Penjenamaan Semula Persatuan Teknologi Media Lebih Dinamik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Penjenamaan Semula Persatuan Teknologi Media Lebih Dinamik / Assalamualaikum. Allhamdulillah, lebih sepuluh tahun tertubuhnya Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) UUM, kini melangkah mara lebih dinamik menjenamakan semula dengan terlancarnya logo baharu seiring dengan pergerakan media yang semakin mampan. 


Majlis diserikan lagi dengan Puan Zauridah selaku Penyelaras Program Teknologi Media telah melancarkan logo baharu ini akan memberi inspirasi dan semangat waja bagi pelajar Media UUM terus maju menongkah arus dalam apa jua situasi media di Malaysia dan juga antarabangsa. 


Kad Sintok Media
Sehubungan itu, bagi melangkah meneruskan perjuangan dan memperkayakan media di bumi Sintok khususnya dan di persada antarabangsa penubuhan Sintok Media http://smmtc.uum.edu.my/sintokmedia/ dan juga Sintok Radio http://www.sintokradio.com/ telah ditubuhkan secara digital bagi memaparkan kandungan beita serta kandungan media, aktiviti pelajar di laman tersebut. Ia merupakan satu platform pelajar berkarya dan berkreativi. Justeru pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah cemerlang dalam aktiviti ko kurikkulum. Seiring dengan peredaran masa, aktiviti luar kelas mesti diberi perhatian serius oleh para pelajar kerana ia adalah platform utama bagi pelajar menempatkan diri mereka di dunia pekerjaan selain akademik. 





Berdaya Saing dan Buang Rasa Malu
Pelajar harus berdaya saing dan buang rasa malu dan segan untuk mempersiapkan diri menempa dunia media serta memasuki dunia pekerjaan sebenar kelak kerana MEDIA KUASA ITU DI TANGAN ANDA.  Oleh itu, pelajar disaran lebih fokus dan multitasking dalam kedua bidang ini. Selain itu juga platform ini dapat melatih pelajar dalam:
  • membina sahsiah
  • membina dan melatih kemahiran komunikasi
  • melatih berkemahiran sosial serta sikap kebertanggungjawaban
  • membina nilai, sikap, etika profesionalisme
  • membina kemahiran berfikir kreatif, inovatif dan pantas 
  • melatih bekerja dalam pasukan 
  • membentuk kepimpinan

Justeru, platform harus digunakan sebaik mungkin kerana ia dapat menyumbangkan dan meningkatkan kompetensi generik pelajar menerusi keterlibatan pelajar dalam apa jua acara di dalam universiti malah di luar universiti yang memerlukan liputasi media. Malah ia juga secara tidak langsung dapat membina modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Konklusi, semoga PERMEDIA terus maju dan berkembang seiring kepesatan media kini. Anda penggeraknya, tenaga pengajar tetap dibelakang mendokong dan menyokong anda di belakang. Tahniah kepada semua pelajar serta tenaga pengajar Media Technology khususnya Encik Azahar Kasim yang tidak putus semangat dan sentiasa dinamik dalam membimbing pelajar ke arah lebih maju. 

4 comments:

Powered by Blogger.