Kuasa Media Di Tangan Anda

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kuasa Media Di Tangan Anda / Allhamdulillah, Selasa lalu sempat saya menghadiri program pelajar pembuburan Majlis Tertinggi Persatuan Teknologi Media atau PERMEDIA. Kepimpinan PERMEDIA yang diselia laraskan oleh sahabat En Azhar Kasim memberi nafas baharu kepada PERMEDIA daripada zero to hero setelah PERMEDIA dinobatkan persatuan Anugerah Program Terbaik (Kepimpinan) bagi program ASEAN EXCHANGE Program pada tahun 2015/2016 tahun lepas. PERMEDIA merupakan persatuan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi MEdia (kepujian) di UUM.


Bila menyebut Teknologi Media sudah tentu bermain di fikiran adalah berkaitan dengan Informasi MAtlumat atau IT. Ia adalah pendapat yang kurang tepat, kerana Program Teknologi MEdia atau di Universiti lain seperti Uitm, UKM dan USM dipanggil sebagai komunikasi massa atau MASSCOM. Namun, di UUM tidak menggunakan nama MASSCOM lebih senonim dengan penggunaan nama TEKNOLOGI MEDIA. Dalam program ini terdapat tiga majoring utama iaitu Penyiaran Digital (Digital Broadcasting), Kewartawanan Digital (Digital Journalism) dan Periklanan Digital (Digital Advertising). Oleh itu, pelajar daripada ketiga-tiga pengkhususan ini bergabung dalam satu persatuan yang dinamakan PERMEDIA.

Memupuk Bakat Kepimpinan Pelajar
Pelajar berpesatuan amat penting dalam melahirkan generasi berkepimpinan, bekerjasama dalam satu kumpulan malah dapat mengasah bakat kreativiti dan inovatif dalam mengembangkan PERMEDIA ke satu tahap antarabangsa. Selain itu juga, pelajar dapat mengasah bakat kepimpinan mereka dalam apa jua acara dan harus buang rasa malu berhadapan dengan pelbagai situasi. Ia adalah kerana 'orang media' merupakan orang terpenting dalam menyampaikan dan menyalurkan maklumat dalam dan luar negara. Kuasa Media ada dimata pena dan papan kekunci anda! Malah harus diingat jangan menggunakan papan kekunci itu dengan menyalurkan maklumat yang tidak tepat. Harus BERHATI-HATI MENYAMPAIKAN BERITA



Berdaya Saing
Pelajar berdaya saing harus dipipik dibangku sekolah serta terus cemerlang ke universiti dan alam pekerjaan. Berdaya saing yang dimaksudkan saya harus ada keyakinan diri mampu mengawal emosi dan rajin dalam melaksanakan segala tugasan dan mampu harungi cabaran. 

Walau bagaimanapun harus ada satu matlamat utama ke mana akan di bawa ilmu tersebut. Syurga atau sebaliknya! Ini penting bagi tidak tersasar di landasan keretapi yang sedang dipandu. KEpimpinan baharu yang diketuai oleh Saudara Syed Khalid Al Walid, semoga PERMEDIA terus maju selaras dan menapak di persada antarabangsa.


Oleh itu, boleh tengok dan hayati kisah tentang resepi kejayaan adalah dengan berfikiran positif serta optimis. Dalam apa jua anda sebagai pelajar lakukan jangan mudah dicemari dengan ego dan sifat buruk. Akhlak mulia amat disanjung. Tiru lah bagaimana kepimpinan Rasulullah saw sebagai pemimpin yang dapat memberi sinar Islam kepada kita semua pada hari ini. Buang rasa ujud dan riak dalam apa jua yang dilakukan yang utama hati mau bersih. InsyaaAllah kejayaan mengiringi anda kerana KUASA MEDIA ITU DITANGAN ANDA

Allhamdulillah.


7 comments:

  1. betul sangat, satu lagi media kena bertanggungjawab pada setiap penulisan mereka. takleh main tulis je

    ReplyDelete
  2. betul tuu, media ni susah sangat. jangan main tulis jee samapi timbul isu fitnah. fuhhh fuhh

    ReplyDelete
  3. kna hati hati dalam setiap penulisan kita.Ada yang merhati.. ehehehe.Kang kena viral, payah pula

    ReplyDelete
  4. setuju. silap tulis boleh jadi fitnah boleh melarat2. mintakla dijauhkan.

    ReplyDelete
  5. kena pndai manage. jangan trlalu expose :) kalau tk nnt makan diri

    ReplyDelete
  6. kena pandai2 post apa2 bahan ke internet..takut nanti memakan diri..

    ReplyDelete
  7. semoga pelajar berjaya membawa media ke arah lebih baik.
    ini suatu usaha pembangunan generasi yang gemilang

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.