Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik / PETALING JAYA, 16 April 2019 – Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids)

Nestlé ROCKers, representatives from NASOM and the kids pose for a group shot after an eventful morning.

Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman. 

Nestlé volunteer Hannah De Lumen and a student of NASOM enjoying themselves at the experiential learning session. 

Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”


Volunteers from the National Autistic Society of Malaysia (NASOM) and Nestlé interacting with the kids during the experiential portion of the telematch session.

Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé. 


Volunteers from Nestlé, fondly known as ROCKers, guide the kids through the experiential session.

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia
 


Untuk maklumat lanjut:
Maxine Lim
Nestlé (Malaysia) Berhad                                       Tel:       (+603) 7965 5185                     
             +6012-353 1337           
Kanjana Ilango atau Yasmin Kadir
acorn communications
Tel:       (+603) 7958 8348
            +6012-602 2460 (Kanjana) atau
            +6017-237 9048 (Yasmin)
 

2 comments:

  1. bagusnya ada program macam ni..tak ada peluang lagi untuk join..

    ReplyDelete
  2. tah nape sayu je hati lihat gambar2 ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.