Berhati-hati Bila Menyampaikan Berita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berhati-hati Bila Menyampaikan Berita // Assalamualaikum... 
Allhamdulillah... pagi yang berkah. Plan nak jogging, bila sampai di Pusat Sukan baru perasan kasut jogging tak ada dalam kereta. Plan Allah lagi hebat! then masuk je Pusat Sukan saya baca paper Harian Metro. Pelbagai cerita yang ada dunia, dalam negeri, malas nak ulas. Apa yang menjadi tarikan kepada saya adalahpetikan akhbar di bawah,

"waspada dalam menyebarkan berita di laman sosial"


Mahukan Page View Yang Tinggi
Sebagai blogger, kita harus waspada dalam menyampaikan dan menyebarkan berita di media sosial. Ini penting. Takut nanti berita yang tak sahih disebarkan dek mengejar page view akan memudaratkan kita. Dalam petikan akhbar ini memberi contoh dalam Surah al-Hujurat ayat 6 iaitu:

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.

Jangan Terburu-buru
Oleh itu, apa pun berita yang kita dengari dan baca harus diselidik terlebih dahulu. Apa pun lebih baik berdiam daripada banyak bercakap kerana diam itu lebih baik daripada bercakap kosong dan menyebarkan perkara yang tidak pasti. Kita juga tidak harus terburu-buru menyebarkan perkara yang belum pasti dan jangan tergopoh-gapah. Memang sudah perangai kita yang terburu-buru akan sesuatu berita boleh menjejaskan kredibiliti kita sebagai blogger juga. Jangan memandang mahu mengaut pv yang tinggi sahaja. 

Mencari Keberkatan
Harus memandang kepada matlamat asal blogging dan mencari keberkatan. InsyaaAllah, perkara yang yang dilakukan mesti ada balasan yang baik. Menyebarkan sesuatu yang baik secara tidak langsung akan memberikan kita pahala. Matlamat kita sudah semestinya ubtuk mencari keredhaan dalam apa jua yang dilaksanakan. Setiap yang apa pasti dapat dikongsi dengan gembira dan dapat memberi peringatan kepada pembaca malah dapat mempraktikan apa yang ditulis. Sebagai contoh dengan zikir yang disebarkan atau kata-kata nilai-nilai murni yang disampai akan memberi mengetahuan serta sifat berhati-hati kepada pembaca, malah keperihatinan terhadap tingkah laku dan sebagainya.

Sama-samalah kita manfaatkan sumber yang ada ini sebagai platform terbaik bagi menyampaikan wadah yang terbaik.

Allhamdulillah. InsyaaAllah.

10 comments:

  1. betul, kena semak dulu kesahihan. tak pasal2 kita viralkan something yang salah

    ReplyDelete
  2. I couldn't agree more.... Cakap siang pandang2, cakap mlm dengar2.

    ReplyDelete
  3. betul sangat! sebagai blogger, jika `takde artikel sangat, bolehlah update pasal promosi ke .. lagi best.Tak pun join affiliate.. banyak lagi boleh dikupas..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, sepatutnya kena semak dahulu sebelum menyebarkannya...

    ReplyDelete
  5. Tepat kak...jangan kerana kita orang berpecah belah..bersangka-sangka dan membenci...biar la kita memberi dan menyebarkan aura yang baik-baik supaya kebaikkan itu kembali pada kita...

    ReplyDelete
  6. yup setuju sangat. saya pernah terdengar satu perkongsian di ikim, yang blogger ke apa jana pendapatan ribuan ringgit sebulan kerana mereka cerita palsu. huhu. tak patut betul. ni bukan share lagi, tp reka+ tokok tambah something yg tak wujud.

    ReplyDelete
  7. benar. kena ambil ibrah dari ayat al-Quran tu tak kira di blog, whatsapp hatta dengan mulut kita sendiri. nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. PERBETULKAN NIAT SEBENAR BLOGGING

    ReplyDelete
  9. Sekali tersebar fitnah, merana menanggung diri.

    ReplyDelete
  10. perkataan yg kita taip sama juga la mcm perkataan kuar dari mulut.
    sama efek nyer kan.
    zaman skang, byk berita kuar tanpa lom ada kesahihan.
    aduhai... takot jatuh memfitnah plak kan :(

    ReplyDelete

Powered by Blogger.