Aplikasi Teori Dalam Kajian Media: Anda Berkecimpung Dalam Media Buku Ini Mesti Anda Miliki




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Aplikasi Teori Dalam Kajian Media: Jika Anda Berkecimpung Dalam Media Buku Ini Mesti Anda Miliki / Allhamdulillah. Hari ni saya mahu perkenalkan satu buku ni baru je panas keluar oven ni... diberi jadul Aplikasi Teori Dalam Kajian Media. Dan.... jika uols memang berkecimpung dalam bidang media seperti gelar yang uols bawa skang iaitu seorang blogger, saya sangat suggest uols untuk memiliki buku ini. Ada kala kita tak belajar secara tersurat atau memasuki kelas tentang ilmu media sosial ni, dan buku ini sangat membantu uols mengetahui secara akademik bidang media sosial yang anda sedang lakukan sekarang walaupun ia sekadar hobi.


Saya bukan mencadangkannya disebabkan saya salah seorang penulis dalam buku ini, tapi banyak ilmu yang harus dan mesti anda tahu tentang media sosial hari ini. Dan,,,, jika nak baca bab yang saya tulis pun bukan menjurus tepat dalam bidang media sosial kerana bab yang saya tulis lebih kepada ilmu teori perfileman. 


Antara bab dalam buku ini ialah:
Bahagian I : Aplikasi Teori Media Dalam Kawartawanan.
Dalam bahagian ini ada lima bab yang ditulis oleh mereka yang professional dalam akademia malah professional dalam industri kewartawanan di Malaysia



Bahagian II : Aplikasi Teori Media dalam Perfileman
Dalam bahagian ini ada tiga bab. Ketiga-tiga bab ditulis oleh saya tentang kajian filem seram dan teori apa yang saya sedang kaji dalam penulisan tesis PhD saya. Saya terlalu amatur berbanding penulis dan tulisan dalam bahagian lain, cuma berkongsi apa ilmu yang dipinjamkan sahaja.



Bahagian III : Aplikasi Teori dalam Penyiaran
Dalam bahagian ini ada dua bab tentang ilmu penyiaran iaitu aplikasi model penerimaan teknologi terhadap penggunaan Youtube dalam kalangan generasi Y. Seterusnya bab yang mengupas tentang Teori gabungan penerimaan dan penggunaan teknologi.




Bahagian IV : Aplikasi Teori Media dalam Periklanan
Bahagian ini menapilkan tiga bab iaitu faktor yang mempengaruhi kesetiaan jenama Nescafe dalam kalangan pelajar, penggunaan teori tindakan beralasan menerusi media sosial instagram dalam mengembangakan industri batik vendor tempatan dan periklanan dan kepentingannya kepada ekonomi negara, pihak periklanan dan pengguna.


Ermm... saya merasakan bab dalam buku ini begitu sinonim dengan media sosial yang uols sedang laksanankan sekarang. Bagi saya sekarang uols gunakan sosial media untuk menjana pendapatan mungkin ia sebagai hobi atau juga pendapatan tetap. Di samping uols harus juga ada pengetahuan atau ilmu teori dalam media sosial ini, sebab itu saya dengan rendah hati mengalukan dan mencdangkan buku ini sebagai panduan dan menambah ilmu dalam media sosial ini.

Macamana nak dapatkannya? Uols boleh dapatkan buku ini secara terus di atas talian dengan harga RM54.

Penerbitan Unimap
https://penerbit.unimap.edu.my/

No comments

Powered by Blogger.