Resepi
Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M&S Enak di Bulan Ramadhan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selamat berpuka puasa dan selamat mencuba!
Kuih Pulut Sekaya Kelate Bersama Santan M&S Enak di Bulan Ramadhan / Allhamdulillah, salam Ramadhan. Memang dah tekak Kelate. Kelate juga la.... masuk Ramdhan mahu tak cari kuih muih Kelate.... So, kat tempat saya susah nak cari, saya buat sendiri. Belajar dari pakar google sahaja. Hanya dihujung cari klik cari buat! Biasanya saya buat bulan Ramadhan sahaja. hehehe
Tapi Kuih sekaya ni memang la senang! tapi saya buat lubang-lubang dia tu tak banyak sangat. Itu namanya saya kena banyak belajar lagi. Korang kalau ada tips boleh share dengan saya tau camana nak buat lapisan atas telur dengan gula merah tu jadi lubang-lubang banyak... Anak saya kak ngan dan adik Mur JAnnah makan yang atas je... pulut diorang tinggal... huhu mak dia la yang tolong habiskan....
Resepi Pulut Sekaya
Bahan Untuk Sekaya (lapisan atas)
8 biji telur saya guna gred B
Nisse 3 keping
Esen vanila 1 sk
Daun pandan
Bahan Untu Pulut
2 cawan 1/2 beras pulut direndam 2 jam dan lebih
1 kotak Santan M&S 200ml
Secawan air putih
Secubit garam
Daun pandan
Cara-cara
1. Beras pulut yang telah direndam masukkan dalam bekas yang sedia untuk dikukus.
2. Masukkan santan dicampurkan dengan secubit garam ke dalam bekas yang berisi santan tadi. Saya masukkan secawan air putih supaya taknak pulut tu keras sangat.
3. Kukus sehingga 3/4 masak. Jangan lupa masukkan daun pandan.
4. Sementara menunggu pulut dikukus, pecahkan telur dalam bekas yang lain, campurkan asen vanila, dan pukul sehingga sebati. Tak perlu kembang cukup sekadar telur itu bersatu sahaja.
Nur Jannah tolong saya pukul telur dengan garfu. Anda boleh guna whist sahaja untuk menyatukannya.
5. Dan masakkan nisse 3 keping dengan secawan air sehingga hancur, nak wangi masukkan daun pandan.
6. Setelah gula merah atau nisse dan cair satukan dengan telur tadi.
7. Pulut yang sudah dikukus 3/4 diangkat dan ditekan untuk jadikannya lebih padat dan toreskan denagn garfu untuk bagi ruang untuk telur melekat pada lapisan tersebut.
8. Tapiskan telur dan masukkan di atas lapisan pulut.
9. Sedia dikukus untuk 30 minit
10. Siap@
Selamat berpuka puasa dan selamat mencuba!
aduihhh sedapnya , dah nampak resepi nampak macam kena gigih nak buat sebab macam senang jer, nak beli kat luar belum tentu sedap dan mesti susah nak cari ...
ReplyDeleteWow.. Kuih yang menjadi kesukaan ni apabila balik ke kelantan. Lama dah tak dgr perkataan nisse atau gula melaka.. Trima kasih berkongsi resepi ni. Ada masa kena cuba ni
ReplyDeleteaduhaiiii sedapnya kak sheila buat kuih
ReplyDeleteSedap kuih ni..tapi adik2 memang selalu buat perangai makan yang atas je..pulut dibiorkan haha
ReplyDeleteAlahai.. . Sedapnya pulut sekaya! Favorite nina! Sama lah citarasa kita guna santan kotak M&S. Kat rumah nina sentiasa ada stok santan kotak. Kat sini nak dapat yang fresh jauh. Huhuu... Santan ni dia lemak, dan akan buat lauk pauk kueh lagi sedap.
ReplyDeleteSedapnya. Fadzi memang suka kuih muih melayu macam ni. Nak nak lagi dalam bulan puasa. Bila berbuka je mesti rasa nak makan kuih muih dulu. Nanti boleh cuba buat jugak
ReplyDeleteWahhh nampak sedap. Tak pernah lagi cuba yg ni tapi tgok gambar dh tau sedap. Boleh lah nanti sis cuba buat ikut resepi ni
ReplyDeleteMudahnya cara nak buat kuih pulut sekaya ni hehehehe ok lah lepas ni boleh kita mencubanya buat buka puasa nak beli macam mahal sekarang ni betul tak hurmmmm..Thank share resipi..
ReplyDeleteTak pernah makan lagi kuih sekaya ni. Memang kena ada banyak-banyak lubang ekk?? Sama tak dengan tepung talam?? haha, nampak nau tak pernah makan sebab sis sejenis yang tak berapa gemar kuih2 manis ni. selalu makan yg jenis goreng2
ReplyDeletetak pernah jumpa pula pulut sekaya ini.. nampak menarik..
ReplyDeletebebudak memang macam tu.. yang manis je mereka makan.. pulut tu ditinggalkan.. mak lah yang tolong habiskan..
Pandainya buat kuih sekaya ni. Liez mmg xpandai sgt bab kuih2 tradisional yg kukus2 ni. Trauma sbb pernah buat semua air masuk dlm kuih.. frust sgt.. nnt nak try la pulut sekaya ni pulak.. suka jugak mkn tapi xramai yg pandai buat sedap
ReplyDeletesdap nyo la..:)
ReplyDeletefirst time tahu ada kuih pulut sekaya ni. Budak2 memang suka makan topping je, teringat masa kecik dulu tak suka pulut haha
ReplyDeleteOh baru ku tahu camtu rupa pulut sekaya kelate 😁
ReplyDeletewahhh nampak menyeelrakan dan alzat sungguh ya kuih pulut nie. tak eprnah dengar tapi teringin nak cuba. nanti nak cuba buatlah. bahan2 pon mudah je nak dapatkan nie
ReplyDeleteYa ampun sedapnyaaaa. Teringin nak buat kuih ni. Ingat nak cubala resepi ni di rumah. Time pusa mmg mencari kuih muih manis macam ni
ReplyDeleteNampak mudah n menarik utk dicuba resepi ni.. Mmg kuih kegemaran anak AM nie.. Leh la AM cuba buat.. Bersedia la si cilik tue nak jadi tukang komen masakan mama dia nnti.. Heheehe
ReplyDeletewahhhh.... i see this i also wanna eat!!! not difficult at all ya... i can try to do this d!!
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba pulut sekaya. Susah rasanya nak cari. Tapi ena sangat suka makanan orang kelantan. Kalau kwn balik sana selalu kirim budu n gula asam ea nama die. Hehe. Kenangan.
ReplyDeleteNampak sedap sangat. Tak pernah makan ini. Maybe saya boleh try masak. Thank you for the recipe.
ReplyDeleteSedappp nyer... terliur juga la. Rasa nyer i pernah makan ni my cols yang bawa ke office. Nak try buat juga.
ReplyDelete