Butir Nangka Pemanis Mulut Di Bulan Ramadhan Yang Saya Cari


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Butir Nangka Pemanis Mulut Di Bulan Ramadhan Yang Saya Cari / Allhamdulillah, antara pemanis mulut yang femes bagi orang Kelate salah satunya butir nangka atau biji nangka.... Tahun lepas saya memang tak ada peluang nak buat kuih muih sampaikan merajuk dengan en husband. Allhamdulillah kali ni saya saya berpeluang masak kuih muih tradisional Kelantan.

Sebenarnya ini kali pertama saya buat butir nangka. Allhamdulillah boleh tahan... seronok bila dapat buat sendiri. Saya main balasah je. Bahan-bahan pun main ingat je. Tak ade resepi xboleh nak rujuk kat tenet masa tu. Tercari-cari handphone mana ntah, husband saya sorok dari puteri-puteri saya terutama Nur Jannah,,, hehe


So, saya buat la ngn kak ngah Adelia. Dia suka menyibuk, dan adik Nur Jannah lagi la paling sibuk dia bila saya masuk dapur.

Bahan-bahan Untuk Butir nangka
1. 2 cawan tepung pulut
2. 2 sudu besar tepung beras
3. Sesudu besar air kapur
4. Air pandan (daun pandan)
5. Secubit garam
6. Santan 200ml saya guna jenama ayam brand 
7. 1 sb halba
8. Gula secukup rasa

Cara-cara
Tepung pulut campurkan bersama tepung beras dan masukkan air pandan sedikit demi sedikit uli sehingga tak letak di tangan, masukkan secubit garam dan air kapur. 

 

Bila tak dah jadi doh tak letak kat tangan, bolehlah bentukkan lonjong....


Rebuskan dalam air sehingga tepung tu naik terapung ke atas permukaan air, ia menandakan ia sudah masak. Masukkan dalam air mangkuk yang berisi air sejuk sementara menyediakan kuah.



Manakala, untuk kuah pula masukkan santan pula ke dalam periuk, air dan sebut garam serta halba masak, sentiasa kacau supaya tidak berketul.... Masukkan butir nangka yang sudah masak tadi ke dalam santan dan masak sehingga menggegegak....


Yang saya suka tentang butir nangka ni sebab kuahnya rasa halba... ntah la napa suka memang dari kecil lagi saya suka hirup kuah butir nangka ni sampai habis.... dan jangn lupa masukkan gula.... saya masukkan agak-agak saya gula dalam lima sudu besar.


Siap! senang sangatkan buat butir nangka ni. uall boleh cuba buat tau. Bahannya pun tak rumit sangat. Ini juga kali pertama saya menguli tepung rupanya uhhh memang betul kalau tepung tu tak lekat kat tangan kita so maknanya doh tu dh ok.... 

Tapi ingat tuk buat kuih ni jangan bertukar pula, tepung pulut dengan tepung beras. Untuk kuih ni kita guna tepung pulut plastiknya warna hijau, dan nak bagi lembuh tepungnya masukkan sedikit tepung beras yang plastiknya warna merah.... 

Selamat mencuba!

Allhamdulillah...



 

4 comments:

  1. sedap ni kak shiellaaa ..lembut2 gini, paling mudah nak buat hii

    ReplyDelete
  2. KUIH YG MDAH DIBUAT N SEDAP RASANYA

    ReplyDelete
  3. ohhh mcm buah Melaka tp bahannya lain sikit. ingatkan guna buah nangka

    ReplyDelete
  4. Saya pula kalau buat bubur butir nangka nie, tak suka bubuh halba.. hehehe.. tak suka rasa dia..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.