Puri Labu Untuk Nur Jannah // Allhamdulillah, semalam sempat saya sediakan puri labu untuk baby Jannah. Stok puri pisang yang saya buat Ahad malam dah habis, so puri labu menu pilihan kedua saya. Sedap rupanya puri labu ni. Sama juga dengan puri pisang hari tu. Senang dan cepat yang saya suka.
Cuci buah labu dan potong kecil supaya bila direbus akan cepat lembut |
Sebenarnya labu ni adalah salah satu buahan yang disukai Rasulullah saw, yang mana, Anas bin Malik menceritakan:
"Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dijemput ke jamuan makan oleh seorang tukang jahit dan aku pergi bersama baginda. Tuan rumah menghidangkan roti gandum, kuah berisi labu, dan daging. Aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mencari-cari labu di dalam piring hidangan. Sejak itu, aku menyukai labu." (Riwayat Muslim)
Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan: "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
Khasiat Labu Kepada Bayi
Vitamin A dan beta karoten
Beta karoten merupakan salah satu pigmen yang berwarna kuning atau
oren, dan ia boleh dicerna oleh bayi akan berubah menjadi
vitamin A. Manakala fungsi vitamin A serta beta karoten itu sendiri akan berguna untuk membantu kesihatan mata juga kulit bayi daripada labu tersebut dan membantu kekebalan tubuh. Selain itu juga ia dapat membantu
dalam proses pencernaan. Bukan hanya itu, kandungan zat gizi yang ada dalam buah
labu juga memiliki manfaat sebagai antioksidan, sehingga boleh mengurangkan
resiko terjadinya kanser dan penyakit jantung di kemudian hari.
Rebus dengan air masak sehingga lembut, kemudian kisar sehingga hancur dengan sedikit air masak |
Benar bak dikata, semalam saya bagi Jannah makan puri labu ni. Pagi tadi dia terus pom pom.... Terkejut saya, bila kak ngah dan kakak Jannah pom pom... awalnya Jannah pom pom... biasa petang baru dia pom pom dan dia akan pom pom dua hari sekali.
Vitamin C
Selain itu juga labu membekalkan vitamin C, yang akan larut dalam air ini juga sangat diperlukan untuk metabolisme
tubuh bayi. Bukan hanya itu, vitamin C ini juga berfungsi sebagai kekebalan antioksidan kepada bayi kita.
Zat Besi
Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh bayi dalam proses
pembentukan darah khususnya hemoglobin (Hb). Dengan ini, para ibu sangat disyorkan memberikan puri labu kepada bayi anda bagi pertumbuhan pembesaran tubuh bayi.
Kalium
Kalium pula berfungsi untuk memberi kelancaran metabolisme tubuh bayi. Ia pentingdalam menjaga keseimbangan air serta
elektrolit yang ada di dalam tubuh badan bayi. Ditambah pula serat yang tinggi dalam kandungan labu ini akan mengurangkan risiko bayi kita menghadapi sembelit.
Siap untuk dimakan puri labu |
Senang sahaja untuk sediakan puri labu ni. cukup stok saya untuk Jannah dalam 2 hari. Kalau Jannah makan 2 kali sehari. Allhamdulillah, semalam dia makan habis setengah bekas ni.... Sambil makan sambil tersengeh-sengeh, suka sangat la tu agaknya dapat makan puri labu ni... hehehe... sebenarnya banyak lagi khasiat labu ni untuk pembesaran bayi kita. Allhamdulillah, ini sahaja yang dapat saya kongsikan.
Alhamdulillah..moga khasiatnya dapat memberi manfaat untuk Jannah..
ReplyDeletelabu ni best, semalam aira baru makan sayur lemak yang mak buat. heee
ReplyDeleteJannah pun suka sebab labu mmg best.
ReplyDeletekalau reen suka labu masak lemak ;)