Hidup Kita Untuk Siapa?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Payah aku nak kupas topik ni kerana aku bukan arif dan berilmu.... Yang Arif itu Dia Ya Hakim dan Yang Berilmu itu Dia Ya Alim.... 

Dulu aku memang tak paham tentang hidup ni untuk siapa... dikeliling ku masing-masing menayangkan keluarga tersayang tercinta, suka suka dalam keluarga dan kerjaya.... aku tak ada semua tu.... tak ada apa la aku nak tayang kan....


Bila aku belajar tak payah rupanya nak tayangkan semua, nanti di padang masyar masa hisab ada tabir besar yang akan menayangkan semuanya apa yang kita buat..... 

Tapi kalau untuk kongsi sebagai pengalaman itu mungkin tak jadi masalah dengan syarat buangkan semua rasa riak dan ujud.... dan 'ketuanan' atau 'keakuan'.... ketuanan dan keakuan itu adalah milik Allah Ya Malik Yang Maha Memiliki seluruh isi bumi dan alam ini.....

Namun, kadang-kala tersasar jua dengan riak dan ujud itu (aku la lemah)..... 

Untuk Siapa Kita Hidup?
Jawapan hanya untuk Allah..... tapi kita juga sering kata hidup ku untuk keluarga ku, untuk anak-anak ku, suami/isteri ku..... akan ku buat dan bagi yang terbaik untuk keluarga ku....


Kalau jawapan kita hidup untuk Allah.... janji kita semasa dalam rahim berjanji dengan Allah kita sebagai abdi dan khalifah..... maknanya hidup kita bukan sahaja untuk keluarga kita, jaga keluarga kita, beri yang terbaik kepada keluarga kita sahaja! 

Maksudnya di sini hidup kita sebagai hamba dan khalifah Allah hidup untuk ummah..... susah ke? hidup untuk ummah! bersama Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat memperjuangkan ummah untuk agama..... 

bak kata lain kena 'cakna pada orang keliling kita'.... bukan saja kita bagi makan bagi didikan yang terbaik pada anak-anak kita, kita juga hendaklah bagi makan dan didik yang terbaik buat anak-anak yatim, fakir miskin di luar sana.....

Fuhhhh..... itu janji kita dengan Allah rupanya..... Jika ini tujuan hidup..... Ya Allah Ya Baari' susunkan hidup ini mengerjakan agenda Mu....




No comments

Powered by Blogger.