McDonald’s Jalan Gambang (Sg ISap) Memperkayakan Sistem Guest Experience Leader (GEL)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



McDonald’s Jalan Gambang (Sg ISap) Memperkayakan Sistem Guest Experience Leader (GEL) / Allhamdulillah, Discover Gambang di Bukit Gambang Resort City (GBRC) telah memberi tarikan kepada company makanan segera McDonalds Jalan Gambang, untuk berkolaborasi dengan Team Blogger Pantai Timur. McDonald's Jalan Gambang atau lebih dikenali juga dengan McDonald's Sungai Isap, atau penduduk tempatan lebih popular dengan panggilan McDonald's Gail Sg. Isap. Apa yang menariknya McDonald's Jalan Gambang ini memperkenalkan satu sistem yang dikenali dengan Guest Experience Leader (GEL). 


Apa pun kita check it out dulu mengenai Mc Donald's Jalan Gambang ini. 
Fakta mengenai McDonald’s Jalan Gambang




McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City. Restoran yang juga mempunyai McCafe itu dibuka 24 jam, memberi kemudahan dan kelapangan buat pelanggan untuk datang pada bila-bila masa. 



Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. Opsyen untuk mengadakan sambutan hari jadi kanak-kanak di McDonald’s Jalan Gambang ini juga menjadikannya lokasi yang tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir. Tidak kiralah jika anda sekumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir di McDonald’s Jalan Gambang, staf-staf dan juga perkhidmatan terbaik menanti anda tidak kira masa!




Guest Experience Leader (GEL) McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan
McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan telah membuka peluang kepada Puan Nik Anisah binti Mohd Ibrahim sebagai Guest Experience Leader (GEL). 

Latar belakang

mama di tengah-tengah di antara ai dan mami ai...

Puan Nik Anisah binti Mohd Ibrahim seorang ibu kepada tiga orang anak. Umurnya yang kini mencecah 50 tahun bagaimanapun tidak menghalangnya untuk bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Nik Anisah adalah contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat.




Tugas seharian
Sebagai GEL, Nik Anisah berperanan untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan. Fokus beliau adalah untuk  memberi  pengalaman hebat kepada pelanggan McDonald’s. Ini termasuk memastikan pelanggan diberi layanan baik dan meninggalkan restoran McDonald’s Jalan Gambang dalam keadaan gembira dan berpuas hati dengan pengalaman  mereka sepanjang berada disitu.




Pengalaman Nik Anisah sepanjang berurusan dengan pelanggan
Nik Anisah menganggap pelanggan sebagai tetamu yang penting, kerana itu beliau mengambil inisiatif untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. Setiap hari bekerja, Nik Anisah sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasannya. Hobinya yang suka bersembang dan bercerita dengan orang lebih-lebih lagi membantu beliau ditempat kerja. Beliau berkata, dengan bercakap dengan ramai orang, kita sendiri akan mendapat manfaat dan banyak maklumat daripada mereka. Nik Anisah berkata ramai pelanggan yang datang ke restoran McDonald’s Jalan Gambang adalah daripada golongan muda dan bersekolah, dan mereka mesra memanggil Nik Anisah dengan panggilan ‘mama’.

credit : www.sisgee.com
Pengalaman manis Nik Anisah sepanjang bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
Antara pengalaman manis Nik Anisah adalah apabila beliau dapat meraikan sambutan hari jadi dan Hari Kanak-kanak di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Beliau teruja dapat melayani anak-anak yang riang gembira. Salah satu pengalaman manis Nik Anisah juga apabila beliau dinaikkan pangkat daripada seorang kru yang bertugas dilobi kepada GEL, walaupun beliau sudah berumur.

Pengurus Mc Donald's Jalan Gambang 

Allhamdulillah, kami dijamu dan dilayan dengan penuh kasih sayang oleh staf-staf McDonald’s Jalan Gambang dengan cukup mesra dan meriah. Risau juga saya, sebab kedatangan kami di sana besama segembolongan anak-beranak. Ye la kami team Blogger Pantai Timur kebanyakan terdiri daripada blogger yang sudah berkeluarga dan juga mempunyai anak-anak kecil.... Walau bagaimanapun kehadiran kami disambut meriah oleh staf-staf McDonald's Jalan Gambang. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menerima dan melayan kedatangan kami.


Nak lagi anak saya Nur Jannah aktif dan suka menangis.... huawwwwrrrghhhh..... nanti kan dia buat hal, jenuh saya nak mengawalnya.... hehehe....  Walau apapun syukur dia mampu dikawal dengan kemesraan staf yang pandai ambil hati anak-anak kecil membuatkan Nur Jannah sangat selesa. 

Burgur Rio


Keenakan Burger Rio yang tidak dapat disangkal lagi, belum cuba belum tahu. Harus anda mencubanya.



Jom kita tengok video Burger Rio ni









Sempena World Cup, Mc Donald's memperkenalkan burger Rio, sedap sangat k... dagingnya yang lembut bila digigit terasa kesedapan ramuan rasanya... Dengan rasanya yang pedas secukup rasa dengan lada hitam sangat sesuai bagi mereka yang sukakan pedas. Ayuh, uols selagi masih berlangsung World Cup ini, jemput menikmati Burger Rio di McDonald's berdekatan anda. 



Pesanan kepada masyarakat berdasarkan pengalaman bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
McDonald’s merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun sudah berumur. McDonald’s juga sentiasa menjaga kebajikan perkerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri. McDonald’s merupakan tempat makanan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberi layanan yang bagus. Nik Anisah sebagai pekerja sentiasa menganggap pelanggan adalah VIP dan mengalu-alukan kedatangan mereka di restoran tersebut.




Kebaikan Sistem Guest Experience Leader (GEL)
Perasaan seronok menikmati burger rio dan dilayan dengan keramahan staf-staf Mc Donald's Jalan Gambang membuatkan saya terharu dan masih terngiang-ngiang di benak fikir dan emosi saya. hehehe.... Semua staf McDonald’s Jalan Gambang, sangat komited yang utama sistem GEL yang diperkenalkan sangat oleh mereka mampu membantu golongan kurang upaya seperti ibu tunggal, warga emas malah golongan OKU merasa mereka tetap dihargai, tidak dipinggirkan dan diterima oleh khalayak masyarakat.


Bagaimana Untuk Menyertai Sebagai Guest Experience Leader (GEL)?
Bagi anda tertanya-tanya bagaimana untuk menyertai Guest Experience Leader (GEL) di McDonald's Malaysia bolehlah apply menerusi internet bagi yang ada internet di rumah atau pun boleh terus ke cawangan McDonald's berdekatan anda. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai internet di rumah mahupun di phone anda, anda boleh menyemak terlebih dahulu cawangan premies McDonald's yang mana yang mempunyai tawaran pekerjaan sebagai Guest Experience Leader (GEL) ini. Saya sediakan toturial di bawah ini:


1. Log in www.mcdonalds.com.my, dan klik pada ikon tepi atas sebelah kanan seperti gambar di bawah

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

2. Pilih Job vacancy


3. Anda akan dibawa ke halaman ini dan klik "sertai pasukan kami"


4. Masukkan jenis jawatan yang dipohon, pilih negeri dan pilih kawasan dan klik "carian"


5. Siap buat pilihan, anda akan dipaparkan premis McDonald's yang mempunyai jawatan Guest Experience Leader (GEL), klik di premis mana dan akhir sekali klik "mohon". Permohonan akan diproses.  


Senang sahaja kan untuk apply jawatan Guest Experience Leader (GEL) ni.... dan uols kalau ada nak buat majlis harijadi dan sebagainya boleh lah ke McDonald’s Jalan Gambang untuk setting majlis. 

Boleh juga menghubungi:

LOT 121596 (PM 20537) (LOT LAMA PT 96368), (HSM68258) HINGGA LOT 12160, (PM20536)(LOT LAMA PT 96379) (HSM PT 68269) DAN TANAH KERAJAAN JALAN GAMBANG, - JALAN KUANTAN GAMBANG, DAERAH KUANTAN, KUANTAN, PAHANG25150


Contact Details
Phone: 09-5362746
Fax: 09-5362746
24 Hours, Breakfast, Drive-Thru, McCafe





14 comments:

  1. boleh kita singgah MCD nanti. Dengan adanya GEL ni memang bagus dalam menolong masyarakt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sgt GEL ni tolong org yg sgt memerlukan pekerjaan

      Delete
  2. Meriahnya.. Bagus betul servis staf McDonald’s Jalan Gambang. Semua ceria je

    ReplyDelete
  3. pernah dulu bawa anak murid gi buat birthday party kat Mc D

    ReplyDelete
  4. seronok sembang dengan diaorang...

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaaa!! Paling suka bila staff ramah macam tu. Rasa macam dah kenal lama padahal baru jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. a aa kan najah.. terharu rasanya dilayan cam tu

      Delete
  6. GEL yang sangat murah dengan senyuman... Suka tgk..

    ReplyDelete
  7. that was awesome! next time bila ke sana boleh singgah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.