Rahsia Di Sebalik Bukit Gambang Water Park Membuat Saya Kecewa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Rahsia Di Sebalik Bukit Gambang Water Park Membuat Saya Kecewa / Allhamdulillah... Allah Ya Fattah, Ya Razzak, Ya Rahman, Ya Rahim.... Dengan kasih dan sayangNya, Dia telah membuka pintu rezekiNya untuk saya dan keluarga menikmati pakej 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City pada 4 Julai hingga 6 Julai 2018. Terpegun saya bila masuk ke sana... Terima kasih tidak terhingga kepada admin dan semua team bloggerpantaitimur serta jutaan terima kasih kepada pengurusan Gambang Resort yang diselaras oleh En Nasir pengurus pemasaran Bukit Gambang Resort City (BGRC). 


Bukit Gambang Water Park (BGWP) telah dibina di kawasan berkit dengan kapasiti keluasan 45.8 ekar di kawasan bukit dan hutan sekunder yang mempunyai kelembapan tropika. Mememang sangat luas tau bak kata pepatah "luas mata memandang luas pengetahuan dan banyak pengalaman".... haaa.... Dengan keluasan tersebut, Bukit Gambang Water Park telah dianugerahkan dengan penganugerahan daripada MAATFA iaitu Malaysian Associaotion of Amusement Theme Park & Family Attraction pada tahun 2011. Dengan kehijaun dan kehindahan semulajadi hutan sekunder membuatkan pengunjung yang datang ke Bukit Gambang Water Park tidak mudah merasa penat kerana dilindungi tumbuhan hijau yang segar. 



NAIK TARAF KEMUDAHAN DI WATER PARK


Bukit Gambang Water Park mempunyai tahap permaian yang tinggi memandangkan gabungan uniknya iaitu gelongsor air dan kebanyakannya adalah yang pertama di Malaysia. Ia merupakan menaik taraf yang dilakukan oleh pihak Bukit Gambang Water Park untuk pengguna menikmati keunikan permaian air yang berbeza dari tempat lain. Ia adalah seperti:
  1. Perjalanan rakit keluarga terpanjang
  2. 6 lorong pelumba terpanjang
  3. Kolam gelombang terbesar mampu menghasilkan 8 corak gelombang mod
  4. Kanak-kanak berpusat di pulau peguin di mana ia mempunyai struktur permainan aqua pertama di malaysia
  5. Sungai malas bergelora
  6. E-nilai / sistem tanpa tunai

Journey of Ice Glacier River

Eksplorasi di Bukit Gambang Water Park tidak lengkap jika tidak menikmati raft ride bersama keluarga ni. Ia juga merupakan raft ride for family yang terpanjang di Malaysia. Sungat ini juga dikenali dengan Sungai malas bergelora atau Turbulent Lazy River sebelum ini.


Walau bagaimanapun, ia telah dinaiktaraf kepada Journey of Ice Glacier River kerana keunikan menaikinya bersama keluarga dalam mengharungi sungai yang panjang. Di samping itu juga, Journey of Ice Glacier River ini, mempunyai waktu yang tertentu bagi pengunjung menikmatinya. Bagi mengetahu lebih lanjut tentang kemudahan permaian air anda bolehlah megunjungi blog Shalimar Yusof


Longest 6 Lanes Racer

Ini merupakan 6 lorong luncur air yang terpanjang di Malaysia. Bila tengok pun dah seriau badan saya ni... Saya menggigil nak naik, tapi kawan-kawan saya ni Najah, Aira dan Kak Halimah memang hebat la mampu merenangi halangan. Jeles tersangat tau dengan u ols... hehehe.... Menyesal tak join u ols... tapi akan kan daya. Memang keterbatasan la bagi saya, sebab kekangan dengan anak kecil tau... Itu yang menyebabkan saya kecewa di Bukit Gambang Water Park ni. 


Kolam Gelombang Terbesar 

Kolam gelombang terbesar ini dapat menghasilkan 8 corak gelombang ombak. Malah ia hanya boleh didapati hanya di Bukit Gambang Water Park sahaja. Tidak sah anda ke Bukit Gambang Water Park jika tidak menikmati permainan air di Coco Beach Wave Pool & Lagoon. 


Malah ia juga telah dianugerahkan sebagai Best Outdoor Theme Park oleh Baby Talk Readers' Choice Award pada tahun 2014. 


Di sini anda bolehlah menikmati permainan air dan gelongsor seperti Crystal Slide, Galaxy Slide dan Canopy Slide serta Family Raft Ride. 

Peguin Island

Peguin Island dikhususkan untuk anak-anak bermain. Tarikan utama di peguin Island adalah Aqua Play. Memang tak sah la kalau anak-anak tak main aqua play ni.... 

Aqua Play
Sementara itu juga terdapat pelbagai permaian lain di Peguin Island seperti kids slide, adult leisure pool, kids splash pool, journey of ice dan yang utama Pizza Time... 

Pizza Time

Sudah penat bermain air anda boleh la menjamu selera dengan pizza di Pizza Time. Kali pertama rasa merasa pizza di sini dan ia sangat berbeza dengan pizza di luar sana. Dengan beafnya yang dipotong besar, rasanya cukup segala ramuan, apa lagi makan tak pandang orang ler... hehehe... menikmati Pizza Time di kala badan yang mula kepenatan dengan mandi manda sangat meraih rasa kelazatan tidak terhingga. Saya saran anda jika ke Bukit Gambang Water Park jangan lupa menikmati kelazatan Pizza Time ini.


Kalau tak percaya macamana makan tak pandang orang tu boleh tengok sini... Sampai mak dia ni menahan rasa, aduihhh.... bagi can anak-anak makan dulu... 


Nak tahu dengan detail tentang harga dan jenis pizza yang disediakan bolehlah mengunjungi blog Lea Azleeya tau.... 

E-nilai / sistem tanpa tunai

E-Nilai (E-value) atau sistem tanpa tunai ini membolehkan para pengunjung untuk menyimpan wang ringgit di  wrist-band mereka, tanpa perlu membawa apa-apa wang tunai untuk mana-mana kerana setiap pembelian di dalam taman hanya menggunakan wrist-band di pergelangan tangan pengunjung. Malah jika E-nilai tidak mencukupi, anda boleh top up di mesen yang disediakan di dalam water park tersebut.


Dengan adanya E-nilai atau sistem tanpa tunai ini para pengunjung tidak perlu membawa masuk duit ringgit dan tidak perlu risau kehilangan barang berharga dan sebagainya. 

Kemudahan dan Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Kabin kayu untuk sewaan.  

cabana
Cabana yang disediakan untuk sewaan di dalam BGWP ini melebihi 50 buah dengan harga yang berlaian. Ini adalah cabana yang terdapat di BGWP adalah terdiri daripada lima jenis cabana mengikut tempat iaitu cabana (coco beach), cabana (river), cabana (garden), cabana (slide) dan cabana (peguin island). Kaimi memilih cabana (peguin island) kerana kami banyak menghabiskan masa bersama anak-anak di sana. 
  • F & B Outlets



  • Gift Shop



  • Kiosk
  • Bilik sembahyang
  • Bilik pertolongan cemas
  • Kedai cenderamata
  • Kaunter Atas
  • Tandas
  • Bilik mandi



Tips Masuk Bukit Gambang Water Park

Jika anda melangkah masuk di GBWP ini harus diingatkan anda haruslah sentiasa mengawas pergerakan anak-anak anda. Selain itu juga, perkara utama yang perlu anda tahu adalah peta lokasi. Peta lokasi dalam gambar di bawah menunjukkan tempat, kemudahan dan permainan yang disediakan di dalam BGWP.



Larangan di Bukit Gambang Water Park


  • tidak boleh merokok
  • tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman daripada luar, ini adalah kerana di dalam BGWP sudah mempunyai pelbagai kemudahan f & b outlet. Selain tu juga, ia adalah bagi mengurangkan pembungan sampah makanan dan minuman luar di dalam taman tema. Ini adalah kerana BGRC adalah tempat yang mana mengamalkan GO GREEN Campaign. 
  • tidak boleh memakai pakaian muslimah seperti baju kebaya, baju kurung, jubah, jeans, babies / nappies / naked, track bottom, shirt jacket, saree. Pengunjung dibenarkan masuk dengan pakaian mandi atau t-shirt, swimming suit dan sebagainya.
  • Untuk bermain air, pengunjung tidak dibenarkan memakai barang kemas, eyeglasses, google, zip, buttons, buckles & studs.
  • Wristbands tidak boleh dijual beli dan ia hanya valid pada tarikh yang dikunjungi sahaja bagi refund atau transfer E-nilai atau sistem tanpa tunai.


Pengalaman Berharga Saya dan Keluarga

Allhamdulillah, syukur saya tidak terhingga, diberikan rezeki berlimpah. Team BPT Mek Ayunie admin yang bertungkus lumus dalam mendapatkan tajaan ini dan juga admin BPT Sis Awa dan Sis Gee. kepada En Nasir pengurus bahagian pemasaran, terima kasih sekali lagi saya ucapkan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa saya kepada semua ahli team yang sangat mesra alam, best sangat walaupun kita semua ada yang kali pertama bertemu mata, tapi kesepakatan, kemeriahan semua seperti sudah lama kita kenali. Yang utama laki-laki kita semua sporting-sporting dan sangat supportive. hehehe..... anak-anak juga dah ada bff sendiri.... mak dia apa la lagi kan...

Pengalaman Menakjubkan

Saya memang sukakan alam dan kehijauan, di situ saya tenang. Dek unggas membunyikan suara, bunyi air deruan air yang menenangkan saya, Allhamdulillah dipertemukan dengan tempat yang sangat cantik dan tenang. Apa yang membuatkan saya terpegun dengan luasnya BGWP itu... tak terjangkau akal saya. Pada pemikiran saya yang dangkal ia cuma theme park biasa, namun bila sampai di sana saya mula terpinga-pinga, di manakah saya? hehehe.... memang sejujurnya saya tak puas berada di dalam BGWP kerana kekangan dengan anak kecil tak dapat saya menikmati kesemua permainan air di sana. Saya sangat berharap akan dapat repeat again and again.  

Pengalaman anak-anak

Kakak, kak ngah, adik suka sangat main air. Dah lama mereka mengidamkan percutian. Dek kekangan pengajian saya, sangat terbatas untuk membewa mereka bercuti. Peluang ini, khas untuk mereka. Tiga hari tak pergi sekolah, saya siap-siap buat surat untuk cikgu-cikgu mereka. Saya seronok bila mereka pun seronok. Dari bulan 5 lagi, bila sahaja tahu tentang "discovergambang" ni, mereka dah mula seronok. Tiap hari nak tengok Bukit Gambang Resort City di internet. 

Allhamdulillah.... 

Syukur mereka juga gembira. Ye la siapa tak hepi kan! Syukur juga adik Nur Jannah tak meragam. Tidur sahaja dia. Hinggakan saya pun geram kena jaga dia tidur jer... kekekeke.... bila adik nak bangun ni? mama nak main air! hehehe.....

aqua play


Finnaly, dia bangun juga, terus main air dengan kakak-kakaknya.... fuhhhh... yang best saya dukung dia naik Aqua Play... Kali pertama naik saya pegang Nur Jannah kuat-kuat. Masalahnya kami tak gelongsong, ada lak pengunjung laki dan anaknya kat belakang saya. Lastly, saya terpaksa gelongsor dengan mengayuh kaki saya... hahaha.... saya tanya pengunjung laki tu "kenapa tak gelongsor"... katanya "kena baring kak"... Saya tak puas hati, sekali lagi naik dan dukung Nur Jannah, baring nak suruh gelongsor tapi tak gelongsor juga. Agaknya memang tu, di buat khas tuk anak-anak, saya nak Nur Jannah berat timbangan agaknya sebab itu la tak gelongsor.... hehehehe... Aduihhh... pening kepala saya....




Kakak Amani dan Kak Ngah Adelia seronok sangat dapat main air tu. Tak ingat nak naik. This time for them la. Dah lama tunggu masa ni kan. Nur Jannah maintain seronok.... diam jer dia. Mulut dah biru kesejukan. 


Dah habis main mandi manda, anak-anak juga la yang seronok. Saya? bila balik, sampai rumah baru rasa kecewa kerana tak dapat main semua permainan air kat sana. Saya nak repeat again and again.... Semoga ada peluang kedua dan setrusnya. Bagi pandangan saya memang tak cukup masa tau kalau u ols masuk sini pukul 2 hingga 6 memang takkan puas main dan menikmati semua permainan air di sini. Bagi saya kena kena spend dari pagi hingga petang baru dapat merasa menikmatannya. 

Sejujurnya sampai sekarang saya masih kecewa. Masa di sana saya tak rasa sebegini. Rasa rasa dah cukup. Namun, bila dah balik rumah tengok pamplet satu-satu saya amati dalam pamplet tu baru saya rasa kecewa. Itu yang saya bagi tips kat atas, bila anda melangkah masuk sahaja ke BGWP ini cuba tengok betul-betul peta lokasi dan belajar satu-persatu nama dan jenis permainan yang disediakan. So, dah bercerita panjang lebar, berapa ye harga tiket boleh rujuk di bawah ini.


HARGA TIKET

Dewasa: RM 33.00 13 tahun ke atas
Anak / Warga Emas / OKU: RM 23.00
Kanak-kanak di atas 90cm hingga 12 tahun / Warga emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak di bawah pintu masuk 90cm adalah PERCUMA.

Tiket Combo (Taman Safari + Taman Air)
Dewasa: RM 88.00
Anak / Warga Emas / OKU: RM 58.00

* Harga adalah 0% CBP.
* Terma & syarat dikenakan.
* Harga di atas adalah berkuatkuasa 1 Jun.


Saya ingatkan sebelum anda datang ke BGWP ini, bagi kali yang pertama cuba layari laman sesawangnya terlebih dahulu dan explore dahulu di internet tentang tempat ini.

Laman Web:
https://bgrc.com.my/

Alamat:
Bukit GambangResort City
26300 Gambang, Pahang Darul Makmur

Tel:
09.548.8000 ext 8400

Fax:
09.548.6288

Emel:
waterpark@bgrc.com.my

Hotline:
016.988.4767


ps: gambar credit team blogger pantai timur

Baca:






19 comments:

  1. Panjang lebar review kak sheila.. setuju dengan akak,tempatnya begitu besar tak sangka betul. Ingatkan dah habis pusing. Rupanya ada banyak lagi permainan yang tak sempat nak alami

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kena tgk betul2 kan permainannya, kalau miss rasa cam xpuas jer

      Delete
  2. next time kena pergi ni..haah lah tempat ni besar..

    ReplyDelete
  3. huWAAAAA rindu nk kembali ke sini..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...seronok anak2 akak main air...ulang lagi,kali ni mma pulak main air...join anak2...hehe.

    ReplyDelete
  5. Kena repeat namoaknya.. Oergi dulu x explore habis huhu

    ReplyDelete
  6. Salam , bestnya, kalau ada rezeki boleh pergi ke sana, insya-Allah. Jom lawat blog https://idawidyani.com

    ReplyDelete
  7. Have fun giler ekk? Ira yang baca ni pun sama teruja apatah lagi yang merasainya 😍

    ReplyDelete
  8. kena spend sini sehari suntuk!! Takpe surau, cabbana, dan pelbagai kemudahan ada!! jom repeat!!

    ReplyDelete
  9. Nak main lagi!!! huwaaaa!! saya pun kecewa sebab tak puas main. kang terbawa-bawa dalam mimpi

    ReplyDelete
  10. Kecewa la jugak tak dan nak explore waterpark..tapii piza dia mmg sedappp..

    ReplyDelete
  11. alaaaa, duk fikir kenapa kak sheila kecewa, nanti anak besar2 sikit repeat lagi ye ka, hehe

    ReplyDelete
  12. That is simply a large portion of the image. Overturning of vessels and over the edge falls are the most number of detailed lethal mishaps, which is around 59 percent of all sailing mishaps. Life Jackets For Paddle Boating

    ReplyDelete

Powered by Blogger.