My Family
YangMahaMenyusun Sheila dan Keluarga Iftor Kat Luar? Macam Tak Percaya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
YangMahaMenyusun Sheila dan Keluarga Iftor Kat Luar? Macam Tak Percaya / Allhamdulillah.... entry lepas, saya ada kemukakan kesukaran saya untuk berbuka di luar bersama anak kecil....
Allahuakhbar, Allah Yang Maha Menyusun setiap aturan hidup kita. Khamis minggu lepas, 11 Ramadhan 1440H, sempat saya dan keluarga berbuka di luar, apabila universiti mengadakan Majlis Berbuka Puasa
Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah
Peringkat Universiti Utara Malaysia.
Allhamdulillah, majlis berjalan lancar. Begitu juga dengan puteri-puteri saya terutama Nur Jannah yang sangat saya risau. Sekarang dia dah masuk 2 tahun 2 bulan, dia dah boleh faham dan good behave.
Kalau tak memang susah saya nak makan. Husband saya dah mula merungut sebab ni malas nak makan kat luar... tapi syukur semua terkawal. Kakak bawa dia pergi jumpa kawan dia ikut ja, diam tepi kakak, dari jauh saya duk perhatikan dia,,,,
13 Ramdhan 1440H sekali lagi kami makan kat luar. Dengan menuruti hajat kakak nak makan McDonald's kami pun setuju ke Kangar. Kali ni lagi seronok Nur Jannah, memang baik sangat sebab dia nak main sahaja. Keluar ambil fries makan then heret tangan kak ngah nak pergi main.... Kesian kak ngah tak sempat sangat nak makan kena layan dia main.... Chinese tu tengok saya senyum ja bila dia tengok telatak Nur Jannah yang kalut heret kak ngahnya suruh teman dia main... hehe
So, kami boleh makan dengan aman... syok juga tau bawa makan kat tempat ada mainanan dia nak main ajer.... yang kelakarnya... bila keluar cepat-cepat dia ambil fries, minum air then masuk sambung main.... kalut semacam, galak nak main,,,,,
dulu kalau bergambar selau buat peace, skang dah pandai buat baby love.... |
Lahaiii Nur Jannah! geram saya tengok gelagat dia. Nak gelak, nak marah tapi itu la anak-anak kecil ni kan... layan je la.... susah ke senang ke, mereka penghibur!
Terima kasih Ya Rab, seperti mana Kau kurniakan kemeriahan ini untuk kami Kau meriahkan juga teman-teman dan sesiapa sahaja yang membaca tukilan ini...
Aminnn....
Aamiin.Allah sentiasa melihat dan mendengar..Allah juga yang boleh membolak balikkan hati dan tumpuan serta sikap manusia..alhamdulillah keinginan dan pengaharapan Kak Sheila Allah kabulkan..
ReplyDeletekemain Jannah dengan baby love ye..hehehehehe..cute.
Aamiin.. Alhamdulillah, semoga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya
ReplyDeletealhamdulillah...ada jugak kan rezeki berbuka kat luar...syukurr semuanya dipermudahkan
ReplyDeleteokay lapar tgk makanan hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat berbuka bersama keluarga di luar..
ReplyDeletesekali-sekala kena berbuka di luar. tukar suasana kejap...
ReplyDeleteAamiin..
ReplyDeleteComelnya Nur Jannah.. kanak-kanak dengan mainan memang tak dapat dipisahkan.. 😁😁