Jalan-jalan
Review Homestay
Homestay Armizah Ipoh Elegant dan Murah di Taman Pengkalan Prima
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Homestay Elegant dan Murah di Ipoh di Taman Pengkalan Prima / Allhamdulillah.Trip team Blogger Pantai Timur ke Ipoh sempat saya dan Kak Limah atau Blogger Seri Wangi bermalam di Homestay Taman Pengkalan Prima Ipoh. Tempatnya yang strategik walaupun sedikit ke dalam melusuri taman tersebut namun apabila tiba di Homestay ini kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan kepenatan seharian.
Daripada World of Tambun perjalanan lebih kurang hampir setengah jam untuk sampai ke sini. Dengan menggunakan pandu arah Allah Ya Nur Ya Haadi yang dialatkan dengan waze kami selamat sampai di homestay ini.
Selain itu, bila saja kami melangkah masuk di homestay ini terdapat khemah mainan anak-anak. Apa lagi anak-anak saya yang kecil teruja la untuk bermain.
Dan.... kelengkapan rumah seperti mop, penyapu semua disediakan memudahkan para pelanggang membersihkan apa yang perlu dan sentiasa menjaga kebersihan.
Selain itu, lokasi yang strategik di bandar Ipoh juga memudahkan untuk menginap di sini. Bagi anda yang tercari-cari di mana untuk menginap bila sampai di Ipoh bolehlah
Alamat:
No 66, Jalan Pengkalan Prima 2, Taman Pengkalan Prima,
31650 Ipoh Perak.
No telefon:
Puan Amy - 018.365 6551
En Arif - 013.374 6551
Homestay Elegant dan Murah di Ipoh di Taman Pengkalan Prima / Allhamdulillah.Trip team Blogger Pantai Timur ke Ipoh sempat saya dan Kak Limah atau Blogger Seri Wangi bermalam di Homestay Taman Pengkalan Prima Ipoh. Tempatnya yang strategik walaupun sedikit ke dalam melusuri taman tersebut namun apabila tiba di Homestay ini kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan kepenatan seharian.
Daripada World of Tambun perjalanan lebih kurang hampir setengah jam untuk sampai ke sini. Dengan menggunakan pandu arah Allah Ya Nur Ya Haadi yang dialatkan dengan waze kami selamat sampai di homestay ini.
Jenis Rumah dan Kelengkapan Rumah Yang Awesome
Rumah Semi D setingkat dengan 4 bilik yang sangat selesa membuatkan kami teruja. Apa yang penting tuan rumah telah menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk pelanggang yang menginap. Contohnya seperti kelengkapan dapur. Sudah tentu kalau pelanggang yang mempunyai keluarga yang besar dengan erti kata lain mempunyai anak yang ramai, sangat berbaloi untuk memasak sendiri kerana di sini telah disediakan bahan masak seperti beras, perencah nasi goreng, dan juga minuman. Malah ais juga telah disediakan di dalam peti sejuk. Bak kata semua kelengkapan untuk memasak lengkap disediakan.
En husband siap mengemop lagi... nak buat camana Nur Jannah kencing... aduihhh tak pakai pampers rupanya. Boleh la mak dia ni lupa, sepanjang perjalanan ke sini dalam kereta seb baik la dia tak kencing.
Selain itu, bila saja kami melangkah masuk di homestay ini terdapat khemah mainan anak-anak. Apa lagi anak-anak saya yang kecil teruja la untuk bermain.
Kemudahan Mencuci Yang Lengkap
Memandangkan saya sudah ke Penang sebelum ini, kain baju mula menimbun, dengan kemudahan mesin basuh serta pencuci yang telah disediakan memudahkan saya mencuci kain pada malam tersebut. Ampaian juga disediakan di belakang rumah untuk menyidai pakaian. Malah tuan rumah juga menyediakan tempat bbq untuk mereka yang mahu berbbq....Dan.... kelengkapan rumah seperti mop, penyapu semua disediakan memudahkan para pelanggang membersihkan apa yang perlu dan sentiasa menjaga kebersihan.
Bilik Berhawa Dingin
Bilik pertama dan kedua dilengkapi penghawa dingin dengan katil queen. Sementara, bilik ketiga disediakan dua katil bujang dengan kipas. Bilik keempat merupakan private store. Walau bagaimanapun, saya mengganggarkan tiga keluarga bersama anak-anak boleh muat di homestay ini.Selain itu, lokasi yang strategik di bandar Ipoh juga memudahkan untuk menginap di sini. Bagi anda yang tercari-cari di mana untuk menginap bila sampai di Ipoh bolehlah
Uols kalau nak datang sini boleh guna wave search sahaja alamat rumah ni ye...
Alamat:
No 66, Jalan Pengkalan Prima 2, Taman Pengkalan Prima,
31650 Ipoh Perak.
No telefon:
Puan Amy - 018.365 6551
En Arif - 013.374 6551
wow!! lawa.... nampak kemas dan selesa betoi ni kak shila
ReplyDeleteCantik homestaynya :) Serba lengkap ni.
ReplyDelete