau kita tak amalkan dalam kehidupan seharian kita!
Madu
Manakala, madu pula adalah ubat segala penyakit. Sebagaimana Allah swt bersabda dalam Surah Muhammad ayat 15 iaitu:
dan sungai-sungai dari air madu yang disaring, dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan keampunan dari Rabb mereka...."
Madu sangat terkenal kerana kandungan glukosa dan fruktosa yang mudah dihadam selain ia mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi potasium, kalsium serta magnesium yang berupaya memelihara kecantikan kulit secara semulajadi... fuyoooo... hebatkan ciptaan Allah ni... tak perlu ada krim kecantikan, kalau cam ni leh amalkan yang original... tapi tak hairan juga ler, berlambak produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan bahan ini...
Kelebihan Kepada Ibu Pantang
Campuran kurma, madu dan habatussauda ini juga sangat sesuai bagi:
Ibu dalam pantang, dan menyusukan bayi, dan juga kepada ibu yang mengandung. Selain melancarkan susu dan memperbanyakkan susu, ia juga mengatasi masalah kekurangan susu badan. Minyak di dalam habatussauda mampu melancarkan susu ibu serta madu dan kurma pula meningkatkan daya tahan penyakit.
Kelebihan Kepada Ibu Hamil
Manakala, bagi ibu yang hamil pula pengambilan makanan sunnah ini sangat digalakkan bagi pertumbuhan janin yang sangat memerlukan nutrisi untuk meningkatkan kekebalan tubuh badan secara semulajadi. Namun, bagi ibu hamil dalam awal bulan, pengambilan habatussauda harus diambil dengan kuatiti yang sedikit dan minimal krana ia boleh mendatangkan mudharat kepada janin diawal kehamilan. Selain itu juga, kandungan omega 3, 6, 9 yang terdapat dalam habatussauda dapat membantu perkembangan otak bayi....
Itu antara kelebihannya.... kepada ibu hamil dan juga ibu berpantang.... Namun apa usaha yang kita buat haruslah "hakkuyakin" dengan apa yang Allah swt dan baginda saw pesankan kepada kita... Jangan stress amalkan makanan sunnah kerana ia mungkin bukan sekelip mata boleh merawat.... yang penting kita yakin pada Allah Yang Maha Menyembuhkan segala penyakit iaitu Allah Ya Fattah Ya Salam....
InsyaaAllah segala usaha yang ducucuri dengan niat yang baik kerana Allah swt akan diberkati....
wow2
ReplyDeleteNi bukan untuk ibu mengandung ja, saya tengok pun macam sedap ja tu hehehe.
ReplyDeletemcm sedap jer
ReplyDelete