Sesi Perkongsian Santai Pengalaman Belajar Bersama Prof Datuk Dr. Noriah Ishak di UUM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sesi Perkongsian Santai Pengalaman Belajar Bersama Prof Datuk Dr. Noriah Ishak di UUM/ Allhamdulillah... Isnin lalu hari yang padat dengan aktiviti kerohanian dan juga mentaliti. Bila sahaja keluar dari rumah saya serah pada Allah Yang Maha Mengusun dan mengurus segala urusan hari itu. Pada paginya ada sesi motivasi bersama pelajar sekolah menengah. Kemudian ambil anak tadika dan sekolah rendah hantar ke kelas mengaji P. Islam. Selesai solat terus ke bilik mesyuarat di P. Islam untuk mendengar  Sesi Perkongsian Santai Pengalaman Belajar Bersama Prof Datuk  Dr. Noriah Ishak. 


Prof Datuk Dr. Noriah Ishak

Dr Noriah mempunyai kolektif selama lebih daripada 30 tahun pengalaman bekerja sebagai perunding, pendidik, pensyarah, penyelidik, dan pentadbir. Beliau bermula sebagai guru sekolah dengan Kementerian Pendidikan sebelum menjadi ahli akademik di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Beliau kini merupakan Pengarah Pusat PERMATA pintar ™ Negara, UKM, Pusat Kebangsaan Pendidikan Berbakat. Beliau memegang ijazah PhD dalam Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat. Beliau juga memegang pelbagai diploma dan pensyarah lepasan ijazah termasuk dalam Pendidikan Berbakat dari Universiti New South Wales (UNSW), Australia, dalam Holistik Health dari Western Michigan University, Amerika Syarikat, dalam Pemakanan dan Mengatasi Perjudian dari Michigan State University, Amerika Syarikat, dan Psikologi Kaunseling dari UKM.

Perkongsian Pengalaman 
Beliau berkongsi pengalaman tentang pengajian master dan juga PhD beliau. Mengarungi suka duka dengan penuh fokus dan truktural dalam membuat kerja serta tugasan pengajian. Tiga tahun mengharungi onak PhD tanpa entertaining. Hebat sangat dia. Perkara utama yang dipekatakannya adalah FOKUS Seorang pelajar mesti fokus. Pengajian ini bukan mainan. Antara pesannanya yang lain boleh rujuk di bawah apa yang saya catatkan pada hari tersebut. 

Pesanannya
1. Mesti fokus dalam melaksanakan kerja.
2. Mesti ada struktur dalam kerja.
3. Adakan Jadual kerja dan ikut.
4. Mesti rapat dengan penyelia.

5. Mesti brutal.

Brutal di sini maksudnya, pelajar sepenuh masa mesti pandai mengelak perkara yang tidak penting dalam kehidupan seperti makan kenduri-kendara, balik kampung, bercuti sana sini.... mesti tegas dengan pendiri. Kalau ada kenduri kendara bagitahu secara berhemah tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan pengajian lagi penting. 

Bulan 9 yang lalu saya terpaksa mengelak satu kenduri sepupu kahwin, dan bulan 11 nanti ada lagi satu kenduri sepupu juga yang kahwin.... hahaha... terpaksa keduanya saya mengelak! Terpaksa mengelak, bulan 12 saya kena hantar tesis! Memang kena jadi brutal nih! 

Tak sabar nak tunggu submit je saya ni. Kalau dah submit bulan 12 baru la boleh rasa nak bernafas lega.... nak kenduri masa tu pun la dah boleh saya pergi. Sebelum bulan 12 ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan masanya saya tak boleh nak selalu balik kampung.... Mohon difahami makcik-pakcik sepupu-sepupu.... 

Kewangan yang terhad juga tidak mengizinkan saya sebulan sekali, 2 bulan sekali balik kampung. Allhamdulillah, saya bersyukur mak ayah saya dah faham tentang perkara ini. 

6. Jangan cepat putus asa kalau penyelia bagi komen yang buruk. 

Yang ni saya dah kena! bila hantar 1st draft tapi saya ni jenis buat bodoh memang dah sedia bodoh saya ni sebab Yang Maha Bijaksana itu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. Saya tak mudah down kerana saya yakin saya ada Allah. Memang saya tak pandai menulis tapi saya yakin Allah sahaja yang boleh tolong saya. Cara? banyak cara! kena rajin baca.... baca dan baca tengok macamana cara nak menulis. 

7. Jangan cakap susah
Elakkan daripada merungut dan fikir yang susah yang buat. Pendek kata kena selalu think positive

8. Finishing line

Finishing line ni ada satu tempoh kat mana harus kita berhenti dan tahu bila akan berhenti. Terus usaha untuk gapai finishing line tu.

9. Spark in you eye.
Ini maksudnya mesti ada percikan di mata kita, kat mana-mana sahaja kita berada tesis kita, tulisan kita tu bermain-main di mata kita.

10. excited with your work

Mesti ada perasaan teruja dengan kerja kita


11. Buat base line 1 - 9.

Hari ni kerja kita ada pada line yang keberapa. Tiap hari kita tengok menaik ke menurun kerja kita.

12. Must have a circle friend

Mesti ada kawan yang membantu dalam persekitaran pengajian kita. Boleh sama-sama berbincang tentang topik kajian kita. Betu atau salah apa yang kita buat. 

13. Mesti jelas apa yang dikaji. 

Bermula daripada problem statement hinggalah discussion

14. Sistematik

Sistematik dalam menguruskan masa. 
  • masa bersama pasangan
  • bersama anak-anak
  • ibu bapa
  • jiran 
  • rakan

Sistematik dalam menguruskan stress
Sistematik dalam menguruskan tesis kita

15. Mesti ada inner strength 

16. Networking and management

Konklusi
Kesimpulan daripada apa yang diperkatakan oleh beliau sebagai pelajar kita hendaklah:
  • betulkan niat belajar
  • tahu apa yang hendak dibuat
  • do the reflection
  • move on and make sure you can graduate

Sebagai pelajar kita banyak dosa, dosa dengan suami dan anak-anak kerana tidak dapat melayan mereka dengan baik semsa dalam pengajian kita ni, dan tidak memberikan masa terbaik kepada mereka. Dosa dengan hamba-hambaNya kerana kita menggunakan scholarship. Sebab tu bila dah dapat peluang belajar buat betu-betu niat kena betul, fokus paling utama dalam melaksanakan kerja. 

Cara beliau handle anak-anak semasa belajar. Weekend dia bawa anak ke shopping mall, menonton wayang. beli tiket pada anak-anak. Mereka masuk tengok wayang, manakala beliau fokus menaip 5, 6 page 4 jam dalam masa anak menonton wayang dan berada di shopping mall. Itulah satu-satunya cara beliau mengisi dengan anak-anak. 

Sehari hanya tidur dalam 3 jam sahaja, kerana selain belajar dia melakukan 2,3 jenis kerja dalam sehari. Pagi hantar surat khabar ke rumah-rumah, bekerja di perpustakaan dan juga malam bekerja cuci tandas... 

Hebatnya Ya Allah Engkau Yang Maha Besar, meminjamkan tenagaMu untuk meliau melaksankan banyak kerja dalam satu hari selain fokus membuat tesisnya dan menghadiri kelas. InsyaaAllah dengan inspirasi ini semoga memberi kita fokus dalam pelajaran dan berjaya ke penamatnya. 

Allhamdulillah


5 comments:

Powered by Blogger.