Buku Cerita Kanak-kanak T Kurus T Gemuk

Buku Cerita Kanak-kanak T Kurus T Gemuk / Buku cerita kanak-kanak ini yang ditulis oleh Halimah Muhiden atau lebih dikenali dengan blogger Seri Wangi dari blog Keunggulan Wanita, baik untuk anak-anak yang mula belajar membaca seawal 4 tahun. 


Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM10 boleh didapati dikedai buku berhampiran.


Ilustrasi gambar yang kanak-kanak yang menarik boleh membuatkan anak-anak suka membaca buku. T Kurus dan T Gemuk mengisahkan tentang T (tikus) Kurus cuba berbaik dengan T Gemuk, namun T Gemuk enggan. Semuanya kerana T Kurus comot.


Kehadiran T Kurus tidak disenangi. Ia menyebabkan T Kurus terpaksa mencari makan semasa T Gemuk tiada. Sikap sombong T Gemuk membawa padah dan hampir menjadi mangsa Tompok.


Kesimpulan T Kurus T Gemuk

Daripada cerita ini kita dapat mendidik anak-anak kita supaya jangan sombong dengan apa yang ada. Sentiasa menghormati dan tidak memilih kasih. Semoga cerita yang ringkas dan mudah difahami ini dapat memberi keseronokan untuk anak-anak membaca dan menggalakkan anak-anak kita suka membawa. Apa yang penting pendidikan yang didapati daripada hasil becaan memberi memberi pengajaran kepada anak-anak kita.


9 comments:

  1. Seronok baca buku kanak-kanak ni. Dahlah nipis, penuh pengajaran dan yang paling penting siap ada gambar lagi hehe jangan ingat kanak-kanak je suka baca buku camni

    ReplyDelete
  2. Bagus buku cerita macam nie kan, ada nasihat dan pengajaran untuk kita juga..

    ReplyDelete
  3. Buku kanak2 kdg best juga baca..oh ya tak sangka kak halimah rupanya penulis buku ni 😘

    ReplyDelete
  4. kalau buku camni biasa start umur berapa sesuai yer akak? salam perkenalan. syaza follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal syaza... buku mcm ni klu anak2 dh mula panda baca wlupun merangkak tak kira umur berapa depend pd kebolehan ank2,,, as a mother kita xleh leh juga push mereka suruh pandai baca....

      Delete
  5. kita yg dewasa ni pun suka baca buku cerita kanak kanak
    sebab menarik kan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Shields kerana sudi review buku kak Kita kena galakkan anak2 Kita rajin membaca tidak Kira buku apa pun��

    ReplyDelete
  7. Menarik. Boleh la zumal beli untuk anak menakan ni...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.