Anak Lipas Dalam Makanan di Bazar Ramadhan


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Anak Lipas Dalam Makanan di Bazar Ramadhan / Allhamdulillah, dah masuk 15 hari berpuasa sekejap sangat rasanya.... Saya nak share bab makanan yang kita beli di bazar Ramadhan atau juga gerai dan sebagainya di bulan puasa ni.... 
 

Uban Dalam Kuih
Pada 1 Ramadhan yang lalu, ssuami saya dh terkena, terkena apa? Bila sahaja gigit kuih onde-onde ada rambut, bila ditarik rambut uban pulak... aduih.... kang dah spoil mood berbuka... Sejak tu saya masak kuih muih sendiri.... 

Anak Lipas Dalam Nasi Lemak
Peristiwa kedua, ada anak lipas yang mati dalam nasi lemak kakak. Saya lupa Ramadhan keberapa? tapi hari tu saya memang penat tak dan nak masak, then saya n husband buat keputusan untuk beli makanan kat bazar Ramadhan. Husband kata nak beli nasi lemak. Saya memang dah tak tahu nak pilih beli apa... Saya ikut sahaja. Bila bab ambil lauk untuk nasi kakak punya, saya sendiri cedukkan paha yam masak merah yang cuma tinggal seketul itu dan saya pasti tak ada apa-apa serangga, saya pun tak ambil kuahnya....

Dan sambal dan juga ikan bilis dimasukkan sendiri oleh penjual itu.... Ya  Allah, terkejut juga bila ada anak lipas. Allahuakahbar... terus kakak buang nasinya... Kak ngah pula terus tak jadi makan... geli katanya... Yang saya dan husband dah siap makan.... Aduihai! Selamat.... 

Dalam hati memang saya mohon semoga Allah melindungi kami semua daripada makanan yang syubhah dan bahaya....

Boleh Mendatangkan Dosa
Dan, perkara ini adakala boleh mendatangkan dosa untuk kita sama! kerana di sebabkan itu, kita mungkin menyumpah dan sebagainya kepada penjual... itu tak kena ini tak kena.

So, uols kena sangat berhati-hati, jangan jadi seperti saya. Seterusnya memang masak nasi kat rumah je la.... lauk memang saya akkan beli juga adakala saya tak sempat nak masak lauk pauk....bila dah kena macam tu memang sangat kena hati-hati banyak perkara.

Semoga kita dilindungi semua daripada perkara yang buruk.... Aminnn.

6 comments:

  1. nauzubillah. okay that is disgusting hmmm

    ReplyDelete
  2. pernah terkena juga.. sejak itu sy jarang nk ke bazar. kalau teringin baru beli itu pun doa supaya makanan elok dan bersih

    ReplyDelete
  3. Saya juga ada pengalaman begini apabila beli makanan di bazar. Itu yang selagi mampu, masak sendiri di rumah atau beli daripada peniaga yang kita kenal dan percaya.

    ReplyDelete
  4. erkk kak sheila oii kembang tekak ,, bab lipas plak tu huu.. selalu dengar macam2 cerita la kalo foods dari param ni. bulan pose ni, adakalanya nak kena bebel jugak salahkan penjual huu

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar...macam2 ye yang dijumpanya...setakat ni belum pergi bazar lagi..esok balik kampung mungkin makan makanan bazar..

    ReplyDelete
  6. Allah.. mujur tak keracunan ke apa.. Kami pun seboleh-bolehnya elak beli makanan di bazaar.. kalau beli pun, beli dekat peniaga yang memang biasa Sha beli..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.