Pendidikan
Welcome to Bach. Media Technology (Hons.) School of Multimedia Technology and Communication UUM
Welcome to Bach. Media Technology (Hons.) School of Multimedia Technology and Communication UUM / Allhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-2 pengajian bagi semester 1 2018/2019. Belum terlambat rasanya, saya mengucapkan selamat datang pelajar baharu terutama pelajar yang menganbil pengajian dalam bidang Ijazah Teknologi Media (Kep.) dan semua pelajar baharu pusat pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi serta pelajar baharu di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah.
Semoga kalian dapat menimba ilmu jasmani malah rohani di bumi Sintok ini untuk kalian sukses di masa hadapan. Media dui UUM mungkin tidak terkenal berbanding di universiti awam yang lain. Namun, di mana jua kalia berada dan di mana jua tempatnya kalian menimba ilmu itu adalah satu platform untuk anda majukan diri anda, membina sahsiah diri, jati diri, intelektual dengan siapa sahaja. Gunakan platform dan peluang yang kalian dapat ini sebaik mungkin. Dan ingatlah dengan siap sahaja anda berguru, jika seseorang itu memberi ilmu kepada anda maka, ia merupakan satu ilmu yang harus anda ambil dan amalkannya.
Baca: Media Technology Student
Guru
Pemberi ilmu itu adalah guru, yang menjadi alat Allah bagi menyampaikan ilmu yang mereka ada kepada penerima ilmu. Walaupun mereka cuma si pengemis jalanan atau makcik dan pakcik cleaner, jika merekja menyampaikan satu ilmu, mereka juga dianggap guru. Malah seseorang yang menyampaikan sepotong ayat itu juga guru. Maka, ingatlah amalkan setiap pagi doa untuk ibu bapa dan guru-guru anda.
Niat
Apabila anda melangkah sahaja ke universiti sematkan niat untuk belajar dan berjaya. Ada kala kursus yang diambil bukan pilihan, saya faham! Masa saya belajar dahulu, walaupun saya melangkah masuk ke universiti dengan kursus pilihan, namun saya faham dengan rakan-rakan sahaja yang mengambil kursus bukan pilihan mereka. Namun, bagi saya belum cuba belum tahu. Mungkin dah cuba terus jatuh cinta. Dan niatlah dengan yang baik.
InsyaaAllah, jika anda tahu apa niat sebenar anda, anda akan bersedia sebagai hamba da khalifah Allah di bumi ini. Saya yakin anda pasti meniti jalan kejayaan. Walaupun kejayaa memang sukar dicapai, namun dengan usaha, akan pasti akan berjaya sepertimana dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :
Dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”
Dan kini,
Saya juga seperti kalian masih dalam berusaha dan sedang berusaha, dalam meniti sebuah kejayaan. InsyaaAllah sama-sama kita meniti kejayaan di bumi Sintok.
Seperti mana janji Allah akan mengangkat martabat orang yang berilmu.
“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)
Ilmu
Ilmu ada di
mana jua, sama ada kita nak atau tidak mengambilnya. Adakala, masa juga
mencemburi kita. Namun, tetapkan niat yang betul dalam mencari secebis ilmu,
tetapkan niat hanya kepada Allah diperdahui sebelum niat dunia yang lain.
Memang sukar untuk tetapkan niat. Adakalanya terpesong jua dibuatnya dalam
menuntut secebis ilmu ini. Adakalah mungkin tersasar dengan dunia khayalan,,,
namun InsyaAllah dengan jati diri dan pegangan agama yang ada dalam diri membentengi
kita agar niat mencari lmu itu betul dan tepat.
Masa
Masa sangat
penting dalam hidup ini. Seperti saya jua, kadang-kala saya sejujurnya juga
tersasar menjaga masa. Pengalaman saya, ketika belajar semasa degree dahulu
memang la terlalu sibuk, kadang-kala kerja assignmentpun last minute buat. Memang
sampai sekarang pun jenis last minute…. So, jangan tiru macam saya! Tapi yang
saya suka bila kerja last minute ni, nak menulis terutamanya, time tu banyak
pulak idea mencurah. Siap satu paper dalam sehari sahja. Fuhhhh…. Gilerrr Sheila!
Boleh lak ko buat! Yang selama ni duk peram sahaja idea. So, time management
itu tersangat la penting. Set the goal, setiap hari apa yang nak achive sama la
juga ibadah kita untuk Allah seperti “hari ni, saya nak solat awal”… Macam tu
la gayanya.
Tapi
Saya memang
tak sarankan anda sebagai pelajar baharu buat kerja last minute terutama buat
assignment. Memang student saya dahulu buat latihan ilmiah terutamanya memang
last minute. Latihan ilmiah setiap university peruntukkan 6 credit hour (2
semester), tapi ramai yang buat last minute. Siap menipu saya pun ada. Yang tu
saya geram. MEmang nak sahaja saya bagi fail tapi memikirkan kesian dan
humanities saya tak failkan student. Jarang student yang fail dalam kelas saya.
Planner
Memang
sebagai pelajar jagalah masa anda dengan baik. Buat planning, siapkan awal
assigmnet. Adakan planner bila nak mula dan sebagainya. MEsti kena mula awal
untuk cari bahan dan sebagainya. Bila anda dah mula buat kerja awal,
kawan-kawan anda mesti jeles, dan mereka juga akan terpengaruh dengan anda
untuk membuat kerja awal. Serius saya cakap ni! Bila siap assignment awal ,
anda akan rasa satu beban dan release, rasa seronok yang amat. Tak percaya cuba
dulu.
Best! Reward Yourself
So, anda
boleh la bagi reward tuk diri sendiri seperti having a nice food dan sebaginya.
Kalau saya suka makan, saya akan appreciate diri sendiri dengan makanan yang
best….. Masa saya belajar dulu makanan yang best tu KFC, McDonald je la sebab
school saya dekat dengan Giant, balik school jalan kaki terus masuk masuk
Giant. Hehehe… memang itu la tempat makan saya persinggahan sebelum sampai
rumah sewa.
Tawalkal
Sesudah
usaha, tawalkal ler, kita dah usahakan. Apa lagi doa dan doa jangan putus doa
untuk Berjaya. Susah kadang-kala nak tawalkal ni, sebab kita sering dihantui
perkataan “kalua gagal”, “kalua aku gagal”…. Itu juga yang menjadi salah satu
masalah saya ni. Mulut kata tawalkal tapi hati taku sahaja “kalua gagal”…. Tak apa!
Jangan risau kalau gagal itu dah Allah sediakan, mungkin gagal hari ni tidak
dikemudian hari. Mungkin gagal di dunia, insyaAllah di akhirat syurga menunggu….
Apa pun tawalkal harus yakin dengan Allah.
Baca : Kegagalan Itu Sahabat Saya
Allah Ya
Allah
Serah semua
kepadanya, Tarik nafas, selalu ingat Dia. Solat jangan lupa. Walaupun sesibuk
mana. Sama la dengan saya, kekadang busy, solat dah hujung…. Aduihh… itu yang
saya fail lagi…. Terkejar sana-sini, peluh lecun, nak solat! Yang sangat
melemahkan saya. Saya ni, memang selalu dengan konsep “taka pa”…. sikit-sikit “taka
pa”….. Allah ada. Tapi harus dan selalu ingat Allah Allah dekat dengan kita. Walaupun
terkejar mana pun mesti kejar Allah.
Sama-sama la
kita perbaik diri dahulukan Allah….
Nukilan
Saya yang
lemah,
Aminnn….
Welcome to UUM Sintok Kedah
The Best Place For You
good luck kak sheila, semoga dipermudahkan urusan kak sheila kat sana
ReplyDeletei still fail at journaling. hhaaha
ReplyDeleteAll the best to you Sheila..
ReplyDeleteBoleh share tak apa yang menyebabkan Sheila gigih terus belajar.
Maaf kalau Sheila pernah post sebelum ni tapi LZ tak baca, mohon share tips ;)