Tiga Masakan RM7

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tiga Masakan RM7 / Allahmdulillah. Ni citer hari Khamis lepas. Khamis biasalah balik 3.30. Dek nak balik cepat dan settle anak-anak. Tengahari tu saya terus bergegas ke cafe penginapan pelajar Sime Darby beli lauk kat Kak Ta Cafe. Semester baru buka ni, itu kali pertama saya singgah di Cafe Kak Ta. Kat dalam UUM ni cafe Kak Ta antara cafe termurah la. Dah lama Kak Ta di UUM ni sejak tahun 2007 saya di sini, Kak Ta dah ada. Masa mula-mula saya di UUM 2007, cafe Kak Ta di Kolej Penginapan Muamalat lepas tu pindah di Proton. Kini ada di Sime Darby. Penginapan pelajar di UUM ni semua guna nama-nama syarikat. 


Ada lagi tau cafe paling termurah dalam UUM saya boleh katakan Cafe Ajwadiah di Pusat Islam.... tapi Cafe ni hanya buka sampai 3 atau 4 petang sahaja. Kalau pukul 2 lebih tu, lauk dah tak ada. Mereka sediakan banyak lauk tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab tu cepat habis dan kat cafe ni juga ada masakan panas. Nasi goreng RM2.80 jer, nasi ayam RM2.50. Murah sangat! laksa pun RM2.50 sangat banyak semangkuk tu.... ---->>>Cafe lain di UUM<<<----


Sikit jer saya ambil daging merah ni, saya pun tak tahu berapa harga Kak Ta kira.  Kak ngah zara duk ratah je daging masak mereah ni, satu-satu dia ambil. Saya biar je la, bukan senang nak bagi kak ngah makan.


Ni pula ikan tongkol masak sambal, saya ambil dua ketul. Kami empat beranak jer nak makan. Tak makan banyak lauk. Kadang kala saya pun pening anak-anak saya makan nasi planta, kicap. Lauk tak makan.... sihat walafiat mereka. Sebab tu lauk bila beli ambil yang nak sahaja. Terlebih sikit mesti membazir.

Yang ni masak lemak bayam labu. Masa saya pergi beli tu sayur ni panas-panas lagi.... Harus la saya terliur. Mujur juga kakak belajar makan. saya kata sedappppp.... sayur bayam ni. Terus dia nak makan. Jumlah semua tiga masakan ni RM7 sahaja. Murah sangat kan. Kalau waktu Ramadhan saya jarang sekali masak. Kat sini la saya beli selalu. Siap beli untuk sahur baru RM12, RM15... memang susah la nak cecah RM20 berbuka dan sahur. Sebab ni juga husband saya tak bagi masak. Kalau masak lagi mahal beli barang mentah. Bulan puasa hari tu memang tergedik-gedik la saya nak masak tapi tak mampu juga.... Cafe Femes di UUM

Semoga mereka peniaga makanan, cafe-cafe di UUM dimurahhkan lagi rezeki dan diberkati.Tips murah rezeki.

5 comments:

  1. Memang murah . Payah sekarang nak dapat 3 menu dengan harga rm7

    ReplyDelete
  2. murah 3 lauk tu.. sedap daging masak merah tu..

    ReplyDelete
  3. Murah la kak...sebab daging tu biasanya mahal...alhamdulillah mungkin beliau berniaga sambil bersedekah.

    ReplyDelete
  4. sgt murah!
    alhamdulillah...
    murah le rezeki penjual.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.