Bila Nur Jannah Dah Boleh Berdiri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila Nur Jannah Dah Boleh Berdiri / Semakin hari semakin melasak. Merangkak sana merangkak sini. Kejap je saya menoleh ke arah lain terus hilang daripada pandangan mata saya. Jenuh panggil duk mana Jannah... Rupanya menyelit kat tepi katil. Terkejut la saya bila sekelip mata saja dia hilang. Jannah! Jannah! Sekarang dah pandai nak tengok pegang handphone. Saya ambil handphone tak bagi dia terus nangis. Hari ni umur Nur Jannah 200 hari. Erm... banyak akal sangat budak ni, tapi sejak dua menjak ni saya mula perasan dia dah mula takut orang. Hari Isnin lalu kawan saya dukung dia, saya nampak muka dia nak nak mula sebek... hehehe.... diam membisu seribu bahasa.... Kelmarin kami pergi sarapan di Jitra, adik pelayan kedai tu tegur dia, nampak sangat air muka dia dah mula takut. Uh uh uh..... letih saya kalau ikut perangai kakak-kakak dia....


Kak ngah sampai sekarang duk malu-malu kucing lagi. Bila kat rumah mengalahkan singa! hehehe.... Nur Jannah ni sejak masuk umur 6 bulan yang lalu dia dah mula berdiri. Sekarang makin action bila berdiri terus nak lepas tangan...Seksi anak saya! Dengan action berdiri dah lepas satu tangan sambil duk main pampers dia. Tepi katil je la saya bagi dia berdiri sebab ada tilam. Dah banyak kali jatuh kat tilam, kemudian bangun berdiri semula. Sejak bulan lepas saya dan dia dah tidur kat bawah. Dua kali jatuh katil. Mula-mula jatuh katil dengan saya waktu malam. Saya ni tidur awal, kadang-kadang pukul 9 dah tidur. Mamai dengar anak nangis, cari! dah kat bawah. Nasib baik la dia jatuh atas bantal. Husband saya letak bantal kat bawah. Bila dia nak keluar rumah dia tengok saya dan anak-anak tidur, dia dah jangka takut Jannah jatuh terus dia letak bantal kat bawah katil. Nak harap saya tidur tak sedar apa! hehe

Demam Nak Berdiri


Anak saya yang kurus. Tak pa Jannah kurus yang sihat dan kuat! Anak-anak saya memang la macam ni membesar dengan kurusnya.... Nak buat cama memang dah genetik macam ni! hehehe.... tu la pasal! Jannah ni rupanya kalau dia demam nak dapat sesuatu. Kalau kat sini orang cakap nak boleh "akal". Sama juga sebelum ni dia demam nak meniarap.

Demam Nak Meniarap

Tak pa la Jannah, apa pun semoga anak-anak sihat ok lah.... Kalau anak-anak tak sihat memang susah hati yang amat mak-mak ni... bukan mak pun sama. Memang naluri wanita sensitif dengan anak-anak. Apa pun harus sensitif sebab Rasulullah pun sayang semua makhluk, tak kira manusia haiwan pun nabi sayang.... Apa sangat la kita ni kalau tak mampu nak sayangkan sesama kita. Erm... ini kan pula nak putuskan silaturahim sesama manusia. Tak tenang hidup. 

Konklusi 
Siapa apa pun kita, sayangilah sesama kita. Islam adalah bersaudara. Seperti mana anak kita merangkak.... macam tu la kelak kita akan cari saudara kita di masyar untuk mohon ampun. Ntah betul ke idal konklusi saya. Nasib la labu.... pagi yang indah ini saya ucapkan Assalmualaikum...

Allhamdulillah


'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.