بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selamat Hari Lahir Ke2 Nur Jannah / Allhamdulillah, Nur Jannah baby saya yang kecil ni dah masuk 2 tahun pada 30 Mac 2019. Sori la adik, mama dah prepare kek untuk Jannah tapi Allah Yang Maha Menyusun segalanya. Kelmarin dah masuk kerja, sampai umah pun dah pukul 7, tak sempat nak ganti kek untuk Jannah. Tahun lepas pun mama tak prepare kek untuk Jannah juga! Aduyai.... mama sibuk ke? huh huh.... kalau nak suruh mama drive p cari kek memang tak sempat. Order online dah tapi Allah jua Yang Maha Merancang... tak pa adik, insyaaAllah ada rezeki mama bagi Jannah makan kek. Kek bukan utama, yang penting Nur Jannah anak soleh sihat sejahtera....
Nur Jannah 1 tahun 6 bulan: Mama pening dan pening
Nur Jannah 1 tahun 6 bulan: Mama pening dan pening
Nur Jannah
Bila lahir mama belum ada nama, dah Nur Jannah lahir baru mama carkan nama. Bukan tak nak prepare dah prepare nama mungkin tak sesuai... Apa yang senang terlintas dalam kepala mama daddy "Nur Jannah" nama diberi....
Suka Menangis
Pening juga mama, satu-satu anak mama dari hospital sampai rumah Nur Jannah menangis. Lum habis pantang kat Kota Bharu terus balik Kedah. Mama tak selesa, lagi senang pantang sendiri memandangkan Nur Jannah suka menangis. Masa lahir 3.5kg.... Nur Jannah dari kecil, mama memang tidur asyik terkejut, takut Nur Jannah jatuh ke apa.... Bila dah dapat kaki lagi mama panik sebab dia aktif, dan lebih-lebih lagi kalau dengar dia menangis terus saya bangun dengan laju... Bila Nur Jannah Pandai Jalan. Sebagai ibu bapa kita memang kena take care sangat anak-anak kecil macam ni. Nak-nak kalau travel dengan anak kecil. Saya memang salut blogger yang travel dengan anak kecil boleh dan sempat merakam, tangkap gambar dengan banyak.... sebab saya memang limitasi dalam aspek itu.... Kalau Nur Jannah duduk dalam strollernya baru saya boleh merakam.
Nur Jannah Lima Bulan :Comel dan Botak
Nur Jannah Lima Bulan :Comel dan Botak
Suka menangis bijak terlebih.... Aduih,,,, bila dah nak masuk 2 tahun akal terlebih. Pergi jer shopping complex jenuh mama ligan. Sempat berlakon tidur bawah rak baju... Aduyai, Nur Jannah. Tak pernah duk diam, tak reti nak duk diam kecuali tidur... hehehe...
Suka Main Air
Ntah la nape, agaknya masa kecil mama suka mandikan Nur Jannah. Ye la, badan Nur Jannah besar, kejap-kejap nangis, mama agak Nur Jannah panas, asyik nak nangis saja. Then mama mandikan lah Nur Jannah. Sampai besar pun pantang sebut mandi terus buka seluar buka pampers nak mandi... Pening lak mama jadinya... Kalau tak mandi pun nak cuci tangan. Pantang nampak singki ada saja nak cuci tangan. Dah pandai cakap.... lagi mama pening "nak cuci tangan", "nak air sejuk".... huhu....
Suka Berkawan dan Suka Kak Ngah
Kamcing ngan kak ngah.... ye la sebab kak ngah layan dia, tak marah dia nak buat apa, dan kak ngah selalu jadi mangsa buli Nur Jannah. Tapi kalau ada orang luar lagi dominan darinya walaupun lagi baby dari Nur Jannah, dia mula takut! Nur Jannah pula kena buli kat orang lain. Saya tak apa, yang saya takut kalau anak kita buli orang. Kalau dengan adik-beradiknya it's ok Nur Jannah lagi dominan sebab kakak-kakak mengalah dengannya. Allhamdulillah dia tak buat orang! dan suka berkawan.
Walau apa pun keadaan, bagi mengatasi kecuaian sendiri atau kelekaan sendiri. Kadang-kala ia boleh berlaku, dek gadget dan telefon bimbit, anak terabai... boleh juga zikir "Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin"... Saya ni memang leka juga,,,,, bukan dengan telefon bimbit, kalau keluar dengan keluarga saya memang tak sempat dah nak tengok telefon bimbit melainkan Nur Jannah di situasi yang tenang... namun, kekadang terleka, dengan keadaan dan suasana membuatkan terabai anak.
So, mommy-mommy kalau ada tips outdoor dalam menguruskan anak-anak semasa keluar bersama mereka boleh kongsikan dengan saya!
Allhamdulillah....
kak ngah kena buli saja dengannya |
So, mommy-mommy kalau ada tips outdoor dalam menguruskan anak-anak semasa keluar bersama mereka boleh kongsikan dengan saya!
Allhamdulillah....
Selamat Hari Lahir Ke2 Nur Jannah
ReplyDeleteSelamat ulangtahun melahirkan Kak Sheila ..dannnnn selamat ulangtahun kelahiran Nur Jannah comel.Terus sihat dan success dunia akhirat.Aamiin.
ReplyDeleteselamat hari lahir Nur Jannah!
ReplyDeletebagus dia suka mandi...kadang2 ada budak tak suka disuruh mandi..hahahha
hepi bestday nur jannah..:)
ReplyDeletesuka menangis macam syafi la dulu haha.. happy birthday nurul jannah sayang
ReplyDeleteHepy Bday Nur Jannah.. Semoga sihat selalu dan menjadi anak solehah.
ReplyDeleteSanah Helwah Nur Jannah
ReplyDelete