Pendidikan
Personal
Bengkel Blog Sheila Inspire Dot Com
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bengkel Blog Sheila Inspire Dot Com / Allhamdulillah..... Hebat sangat ke Sheila Inspire ni sampai nak buat bengkel? Ilmu blogging pun ke laut, nak macam Ustaz Hamadi dan Ecah ke kolam, jauh panggang dari api la Sheila Inspire ni.... Beberapa bulan yang lepas saya ditawarkan untuk menjalankan bengkel blog dengan berbayar. Saya pada mulanya buntu juga apa yang nak dibuat. Memang tiap masa blogging kerja part time saya selain meningkatkan ilmu penulisan di blog malah mampu menjana pendapatan sampingan. Walaupun harga sebuah entry tidak la lumayan, kerana minat dan hobi saya teruskan blogging. Maka, bersetuju untuk memberi ilmu yang tak seberapa ini kepada para pelajar.
Menerusi perbincangan dan persetujuan kedua pihak saya telah menjalankan bengkel tersebut yang diberi nama "Bengkel Membina Blog dan Menjana Pendapatan" pada 12 Mac 2019 yang lalu. Dibuka hanya untuk 25 peserta sahaja dalam kalangan pelajar UUM.
Output Bengkel
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mewara-warakan bahawa blog juga boleh memberi pendapatan sampingan.
- Manakala bagi objektif khusu pula, untuk mengajar bagaimana membina blog dari A to Z.
- Seterusnya membina skil penulisan blog sebagai contoh bagaimana untuk mencipta tajuk yang boleh menarik pembaca terus mahu membaca cerita tersebut
- Seterusnya bagaimana cara untuk menjana pendapatan sampingan menerusi blog
Haha... dah macam objektif tesis daaaa.... so, itu lah matlamat utama bengkel tesebut. Saya bersyukur ia berjalan lancar, walaupun tempat bengkel terpaksa berpindah randah.... huhu kerana kekeliruan booking tempat, memandangkan pada hari tersebut bilik bengkel, serbaguna di bangunan ofis saya full, masing-masing staf ada program tersendiri.
sesi pagi kuliah: para peserta sedang memerah idea mencipta tajuk entry yang sesuai |
So, dari A to Z saya buat untuk melaksanakan bengkel ini, daripada poster bengkel, tempat, booking makanan untuk peserta dan mengambil makanan untuk peserta dilakukan sendiri oleh saya. Tak ada secretary.... tapi bersyukur pihak penganjur banyak membantu saya dalam melaksanakan bengkel ini, walaupun runner saya terpaksa tinggalkan peserta di kelas bergegas ambil makanan dan ambil anak sekolah bawa hantar anak ke rumah, kembali ke bengkel semula.... Fuhhhh.... sangat menguji fizikal saya! Maka, dengan itu, bukan daya saya melainkan daya-daya yang dipinjamkan olehNya.
sesi petang hand on |
Apapun, secara overall peserta bengkel adalah kali pertama kenal blog dan blogspot. Dari cara bagaimana nak wujudkan blog dan bagaimana nak menulis, diisi kan menerusi bengkel tersebut. Berkongsi apa yang saya tahu sahaja... Saya pun masih bertateh lagi dalam dunia blogging ni.... Apa yang ada allhamdulillah dikongsi bersama.... semoga mereka dapat dicetuskan rasa untuk minat dalam blogging.
Selepas, sebulan bengkel tersebut dilangsungkan, para perseta bengkel tersebut akan dinilai menerusi satu competition atau award seakan dfkl... dan ada kategori penulis blog yang dipertandingkan. So, hari Selasa, last date hantar penyertaan, untuk kelas blog saya dari daripada 17 peserta yang join, 5 peserta berjaya menghatar penyertaan pada competition terseut.... Tentang competition apa tu, saya akan sambung pada entry akan datang....
Allhamdulillah,,,,
Oowahhh kak Sheila. Tak sabar pula nak tau keputusannya tu
ReplyDeleteWahhh, hebat ni kak! :)
ReplyDeleteHebat kak sheila
ReplyDeletecaya kak sheila...
ReplyDeleteInteresting madam
ReplyDelete