Resepi
Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah dan Sedap
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah dan Sedap / Allhamdulillah, Jumaat lalu sempat saya buat kuih puteri mandi bagi menghabiskan sisa tepung pulut yang saya buat onde-onde hari tu.... Cara nak buatnya sama juga dengan onde-onde tu... mudah sangat! duk main ngan anak pun leh siap! saya la tu... kalau dah masuk dapur memang macam kapal pecah la dapur saya.... ada lak si puteri-puteri saya yang rajin menolong terumana Nur Jannah tu, tak payah disuruh dengan semua bagai pinggang mangkuk dia cuci....
Bahan-bahan
Tepung pulut
air daun pandan
pewarna merah
sesudu besar air kapur
secubit garam
kelapa muda
gula melaka
(saya guna 2 keping setengah bagi sebiji kelapa) atau kalau nak beli dengan hara RM1 kat tempat saya..... tapi tak tahu la tempat korang RM1 tu banyak mana.... sebab nak dibandingkan kelapa tempat saya kat changlun ni dengan kota bharu kampung saya, kat changlun lagi mahal, sekilo RM12 berbanding kat kota bharu still dapat rm10. Ikut tempat la ye....
Cara-cara
Gaulkan tepung pulut dengan sedikit air pandan, sedikit demi sedikit serta masukkan air kapur... Uli sehingga menjadi doh sampaila tidak melekat di jari jemari....
Kemudian, boleh la bentukkannya dengan rupa sebegini, ada lekukan ditengah-tengah bulat tu... Saya pun tak pasti sejarah bentuk kuih puteri mandi ni, kenapa ada lekukan di tengah-tengah bulatan tu.... huhu... Saya buat dua warna merah dan pink...
Kemudian,,, boleh rebuskan di dalam air panas
Bila korang dah tengok pueteri-puteri tu naik atas maksudnya ia dah masak.... dan angkat masukkan dalam bekas yang berisi air....
Sementara tu, boleh sediakan intinya.... masukkan kelapa parut dalam periuk dan secawan air dan masukkan gula melaka serta daun pandan...
Masak sehingga pekat sikit dan serata menggelagak! dan campurkan puteri-puteri itu di dalam kelapa yang dah dimasakkan dengan gula melaka tadi....
Gaulkan seratanya, siap! selamat mencuba....
senang je nak membuatnya ya
ReplyDeleteComelnya puteri mandi Sheila.. pink hijau gitu..
ReplyDeletecomel... sedappp tu.. lama x makan
ReplyDeleteTeringinlah pula kuih kak Sheila ni
ReplyDelete