Berbuka Puasa Bersama Anak Kecil Mudah atau Sukar?


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 
Berbuka Puasa Bersama Anak Kecil Mudah atau Sukar? / Allhamdulillaah dah masuk hari keempat kita menjalankan ibadah puasa. Semoga puasa kita dan ibadah lain turut cemerlang. Awal-awal puasa dah buat hal,,, bukan apa pun... Hari puasa kedua bila sahaja nak berbuka buka periuk nasi rupanya nasi belum masak. Huhu... so kami berbuka dengan kurma solat sambil tunggu nasi masak,,,, Alhamdulillah.... seronok pula bila solat dulu.
 
 
Kelmarin nak berbuka kalut dengan anak dara saya baby Nur Jannah, terus tak lalu nak makan, p solat. Lepas solat baru makan....

Bagus gak macam tu kan.... kalau tak biasalah hamba yang lemah ni solat selapas berbuka tu lambat la sikit. Cuci pinggang dan sebagainya membuat solat jadi lambat. 

Berpuasa dengan anak kecil memang lain rasanya. Bila Jannah umur 4 bulan masa tahun pertama kelahirannya, masa tu dia asyik menangis... Bila berbuka letak dia dalam baby bouncer, dia diam kejap terus berbuka.... Masa dia umur setahun lebih tahun lepas, lagi susah dia asyik nak kacau sahaja. Masa tu dia dah mula berjalan kelam kabut juga dengan dia. Sekarang dah masuk 2 tahun 2 bulan ni lagi haru.... dia nak makan sendiri, naik kat atas meja.... memang kena cekap dan cepat dengan dia! kalau tak tunggang langgang jadi lauk pauk....

Jarang Berbuka Kat Luar
Sebab ni juga salah satu kami jarang berbuka luar. Kat universiti buat berbuka puasa pun saya tak pergi, disebabkan anak-anak yang kecil. Boleh kira ja sejak 2007 saya di UUM berapa kali jer saya berbuka di UUM bila universiti adakan majlis berbuka puasa. Husband saya tak benarkan saya pergi susah dengan anak-anak. Ini pula ada Nur Jannah lagi la saya tak pergi. Tahun ni belum tentu lagi macam mana. Nak juga saya berbuka di luar, tapi kekangan anak kecil membataskannya. Tahun-tahun lepas pun dua atau tiga kali jer saya berbuka di luar. Kalau balik kampung pun tak berbuka kat luar. Satu hal, susah nak keluar berbuka di luar bila balik kampung. Constrain masa dan sebagainya. 

Kalau anak kecil diam, baik, duduk ja kat kerusi senang nak handle kalau makan kat luar... Kalau Nur Jannah bukan reti duk diam! jenuh la saya ligan.... 

Setiap Anak Lain Karekter: Tangan Terseliuh
Setiap anak mempunyai lain-lain karekter. Dan Nur Jannah paling mencabar saya sebagai ibu. Bulan lepas tangannya terseliuh, kalut la saya ngan husband p rumah fisioterapi pulihkan tangannya. Masa tu dah pukul 11.45 malam... Syukur tak ada apa-apa memang bila tangan dia kena tarik pusingkan semula pergelangan tangannya yang terseliuh tu bunyi "bub"... terus ok.... Allhamdulillah... Dia terkejut saya dipangkuan saya....

Kalau kak ngah masa kecil walaupun kat rumah dia aktif tapi bila makan kat luar bersama kawan-kawan dan sebagainya dia akan diam seribu bahasa sampai sekarang pun.... Tapi Nur Jannah ni lain terlebih. Dia kat akan buat orang, sebab bila saya bawa dia keluar dengan anak kawan-kawan, empati nak berkawan dia tinggi, dia akan pergi pada baby-baby sebayanya nak bermain sama dan pegang-pegang.... tapi dia takkan buat orang.... saya memang tak lepas pandang dia takut dia buat anak orang, tapi bila saya sibuk dibelakang, orang lain akan buat dia.... Dia terus datang mengadu kat saya! Apa sahaja dia akan mengadu, memang jenis kuat mengadu dan berlakon.... Huhu Nur Jannah.

So, anak-anak apa pun karekter mereka kita tak boleh nak pilih kasih. Mereka ada rezeki masing-masing. InsyaaAllah.  

Apa Yang Perlu Buat
Memang kalau saya nak sangat erbuka kat luar harus saya berjaga-jaga dengan anak-anak. Kak ngan dan kakak, saya tak risau. Yang saya risau sangat Nur Jannah dia masih kecil tak faham lagi, tapi insyaaAllah dia akan faham jika kita didik mereka dengan betul. Gelagat anak kecil ni kadang kala memang tak leh nak jangkau. Sebab Nur Jannah bukan suka duduk dalam baby cahir. Bila letak dalam tu dia akan bangun nak turun sendiri. So, saya akan pastikan dia duduk berkepit dengan saya atau duduk dipangkuan saya! Dan saya bukan jenis nak bagi dia henset untuk duduk diam....

So mommy-mommy apa mommy buat kalau anak aktif sukar nak bawa keluar makan kat luar? Boleh share tips and trick dengan saya....







6 comments:

  1. inshaallah yg penting program yg dibuat

    ReplyDelete
  2. Jika tidak tahan, jangan paksa anak2 . biar mereka belajar setengah hari. itu dah ok..

    salam perkenalan
    https://pemudattbc.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. setakat ni masih berbuka kat rumah lagi..selalu rasa berbuka kat luar tu complicated sangat, sebab nak terkejar maghrib etc..inikan pula mommy yang ada anak2...huhuhu..tapi kalo nak meraikan kawan2 yang ajak berbuka kat luar, keluar juga lah...

    ReplyDelete
  4. Tak apa kak..inshaAllah akan tiba masanya nanti Jannah faham dan akak sekeluarga boleh lebih kerap makan di luar..ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  5. kami sekeluarga pun lebih suka berbuka di rumah. sebab anak-anak memang tak suka duduk diam. hehe

    ReplyDelete
  6. Saya memang jarang-jarang keluar makan kat luar.. bila dah besar-besar ini barulah bawa-bawa.. memang melayan kerenah anak-anak yang tengah membesar dan aktif ini kena bergilir makan.. Selalunya encik suami makan dan saya akan pantau anak-anak.. Lepas encik suami sudah barulah saya makan.. Selalunya buat macam nielah kalau makan kat luar..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.