Hi Nur Jannah / Lately Nur Jannah dah makin bijak. Saya nie lum ada pengalaman dengan baby kuat nangis. Kakak Amani dan kak ngah Zara jenis tak menagis masa kecil. Senang jaga. Cuma dua orang ni tak mahu dengan orang je. Bila dah besar sikit dah 3 tahun baru mereka pandai menyesuaikan diri dengan orang dan tak takut!
Bila Nur Jannah dilahirkan. Masa kat hospital dia nangis kuat! Tak cukup susu, masa tu saya lak ke toilet mandi! Dalam pantang pun dia nangis. Lagi teruk bila balik Kedah. MEmang tak keruan la jadinya kami husband and wife ni nak handle dia. Tapi Allah Maha Besar, Allhamdulillah. kami dapat handle dan belajar banyak sabar! Sekarang ni pun kalau tak kena pesen lambat susu dan sebagainya dia nangis dulu.
Aktif
Tak tahu la dia ni dikategorikan hyperactive ke tidak. Sejak dari mengandung 3 bulan setengah saya dah dapat rasa gerakannya berbanding kakak-kakaknya. Lain macam budak ni gerak! sehingga dah dilahirkan dan masa 3 hari dan dalam pantang saya perasa baru umur beberapa hari dia mula angkat kepalanya... Haishhh..... biar betul budak ni!
Selasa minggu lepas nak p cucuk imunisasi untuk 6 bulan, tapi dah lewat 2 minggu sebab masa cucuk 3 bulan dia demam. Letak dia kat atas penimbang tak dan nak letak-betul lagi dia terus pusing meniarap nak turun... hahhh... sudah tak leh nak timbang ni. Letak lagi terus meniarap! misi pun terpegun. Akhirnya dapat juga timbang dia.... 6 bulan setengah berat dia baru 6.45 kg.... berbanding berat masa lahir 3.5 kg... misi kata berat dan tinggi dia hampir mendatar tapi masih kat dalam kawasan puih...
Bila dah settle check up dengan misi. Tak ada demam boleh pergi ambil injection. Keluar, husband suruh tanya pasal biji-biji kat badan dia tu. Takut campak.... Saya bawa masuk dia jumpa misi semula...
Demam Campak
Misi selak baju dia, boleh jadi campak.... tapi tak teruk. Tapi dia tak ada demam. Dah 3, 4 hari macam ni..... tak demam! Dia sihat ok saja! Misi dukung dia nak bawa jumpa doktor. Saya tengok muka dia dah sebak... Lepas tu, dia terus nangis sampai keluar air mata. Hahhh Nur Jannah ni dah kenal orang! Nampak gaya pasni tak mahu dengan semua orang lak ni.... Jenuh saya! hehehe....
Bawa masuk bilik doktor, doktor pun tak sure campak ke tak. dia pun tak tahu! Tapi kalau campak dah demam, sedangkan biji-biji ni dah 3,4 hari ni kat badan dia... Kata doktor tak payah ambil injection lagi tunggu 2 minggu lagi. 2 minggu lagi dia 7 bulan.... erm... delay lagi. Tak apa la nak buat macamana...
Dah beberapa hari ni, biji-biji kat badan dia dah ok... Rasanya biji biasa sahaja. Saya pun tak pasti. Doktor pun tak pasti dan tak tahu... hehehe..... muda sangat doktor mungkin tak banyak pengalaman lagi!
Kelmarin, Kasut Jatuh, Stokin Pun Jatuh
Kami keluar pergi settle urusan kat Alor Setar, lepas tu terus balik ikut Jitra... Singgah Tesco Jitra beli susu, pampers dia. Bila masuk kereta nak pergi makan, saya perasan kasut sebelah tak ada... ermm... dah jatuh la ni.... mungkin masa saya angkat dia dari stroller nak masuk kereta.... tinggal stokin dan sebelah kasut saja. Kasut baby kiko yang dia pakai adik ipar saya yang bagi... Saya terus tanggalkan kasut dia yang sebelah tu, tinggal stokin sahaja! Lepas tu singgah makan nasi lemak.... Bila duduk kat meja nak makan, husband saya lak perasan stokin dia tinggal sebelah saja... haduiihhh Nur Jannah.... memang kaki dia tu tak boleh diam.. Kalau dukung nak meronta saja...
Sambil makan sambil pegang dia, nasi lemak saya sampai berebut dengan dia, sempat makan separuh yang separuh lagi tumpah... tangan dia lagi cepat! Terpkasa gilir-gilir makan. Bila siap saya perasa stokin dia jatuh atas jalan dekat kereta. Allhamdulillah jumpa balik. Kasut dah wassalam... Tak pa la Jannah, janji Jannah tak jatuh!
Allhamdulillah
aktifnya dia :)
ReplyDeleteHai Nur Jannah, semoga diberi kesihatan yang baik..")
ReplyDeleteseronok baca pasal keletah baby,.. anak akak pula menangis dr lahir sampai 3 bulan, mmg jenis kuat nangis sampai org kata rindu kembar dia dlm perut (uri), pengasuh pula asyik tukar je sbb x larat.. klu nak tido kna berenjut kaki.. letak je nangis... haiii anakkk.. x sangka la ni dah 10 tahun dah umurnya,..
ReplyDeletekadang2 gelagat dia yang aktif ni menghiburkan kita walaupun kita risaukan dia
ReplyDelete