Melodrama Menunggu Lampu Hijau

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... dah lama sangat saya tak menonton persembahan pentas. Rabu  lalu selepas hantar anak-anak ke Pusat Islam, saya ke Pusat Budaya UUM menonton melodrama "Menunggu Lampu Hijau" karya Prof Hatta Azad Khan. Dah lama sangat saya tak menonton persembahan pentas ni. Rasanya lebih 10 tahun. Sampai sana jumpa senior saya sahabat lama di ofis lama dulu... Tak pasti ramai ke tak audien sebab saya ambil tempat dibarisan hadapan sekali.


Melodrama ini hanya menggunakan seorang pelakon sahaja yang dilakonkan oleh Shahrul Mizad yang membawa lebih daripada sepuluh watak watak.Walau bagaimanapun dalam penceritaannya menjurus kepada tiga watak utama iaitu watak Professor Syed Mahfuz merupakan bos kepada watak utama Mohd Bukhari Ahmad Yatim, watak Abang Bakti yang erupakan abang sulong Mohd Bukhari dan juga watak ayah Mohd Bukhari iaitu Ahmad Yatim. 




Simbolisme Menunggu Lampu Hijau

Apakah disebalik simboliknya "menunggu lampu hijau ini". Dipertengahan cerita baharu saya faham bahawa menunggu lampu hijau yang dimaksudkan didalam melodrama ini adalah menunggu kebenaran untuk berkahwin lebih daripada satu. Lampu hijau tersebut adalah kebenaran daripada isteri pertama. Yang mana Profesor Mahfuz menunggu lampu hijau daripada isterinya Syarifah Edora untuk dia berkahwin lagi dengan pelajarnya yang cemerlang. Manakala, pemceritaan melanjutkan kepada abang sulongnya iaitu abang Bakti yang tidak pernah menunggu lampu hijau untuk bekahwin. Ini adalah kerana lampu hijaunya sentiasa bernyala. Abang Bakti mempunyai empat isteri dan keempat-empat isteri adalah daripada ibu tunggal. Walau bagaimanapun di pengakhiri cerita mereka dikejutkan oleh kedatangan dua orang wanita muda yang membawa anak ke pengkuburan ayah Mohd Bukhari yang baharu meninggal dunia. Kedua wanita yang membawa anak itu adalah isteri arwah ayahnya yang tidak pernah menunggu lampu hijau untuk berkahwin lagi. 


Mengangkat Martabat Ibu Tunggal
Melodrama ini mengangkat martabat wanita ibu tunggal serta anak yatim. Sangat baik diketangahkan. Walhal mana mungkin seorang teruna mahukan ibu tunggal untuk dijadikan isteri dan dipakejkan sekali dengan anak-anak. Walau bagaimanapun, cerita ini sangat berani dalam menyampaikan isu yang mungkin sensitif di kalangan wanita, namun kecontohan Abang Bakti yang berusaha dan bekerja keras bagi menyara keluarganya dan mengangkat martabat ibu tunggal dan anak yatim sangat mulia. Abang Bakti menabur benih sehingga membuahkan hasil yang lumayan dengan membuka kilang dan sebagainya dan merupakan usahawan berjaya memberi adik-adik pekerjaan menguruskan kilang serta keempat isterinya dengan pelbagai kerja. Dalam setahun dia berkahwin empat dengan ibu tunggal dan ditentangi oleh ibunya. Sejak daripada itu dia telah berusaha dengan gigih daripada membawa van yang buruk dengan 11 anak tiri empat isteri sehinggalah dapat menaiki BMW. Abangnya juga telah 3 kali membawa ibu bapanya mengerjakan haji dan umrah, serta menubuhkan yayasan ibu tunggal dan anak yatim. 


Hampir sejam setengah pementasan ini. Allahamdulillah dapat saya menontonnya dengan penuh asyik... Cerita yang sangat baik. Saya bagi 4 bintang setengah daripada 5 bintang.

1 comment:

  1. Menarik...bukan mudah mengetengahkan isu ini..kerana poligami itu isu sensitif..tapi penyampaian melalui pementasan ini agak berbeza.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.