Kemampuan Lelaki 3 Jari Ini Buat Ramai Rakyat Malaysia Menangis!




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kemampuan Lelaki 3 Jari Ini Buat Ramai Rakyat Malaysia Menangis! / Selamat Hari Pekerja. Sempena hari pekerja 1 Mei pada hari ini, saya ada kisah seorang insan yang sungguh istimewa,,, yang buatkan saya sangat terinspirasi... Jom uols kita hayati bersama. 



Allhamdulillah, syukur kita dilahirkan dengan penuh kesempurnaan anggota badan. Namun, Agongnya Allah melihat dan menciptakan insan OKU juga penuh dan lebih sempurna walapun mata kasar makhluk yang daif seprti kita melihat mereka ini tidak sempurna, apa pun kesempurnaan di mata Allah tidak terbatas.


Apa yang saya ingin sampaikan di sini tentang kisah saudara Kahirul Nizam iaitu pengasas kepda JAMU MALL, yang insan istimewa yang dilahirkan dengan 3 jari namun penuh bersemangat membuatkan kita insan yang sempurna ini ada yang tidak mampu mencapai apa yang beliau ada sekarang ni. Kisah beliau penuh inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya untuk mengorak lebih maju lagi dalam bidang yang diceburi. 




Luahan isi hati di fb beliau sangat terkesan….




Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...


Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...


kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!




Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

Semoga kisah hidup Saudara Khairul Nizam ini menjadi satu inspirasi kepada kita semua untuk maju dan berjaya dan menggenggam impian apa yang kita impikan, kerana semua di antara kita, saya yakin mesti ada impian yang tersendiri. Dan... ingatlah apa tugas kita diciptakan di dunia ini? iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah! seperti mana dalam video saudara Nizam ada menyebut dia mahu setiap hari bersedekah, itu adalah salah satu perjanjian kita dengan Allah yang mana sebagai khalifah di muka bumi kita mesti masyarakat tidak kira bangsa, rupa, taraf, pangkat dan segalanya. 


Jom follow Khairul Nizam

FB
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/

PAGE
https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG:
https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website
https://jamumall.com/ 

9 comments:

  1. KISAH YG MNGINSPIRASIKAN..MMG HIDUP INI PENUH PANCAROBA PERLU BERUSAHA UNTUK LINTASINYA.

    ReplyDelete
  2. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  3. Sangat terharu membaca kisah ini. Kuatnya beliau mengharungi kehidupan dengan hanya 3jari yang berfungsi dan 1 akal.

    ReplyDelete
  4. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  5. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  6. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  7. OKU pun boleh berjaya...beliau buktikan pada kita

    ReplyDelete
  8. Semoga kisahnya mampu menjadi pemangkin untuk kita terus ke depan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.