A'Bloom Set by Althea Korea: Resepi Istimewa Menjelang Syawal



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

A'Bloom Sheet Masks by Althea Korea: Resepi Istimewa Menjelang Syawal / Allhamdulillah. Baru je seminggu berpuasa pasti dah tak tahu apa resepi nak masak kan... itu saya! uols mesti macam-macam resepi ada.... Resepi nak raya ada tak? hehehe... hari ni saya nak bagi resepi nak raya dari Althea Korea yang merupakan set terbaharu Althea iaitu A'bloom ni!

Ia didatangkan dengan 7 beradik... aikkk camana tu? Yang 7 berdadik ni set pertama:
A'bloom Mask ada empat beradik
A'bloom BHA Blackhead Blaster tunggal
A'bloom Meriangue Puff ada dua beradik 


A'bloom Mask

Menarikkan! set ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai blackhead seperti saya. Mask berfungsi memberi kesegaran pada wajah anda secara tidak langsung menembah keserian wajah menyingkirkan kotoran debu dan habuk pada wajah anda.

Ia didatangkan dengan empat set iaitu:
Sparkle-Me-Bright dengan Brightening Lemon Lime Mask
Water-Me-Long dengan Moisturising Watermelon Mask 
Avo-Cuddle-Me dengan Nourishing Avocado Mask 
Ac-Me-Peach dengan Anti-Blemish Peach



1. Sparkle-Me-Bright dengan Brightening Lemon Lime Mask

Mask ini membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon dan juga Lime. Kandungannya ialah double dose daripada ekstrak limau dan kapur yang berfungsi untuk menghilangkan bintik gelap.

Kandungan
Selain itu, ia juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis.

Jagan risau ulos ia cukup sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.

2. A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long


Mengandungi ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

3. A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah wrinkles.

Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

4. A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

Mask ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Keempat-empat mask ini mempunyai fungsi yang tersediri. So, uols nak pakai camana ni? semua keempat-empat ni best... dan saya pilih untuk pakai Avocado Mask dulu.... Saiz 25g, dengan harga:RM2.00 per sheet. 



BHA Blackhead Blaster

Bagi anda yang mempunyai blackhead produk ini sangat disyorkan kerana ia sangat unik. Saya sebelum ini hanya menggunakan produk yang ditekap pasa posisi yang blackhead sahaja. Namun, kali ini saya sangat teruja bila BHA Blackhead Blaster ini dalam bentuk stick dan cuma coretkan pada area wajah yang ada blackhead dan menggosokkan bagi menanggalkan blackhead dan juga whitehead tersebut.


Fungsi
Bertindak untuk menyingkirkan whitehead dan blackhead dengan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000 ppm). 

Kandungan
Ramuan yang terdapat di dalam BHA Blachead Blaster ini ialah apricot seed powder yang bertindak sebagai menyingkirkan sebum yang berlebihan. Selain itu, ia juga mengandungi tea tree oil yang memberi ketenangan pada kulit dan mencegah kerengsaan atau kemerahan pada kulit. Bukan emosi kita perlu ditenangkan, malah kulit kita juga perlu ketenangan ye! 


Namun, apa yang utama ketenangan bermula dari yang dalam iaitu hati,,, so sambil mengenakan apa-apa make ke wajah anda sambil itu juga anda mengalunkan zikir dan membaca Al Quran. InsyaaAllah itulah ketenangan hakiki.... 

Cara Penggunaan
1. Basahkan muka dengan air suam. 
2. Kemudian keringkan muka dengan tuala. 
3. Selepas itu barulah sapukan stick ini di seluruh wajah dan di hidung. Urut wajah untuk beberapa saat dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Nak tahu berapa harganya sangat berbaloi tau! RM16.00 untuk Net 8g. 



A'bloom Giant Meringue Puff


Giant Merringue Puff ni sangat senang nak guna. Dengan saiz yang besar memang cun la tuk sapu foundation dan juga blasher. Ia boleh digunakan dalam keadaan basah dan juga kering. Dengan kandungan material  high density latex free foam ia sangat lembut digunakan.Uols tahu kenapa puffs ni biasanya bentuk tirus muncung di atas? Fungsinya untuk uols sapu di bahagian hisung dan juga bawah mata.

Berapa la harganya? Dengan 48*46mm ia dipasarkan dengan harga RM8.00 (1 pieces)



A'bloom Baby Meringue Puffs


Bagi set Baby Meringue Puffs pula ada 3 biji puff yang dengan saiz kecilsangat cumil dan lembut. Apa yang menariknya puffs ni bole uols guna dalam keadaan kering dan basah. So, tak perlu risau, sebab dia ada 3 biji, satu untuk kering satu untuk basah.. So, korang nak tahu ramuannya adalah  High density latex free foam.

Puffs yang kecil kiut cumil ni sangat senang dan praktikal untuk uols guna dibawah mata, tepi hidung, dagu dan tepi pipi... Harganya pula dengan size 30*28mm berharga RM11.00 (3 pieces)


Matlumat lanjut korang kalau nak beli sesuai untuk prepare resepi raya korang jangan lupa check ou di laman sesawang menerusi link di bawah.




7 comments:

  1. gerey tengok span tu. sero macam lembut gilo je

    ReplyDelete
  2. Semua produk dia best kan kak shiela

    ReplyDelete
  3. comel sangat packaging dia.. kalau dapat yang sparkle me bright tu memang bersinar-sinarlah di pagi raya..

    ReplyDelete
  4. Produk Althea Korea tak pernah menghampakan. Kita suka

    ReplyDelete

Powered by Blogger.