6 Perkara Yang Mesti Dinikmati di Lost World of Tambun Ipoh



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

6 Perkara Yang Harus Dinikmati di Lost World of Tambun Ipoh Yang Tidak Dapat di Lupakan / Allhamdulillah, ediasi travelog team Blogger Pantai Timur atau team BPT kali ini berpeluang ke Lost World of Tambun Ipoh pada cuti sekolah 27 April 2019 yang lalu. Kami team BPT disambut mesra oleh pegawai yang bertugas.




Di sini satu hari memang uols akan rasa tak puas menikmati suasana Theme Park ini... Dan,,,, jangan risau anda boleh menginap di dalam kawasan theme park ini dengan mengambil pakej Glamping kalau nak merasa suasana dalam theme park.


1. Glamping
Galmping adalah penginapan di dalam khemah 1st class tau, bukan khemah-khemeah biasa... huhu... kalau tengok dari luar tu macam khemah biasa jer... tapi bila dah masuk dalam khemah fuhhhh mesti tak mau keluar dah.... betapa syokkknya tidur dalam khemah tu....


Husband saya cukup seronok dia bersantai ria dalam glamping ni.... fuhhh memang best la kat sini. Saya memang suggest sangat kat uols kalau nak ambil pakej tinggal dalam ni, glamping terbaik. Walaupun bersama anak kecil tapi ia cukup selamat.


Pada malam hari uols boleh berbbq di sini.



2. Theme Park
Bila masuk sahaja dalam theme park ni anda akan merasai pengalamai bermain dalam bermacam permainan. Antara permainan air yang sangat ditunggu-tunggu untuk dinikmati para pengunjung iaitu:


Splashing Good Times
Kat sini anda dan keluarga boleh menikmati momen-momen bermain air di ala-ala pantai, jump on the slippery-slide atau simply float away yang merupakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara.




Antara permainan yang anda boleh nikmati di sini ialah:

  • Jungle Wave Bay
  • Adventure River
 
  • Waterfall Beach Garden
  • Explorabay
  • Cliff Racer
  • Tube Raiders

Alami Keseronokan Dengan Permainan seperti:
  • Adventure Express
  • Lupe's Adventure
  • Perak Parade



 Duck Lake


  • Stormrider
  • Giddy Galleon
  • Dragon Flights
  • Haunted Chambers
Permainan ini mampu menguji stamina anda dalam team work dan juga ketahanan fizikal malah mental. Bag mereka yang suka aktiviti lasak boleh mencuba flying fox dan juga adventure express.

 mendulang oooo mendulang di Tin Valley

Pengalaman Mendulang di Lost World Tin Valley
Dalam theme park ini juga anda akan dihidangkan dengan pengalaman mendulang di Lost World Tin Valley. Perak merupakan negeri perlombongan bijih timah. Bila saya masuk dan melusuri theme park ini, banyak saya saya belajar tentang sejarah lalu terutama mereka yang membuka lombong bijih timah di Perak.


Lost World Pitting Zoo
Kat sini anda akan melihat secara langsung, malah boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan di sini. Ia salah satu tempat yang sangat memberi pendidikan kepada anak-anak kecil kita tentang pelbagai jenis haiwan. Di dalam pitting zoo ini terdapat tempat yang menarik dengan pelbagai haiwan seperti:
  • Ruby and Friends
  • Rabbit Wonderland
  • Tortoise Kingdom
 
  • Bird Paradise
  • Marmoset Tree House
 
  • Rain forest Trail
  • Rock Canopy
  • Giraffe & Friends
  • Tarantula Alley
  • Hippo Kingdom

Hippo


3. Hot Springs Night Park
Manakala, and juga dapat merasai suasana malam di night park dengan pelbagai aktiviti malam yang sungguh menarik dengan kesejukan malam di dalam hutan.... so, boleh dipanaskan dengan menikmati bermandi manda di hot springs healing!

Antara lain yang menarik di hot springs night park ini seperti:
  • Saphira's Lair
  • Infinity Pool
  • The Geyser of Tambun
  • Lost World Steam Cave
  • Top of the World Pool
  • Saphira's Baby Pool
  • Crystal Pool
  • Crystal Falls
  • Saphira's Twisters 
  • Emerald Lagoon
  • Saphira's Pool
  • Amethyst Pool
  • Topaz Pool
Banyak sangat poolnya saya pun tak tahu yang mana satu, semua main terjah dan masuk jer... Yang herannya adik Nur Jannah dia boleh berendam kat dalam pool hot springs tu dengan tiada perasaan sedikit pun rasa panas. Sedangkan saya dan kakak-kakaknya menjerit kepanasan.... alahai la anak....

AMYTHIST POOL

Pastu, tak mahu tak mahu lak dia keluar dari pool tu jenuh la akal saya pusing nak suruh dia keluar... Memang itu kesukaannya bermain air. Nur Jannah dengan air sangat la sinonim. Pengalaman yang sangat seronok la pada anak-anak saya yang gemarkan air....

Allhamdulillah,,,,
Pengalaman yang sungguh indah buat anak-anak saya.Nak segarkan lagi badan, jangan lupa bila dh bermandi manda di pool tu anda boleh menyiram badan dan membilas badan dengan paip yang disediakan....


Ye la kita tak tahukan, berendam di dalam air bersama ramai pengguna baik menjaga kebersihan diri. Sebab itu bila anda mahu bermandi manda di sini ada etika permakaian yang dikenakan oleh pihak theme park ini. Anda dikehendaki memakai pakaian renang. Ini adalah kerana pakaian renang tidak akan mengumpul dan menyerap air, so, badan air tidak mudah menyerap air-air menerusi pakaian yang anda gunakan itu....

4. Shows and Performance
Selain itu, yang menariknya anda juga boleh menonton secara langsung persembahan haiwan-haiwan di dalam theme park ini. Sangat bijak-bijak belaka haiwan di sini tau...

Bukan sahaja anda boleh menikmati persembahan daripada haiwan-haiwan yang bijak pandai, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan fire show...


5. Animal Feeding
Aktiviti yang menyeronokan di sini, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan seperti burung, kuda, serta zirafah.... Ia memberi satu pengalaman baharu terutama untuk anak-anak anda... Kat sini anak-anak boleh mengenali dengan lebih dekat karekter-karekter haiwan-haiwan di sini.


Secara tak langsung ia meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak kita. Ye la macam saya duk kat taman perumahan, nak jumpa ayam pun susah wooo..... hehe... so kat sini lah leh bagi anak-anak saya ilmu tentang haiwan yang adakala mereka tak pernah tengok seperti hippo....


Seronok la depa, duk tengok macam-macam binatang!

6. Nice Food
Yang menarik lagi kat sini ada pelbagai jenis food and beverage. Dah mandi manda main-main panat, harus la perut mula berkeroncong! tak gitu, nak nak bagi saya yang ada anak-anak kecil ni... huhu.... jangan risau di dalam theme park Lost World of Tambun ini menyediakan pelbagai jenis cafe, gerai makanan.... Nak macamana? dengan konsep 70an pun ada. Ye la kan Ipoh memang terkenal dengan budaya lama dan masih mengekalkan bangunan-bangunan lama tak hairan la cafe dan gerai ala-ala 70an disediakan di sini...


So, anak-anak we chat memang ada can la merasa menikmati hidangan di cafe dan kopitiam ala-ala 70an gituhhhh....

Antara tempat makan yang disediakan di sini seperti:
  • Kukuntalu Hawkers 
  • Lost World of Coffee
  • Lost World Ipoh Stree
  • Lost World Kebab
  • Namste
  • Tuttu Fruitti Frozen Yogurt
  • Dulang Tea House
  • Postcards Lounge
  • 1901 Sausages
  • Lupe's Kiosk
  • Masina's Lakeside Terrace
So, pada hari tersebut kami dijamu makan di kantin berhadapan glamping.... kalau ikut peta Lost World of Tambun ni, glamping adalah tempat kedua terkahir sebelum hippo kingdom.


Allhamdulillah.... sampai sini dah kepenatan, kami  di jamu makan tengahari dengan nasi ayam rempah... fuhhh sedap pedas sangat nasinya.... dan hi tea bihun goreng, sandwish kpi panas....

Bila nak keluar dari sini masing-masing dah kepenatan tapi jangan risau kami diberi layan istimewa dengan menaiki tren ke pintu keluar utama... Rasa sekejap je masa berlalu, nak ikutkan hati memang tak puas rasanya, kejap je anak-anak sempat main air dan mandi-manda... Saya lak tertinggal seluar mandi kat dalam kereta, nak keluar semula memang susah dah, tak mereasa la saya nak main air..... hehehe... tak apa la, tengok anak-anak keseronokan bermain pun dah cukup seronok. Mereka seronok saya pun seronok...



Akhir kata dari saya, thanks the semua pihak Lost World of Tambun kerana sudi menerima kami merasai dan menikmati keseronokan di LWoT. Terlalu banyak pengalaman indah di sini. Terlalu banyak juga perkara baharu yang saya dan keluarga saya belajar di sini....

Allhamdulillah.... Thanks Yang Maha Kaya!

Untuk tempahan tiket dah harga boleh lawati

Website:
Lost World of Tambun




3 comments:

  1. bila nak repeat tak tau.. suka pi sini sebab ada zoo boleh tgk binatang hehehhe. skrg harga perghh tercekik darah kejap hahahha

    ReplyDelete
  2. Last year ada pi Ipoh tp x sempat pi sana. Lgpun adik ipar kata rego di situ dah naik sakan. Dah la duit tgh ciput masa tu. Jd cuma tengok dari dlm kereta je la..

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke sini.. makin meriah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.