Buku Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data SPSS

Buku Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data SPSS / Allhamdulillah.... dah la saya menggunakan buku ini sejak tahun 2014 lagi. Apabila saya mula membuat proposal untuk menyambung pengajian dan mula melangkah dalam bidang akademik dan diperkenalkan dengan ilmu kuantitatif yang sebelum ini saya memang tak sukakan nombor, ntah kenapa bila mata ini tengok sahaja nombor yang banyak terus migran menerjah di kepala... huhu.... Alangkah teruknya saya ketika itu.


Tak sangka, kemahuan untuk belajar dan menganal ilmu hisab dan kaedah penyelidikan dengan menggunakan penyelidikan kuantitaif membuat saya rasa belajar sesuatu yang baharu dan seronok. 


Definisi Penyelidikan

Buku ini sangat ringkas dan mudah difahami, kerana tidak meleret. Terlebih dahulu anda akan diberi info apakah itu definisi penyelidikan. Dalam buku ini mengulas tentang definisi penyelidikan tentang BAB1:

  • pengertian penyelidikan oleh sarjana
  • sains dan kaedah saiantifik
  • penyelidikan asas dan penyelididkan gunaan
  • taakulan deduktif dan induktif
  • jenis penyelididkan dari segi dimensi masa
  • jenis penyelidikan dari segi tujuan

Buku ini mempunyai 17 bab iaitu 

BAB 2: Konsep Penting Dalam Penyelidikan
BAB 3: Langkah Dalam Penyelidiakan
BAB 4: Penyediaan Proposal Penyelidikan
BAB 5: Pengukuran, Kebolehpercayaan dan Kesahan
BAB 6: Persampelan
BAB 7: Soal Selidik dan Kerja Lapangan
BAB 8: Pengumpulan Data
BAB 9: Penulisan Laporan Penyelidiakan
BAB 10: Analisis Deskriptif
BAB 11: Analisis Faktor dan Kebolehpercayaan Instrumen
BAB 12: Analisis Respon Berganda
BAB 13: Prosedur Ujian-T
BAB 14: Analisis Varians (ANAOVA)
BAB 15: Analisis Korelasi dan Regresi
BAB 16: Model Regresi Logistik
BAB 17 Analisis Bukan-Parametrik

Apa yang menarik dalam buku ini disediakan toturial bagaimana untuk menganalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS. Ia sangat mudah difahami. 


Penulis : Fauzi Hussin, Jamal Ali, Mohd Saifoul Zamzuri Noor
Penerbit : UUM Press, Universiti Utara Malaysia



1 comment:

Powered by Blogger.