Inspire
Jalan-Jalan Cari Makan
Kolaborasi
Travelogue
En Mohd Fairuz Iqma Francaisor Kepada McDonald's Sunway City Ipoh DT Salah Satu Francais di Malaysia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Terima Kasih
Kami team BPT dan juga Che Sue sangat berteima kasih diatas penerimaan En Fairiz dan juga staf McDonald's Sunway City Ipoh. Semoga kolaborasi ini akan berterusan pada masa hadapan.
Konklusi
Apa jua perniagaan yang di laksanakan ada cabarannya yang tersendiri yang utama semnagat dan kehendak mahu berjaya, namun jangan lupa siapa yang di atas. Lakukan dengan ikhlas ingat Allah Yang Maha Kuasa. Bukan apa kekadang sibuk dengan dunia kita terlupa Yang Maha Agong , Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Memiliki. Saya terinspirasi dengan semangat dan usaha En Fairus, bermula dari bawah sehingga menuju ke bintang. Semoga En Fairus terus maju jaya di dalam industri permakanan terutama McDonald's. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf McDonald's Sunway City Ipoh terutama En Fairuz dan semoga kalian dirahmati Allah sukses di dunia dan akhirat.
En Mohd Fairuz Francaisor Iqma Kepada McDonald's Sunway City Ipoh DT Salah Satu Francais di Malaysia / Allhamdulillah, dua minggu yang lalu pada 27 April 2019, team blogger pantai timur melangkah kembali dengan edisi travel di Perak Darul Ridzuan. Ini kali kedua team BPT ke Perak selepas ke Bidor pada akhir November tahun lepas. Sejujurnya saya mula jatuh cinta bumi Perak ini kerana banyak tempah menarik penuh dengan kehijauan dan kedamaian.
Saya dan keluarga kecil bertolak daripada Bayam Baru Penang memandangkan 26hb April saya ada temujanji bersama supervisor dan examiners saya di USM. So, 26hb saya ambil tugasan rasmi ke USM, settle di USM pusing-pusing Bayam Baru p Sunshine dan stay kat sana.... sebelum 27hb pagi bertolak ke Ipoh baharu saya ambil cuti 2 hari memandangkan cuti sekolah.Ini lah masanya saya meneroka bumi Malaysia yang belum saya terokai semuanya. Inikan pula ke luar negara, dalam negara pun tak habis pergi lagi.
McDonald's sudah menjadi sinonim dengan team BPT, pabila mulakan sahaja langkah founder team BPT Sis Awa akan memainkan peranan dalam menjalankan kolaborasi dengan McDonald's di seluruh Malaysia.
Awal pagi pukul 7 gerak dari Bayam Baru ke McDonald's Sunway City Ipoh DT. Ini kali pertama saya ke Tambun. Sampai awal lepak dalam kereta tunggu leader team BPT Sis Hawa dari Kelantan, Marsha dari Ipoh dan Kak Limah dari Kuala Lumpur. Travel kali ni cuma kami berempat keluarga sahaja dari team BPT dan seorang lagi blogger utara iaitu Che Sue.
Allhamdulillah.
Bila melangkah masuk ke McDonald's Sunway City ini, Marsha dan family sedang bersembang bersama staf McDonald's. Rupanya pemilik kepada McDonald's Sunway City iaitu En Fairuz Iqma merupa salah seorang francaisor McDonald's di Malaysia pemilik kepada premis McDonald's Sunway iCity Ipoh.
Kenali En Fairuz Iqma
Edisi kali ini kita kenali pula insan yang bernama Fairuz Iqma 37 tahun merupakan salah seorang francisor bagi McDonald's di Malaysia. Mula menggerak langkah untuk melabur dalam industri permakanan McDonald's pada usia yang muda ketika berusia 29 tahun. Beliau dengan berani mempertaruhkan aset yang ada untuk memohon sebagai francaisor McDonald's. Kata beliau "saya bukan anak orang berada, emak cikgu dan ayah pula pesara tentera". Dibesarkan di ibu kota metropolitan menyebabkan beliau sejak dibangku sekolah lagi telah mula mengorak langkah belajar berniaga sehinggala meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda masih berniaga sebagai kerja sampingan. Beliau berniaga apa sahaja bagi mendapatkan pendapatan. Kemuncak perniagaan sampingan beliau disebalik tugasan utama sebagai pelajar apabila beliau menyambung pengajian di Australia di peringkat Ijazah Sarjana. Di sana beliau mula mengumpulkan aset sedikit demi sedikit sebagai penjual nasi Arab, menjual buku terpakai, kereta terpakai dan sebagainya. Hasilnya sangat menakjubkan apabila beliau kembali ke Malaysia membawa kejayaan di dalam perniagaan dan pekerjaan sampingan serta pengajian beliau. Apa yang paling manis lagi apabila beliau telah bertemu jodoh dengan juga pelajar Malaysia yang menuntut di sana.
Permulaan Bersama McDonald's Malaysia
Dengan dorongan mereka yang dpercayai keliling hidupnya, beliau mengorak langkah dalam perniagaan yang lebih serius. Beliau memilih McDonald's kerana sektor ini telus dan pilihan pengguna. Kata beliau "McDonald's tak ada konsep udertable".... Ini membuatkan lagi beliau terus mempercayai bahawa perniagaan ini bersih mengikut syariat. Walaupun di awal permulaannya di dalam sektor pemakanan McDonald's ini dilanda dengan krisis "boikot" produk ini pada tahun 2014, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus maju dan berjaya dalam sektor ini.
Latar Belakang McDonald's Malaysia
Dan... sehinggalah McDonald's Malaysia ini dimiliki oleh syarikat Lionhorn Pte dari Arab Saudi di bawah sistem francais yang dikenali sebagai "Developemental Liesensee: (DL). Amerika Syarikat telah memindahkan hak milik mereka kepada McDonald's Malaysia dan Singapura yang mana Lionhorn adalah sebuah anak syarikat Reza Group yang diterajui oleh Sheik Fahd dan Abdurahman Alireza. Apa pun sebagai McDonald's francais oleh persendirian seperti En Fairuz ia sama-sama memberi keuntungan dan saling perlu-memerlukan antara satu sama lain.McDonald's Mempunyai Staf Yang Terlatih
Staf McDonald's semuanya terlatih dari A to Z.... walaupun bermula sebagai trainner namun, mereka bertanggungjawab memastikan semua produk yang disediakan sampai ke tangan pelanggan dengan selamat. Jika ada apa-apa komplen daripada pelanggan, mereka akan terus mengatasi masalah tersebut secepat mungkin. Bak kata pepatah "coustumer is always right". Tidak hairan lah mana-mana sahaja masuk ke premis McDonald's anda akan dilayan sebaiknya. Konsep "senyum selalu" yang digunakan membuatkan pelanggan tidak segan akan datang selalu. Apa yang penting McDonald's menawarkan menu yang segar dan sedap. Kualiti dititikberatkan dan juga kebersihan dan penyediaan makanan tersebut. So, kat sini McDonald's melatih staf mereka bermula dari peringkat sebagai crew sehinggalah manager dengan penuh efisyen bagi memastikan semua staf kerkemahiran dalam penyediaan makanan.
Baca --->>> Kisah En Azharmarudin Salah Seorang Manager McDonald's Yang Pasti Menyuntik Inspirasi
Baca --->>> Kisah En Azharmarudin Salah Seorang Manager McDonald's Yang Pasti Menyuntik Inspirasi
Bagi saya En Fairuz memang hebat! kerana minat yang mendalam juga dalam industri permakanan beliau sanggup berkorban sehinggalah menjadi salah seorang anak Melayu yang berjaya bagi saya saya.
Kedatangan kami disambut dengan sangat ramah mesra oleh mereka. Kami juga dihidangkan dengan menuyang istimewa dari McDonald's. Anak-anak seronok la datang McDonald's sebab ada Happy Meal dan playground yang boleh mereka bermain sambil makan.
Terima Kasih
Kami team BPT dan juga Che Sue sangat berteima kasih diatas penerimaan En Fairiz dan juga staf McDonald's Sunway City Ipoh. Semoga kolaborasi ini akan berterusan pada masa hadapan.
Konklusi
Apa jua perniagaan yang di laksanakan ada cabarannya yang tersendiri yang utama semnagat dan kehendak mahu berjaya, namun jangan lupa siapa yang di atas. Lakukan dengan ikhlas ingat Allah Yang Maha Kuasa. Bukan apa kekadang sibuk dengan dunia kita terlupa Yang Maha Agong , Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Memiliki. Saya terinspirasi dengan semangat dan usaha En Fairus, bermula dari bawah sehingga menuju ke bintang. Semoga En Fairus terus maju jaya di dalam industri permakanan terutama McDonald's. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf McDonald's Sunway City Ipoh terutama En Fairuz dan semoga kalian dirahmati Allah sukses di dunia dan akhirat.
No comments