7 Tips Menghadapi Kesukaran Seorang Ibu Sebagai Pelajar Sepenuh Masa



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
7 Tips Menghadapi Kesukaran Seorang Ibu Sebagai Pelajar Sepenuh Masa /Allhamdulillah. Ini kali kedua saya mendapat panggilan peperiksaan oral.... Saya sangat dan sangat berharap agar dapat lulus dalam peperiksaan ini. Tu la, saya bukan seorang pelajar yang pandai pun, sejak di bangku sekolah darjah satu pun tak ada langsung kepandaian saya dalam bab akademik ni. Ntah macamana la boleh sampai ke tahap ambil PhD.... Secara overall saya bukan pelajar "pandai lagi bijak"..... Pointer cuma cukup makan boleh masuk u jer! huhu....



Sebelum saya memberi tips bagaimana nak menghadapi kesukaran, sorry la terlebih dahulu saya nak kongsikan cabaran dan dugaan dalam pengajian saya. Mungkin ini masalah sama yang akan dilalui semua orang sama juga dengan saya! Kat bawah ini masalah kritikal la yang saya hadapi....




1. Masalah Kewangan

 Bab kewangan ni sangat menjadi kekangan dalam pengajian saya. Walaupun pada awalnya pengajian saya ditanggung tapi malangnya bila saya tidak dapat menamatkan pengajian pada masa yang ditetapkan ia terpaksa ditanggung sendiri oleh saya dengan berbekalkan duit gaji bulanan. Dek yuran di USM untuk kursus saya RM3050.00 bagi setiap semester. Ia sangat memberi kekangan kepada saya! Dah bayar masa bulan dua, masuk bulan sembilan kena bayar lagi sedangkan tesis belum siap-siap lagi. Begitulah rasanya cepatnya masa berlalu.... huhu


Mana nak bayar duit rumah, duit kereta, loan itu dan ini.... huhu banyaknya loan.... makan minum dan anak-anak sekolah.... semua kena fikir! Korang kalau nak sambung pengajian masa bergelar isteri dan ibu kena banyak fikir bab kewangan keluarga tau.... Kalau tak boleh jadi porak poranda rumah tangga.

Pastikan poket suami anda tebal boleh menampung ye! hehehe... kalau macam saya ni poket suami tak tebal so, saya kena tanggung semuanya, dan saya akan pastikan saya kuat dan tabah melaluinya! Dan nak tak nak hanya Allah sandaran segalanya! Banyak kena guna duit untuk printing, dan sebagainya....


Bab keuwangan ni tak boleh nak silap tau salah cerita pada orang lain, takut nanti orang salah sangka dan salah tanggap dan akan berkait semuanya dengan rumah tangga. Yang rumah tangga ok jadi tak ok bab mulut orang-orang sekeliling! so, sangat kena hati-hati walhal dengan saudara, atau ibu bapa sendiri. Korang lebih maklumlah saudara dan ibu bapa korang macamana kan.....

So, untuk saya place save saya tak cerita kat orang bab keuwangan.... Apa pun kalau orang cakap beli itu dan ini saya diam je la.... walhal adakala kat rumah kita pun ada orang nak spot check.... hahaha..... ada juga saya kena sampai dalam almari pun orang selak..... moral of the story kena hati-hati beringat bab keuwangan keluarga ni jangan duk silap cakap kat orang sekeliling. Kang orang akan kira satu persatu perbelanjaan kita. Kalau orang yang faham masalah kita it's ok, tapi kalau orang tak faham memang boleh huru-hara buat kita salah menyalahkan pasangan kita!

Itu sangat bahaya!

2. Tak tahu nak buat research

Ini masalah utama bab pengajian saya. Kalau tadi masalah berkaitan dengan personal life saya, ini lak memang betul-betul bab research.... Dari awal saya mengalami masalah collect data! susah nak dapatkan responden, tersepit dengan cadangan supervisor saya! Saya stuck kat sini lama dalam 4 semester... 4 semester 2 tahun k.... memang tersangat stuck..... Kata kawan saya jangan stuck lama! masa berjalan begitu sahaja. Saya tahu. Jalan A buntu, cuba jalan B, buntu, jalan C pun buntu, sehingga jalan D baru boleh dapatkan data....

Baca: Jalan A hancus untuk saya collect data.....

Bila difikir senang saya bab nak mengatasi masalah saya tapi dikomplikated dengan cadangan supervisor dan mula saya jadi keliru.... sehinggalah saya terpkasa naik turun ke pejabat pendidikan negeri Kedah, Perlis untuk dapatkan kebenaran collect data. Saya buat surat ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya untuk minta kebenaran collect data semuanya tak dapat membantu!


Itu yang jadi jalan A, B, C buntu sehinggalah sampai 4 semester.....

Baca: Dugaan Saya Menyiapkan Tesis 


Sukar ke Bergelar PhD Mama???


Sehinggalah Allah Yang Maha Membuka jalannya untuk saya dapatkan data dan responden kajian.

Bila dah dapat responden, saya mula key in data itu dah mula cepat.... dan analisa data pun cepat! tapi ada lagi masalahnya bila data saya tak signifikan..... Allahu..... ada lagi! terpaksa patah balik dari awal tengok data mana yang problem satu-satu check clean data banyak la proses yang dilalui.... take time sangat! masa tu saya tak tahu dah menangis sampai saya menjerit sorang-sorang kat bilik lepaskan tension.... Rasa macam orang giler dah! hahaha... tapi itu la cabarannya! bila dah menangis menjerit baru nak istigfar! aduihhh pening la kepala,,,,,, hehehe..... kena banyak sangat sabar, sabar dan sabar!

Kajian kita hanya kita sahaja yang faham. Tapi jika tak mampu kena ada orang bantu juga. Saya tak ada duit nak higher orang checkkan data saya, nak minta tengokkan kajian saya, nak cari consultant untuk check betul ke tidak kajian saya.... memang saya tak ada duit! Kawan-kawan suggest cari personal consultant dari orang bijak pandai professor bayar la RM50 atau RM100 sejam.... walaupun RM50 saya tak mampu.....

Dan.... masa tu juga saya terpaksa masuk kelas, bila masuk kelas hadiri bengkel semuanya berbayar. ada yang terpaksa saya turun ke KL.... itu last rasanya saya turun KL 5 tahun yang lepas untuk mendapatkan secebis ilmu. Bla nak turun KL terpaksa angkut semua anak-anak.... Masa tu Nur Jannah belum dilahirkan. Kak Ngah pun baru 2 tahun lebih. Sekarang kak ngah dah tujuh tahun. Yang selepas itu sampai la saya submit tesis untuk kali kedua pada 15 Julai lalu semua saya pergi bengkel yang dibuat di Kedah dan juga di Penang.... So, sedikit sebanyak harus korbankan sekolah anak-anak. Bukan sedikit la memang banyak dari kakak darjah satu sampai la darjah lima sekarang ni terpaksa ponteng sekolah demi pengajian saya!

Allhamdulillah..... Allah susunkan saya dengan professor yang baik sudi tolong saya! bagi pandangan dan tunjuk ajar. Allahu semoga Allah melipatgandakan rezeki beliau. Ramai orang yang baik boleh bantu kita secara percuma! Mintalah dengan Allah jangan segan minta dengan Allah.... sentiasa bersangka baik dengan Allah. InsyaaAllah Allah akan bantu dan buka jalan. Allah akan datangkan kita dengan siapa yang kita perlukan. Jangan segan dengan Allah dan jangan segan dengan makhluk....

Ini dua masalah utama dalam pengajian saya! masalah kecil tu banyak sampaikan saya pun tak tahu dan tak ingat... hahaha.... ini lah yang saya ingat! sebab ia sangat memberi kesan dalam pengajian saya!

Bila dah dapat result nak menulis tu cepat saya. Dalam sebulan dah siap bab dapatan kajian. Dalam 3, 4 hari boleh siap bab Rumusan! Percayalah.... Masa pembetulan untuk reviva saya siapkan 40 muka surat dalam masa 4 hari..... saya pun tak tahu macamana saya mampu menaip cepat! yang saya tahu itu semua Allah Ya Baari Yang Maha Menyusun... Rabu saya mula buat.... hari Jumaat ingatkan dah settle tapi hari Ahad juga yang settle semuanya.... Lima hari saya siapkan semua sekali..... 4 hari saya khususkan untuk bab rumusan dan kesimpulan sahaja. Bila siap saya kira bab rumusan dan kesimpulan ada 40 muka surat! Allahu..... banyak tu!



Masa tu memang saya duk berkurung dalam bilik study walaupun Nur Jannah duk kacau bila saya buka sahaja pintu bilik.... Pantang je pintu terbuka terus sahaja dia masuk..... Memang sakit belakang sangat-sangat. Bila dapat sahaja baring atas katil nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu.


So, korang jaga-jaga,,,, kalau boleh setiap setengah jam kena banyak buat pernafasan dan betulkan urat saraf.....

Dengan anak-anak kena kuat semangat juga! masa ni hari-hari terakhir saya untuk siapkan pembetulan tesis, bila sahaja Nur Jannah kacau maka berhenti la kejap saya! Saya angkat dia bawa keluar bilik, menagis la dia.... 


Dah boring kacau saya, nangis la dia, saya tak bagi masuk bilik... tidur dia kat luar! Kesian Nur Jannah.... tapi nak tak nak sebagai ibu terpaksa berkorban kena kuat semangat, tabahkan hati, kena cekal, sabar banyak-banyak untuk siapkan tesis!

Bagi saya tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. InsyaaAllah setiap masalah yang diberikan ada jalannya! Kalau tak kita tak buat kajian lak....

So, kat sini saya nak kongsikan tujuh tips, jika anda seorang ibu atau yang sudah berkahwin nak sambung belajar peringkat PhD atau master by reserch, bagaimana nak menangani cabaran dan rintangan....


7 Tips Untuk Mengatasi Kesukaran Sebagai Pelajar Sepenuh Masa

1. Niat

Mula-mula sekali kalau anda nak sambung belajar pada peringkat yang lebih tinggi kena tahu niat untuk apa? Niat kena betul! kenapa sambung belajar?  Kalau niat nak sambung belajar nak naik pangkat, dapat gaji besar, tak ada apa pun sebenarnya..... tak ada gaji besar yang akan anda dapat, secara bertulis kat slip gaji memang meningkat tapi kena meningkat lagi tanggungjawab dan bebanan kerja.

Kemana Ilmu Untuk Dibawa?

Memang saya salut ada yang buat PhD dalam 2 tahun dan 2 tahun setengah. Ada yang setahun pun ada..... kalau macam saya dari A to Z, 3 tahun baru nak kenal apa itu reserch.... Lambat saya ni! Korang yang dianugerahkan dengan akal yang bijak pandai memang dah tahu selok belok reserch tu macamana, dan mungkin cepat menyiapkannya. Dan ada juga yang baru belajar A to Z tu mampu siap dalam 2 tahun semua bergantung pada niat, tekad dan azam.....

Habis tu buat PhD niat untuk apa?

Niatlah untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain untuk mendokong tugas yang diamanahkan sebagai khalifah Allah dan menyambung perjuangan baginda Rasulullah saw.
 

 
Semoga niat diredhai oleh allah swt untuk apa menyambung pengajian! Nak jadi Ulul Albab susah ke?


 

2. Doa

Sentiasa berdoa kepada Allah tetapkan iman, sebab dalam menjalani pengajian ini banyak dan terlalu banyak dugaannya. Namun, setiap orang nampak macam cabaran dan dugaan yang sama tapi disebaliknya jika diselidik lain cara masalahnya.... Nak tak nak doa selalu supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita! Doa apabila diuji.

Dengan doa yang kerap kita tidak mudah terpesong kepada duniawi... InsyaaAllah... sebab dalam membuat penyelidikan ini kita seringkali dilanda dan diuji dengan hawa nafsu. Terutama nafsu malas. Malas, give up itu perkara biasa. Tapi jangan terlalu lama. So, kena doa selalu buangkan sikap malas.... supaya kita terus dan terus bersemangat!



3. Dekatkan Diri Dengan Allah

Kalau boleh amalkan solat berjemaah dan menjadi iman. Dengan menjadi iman dan solat berjemaat sedikit sebanyak masalah pengajian kita dapat dikurangkan. Rasa lega selepas solat hanya Allah sahaja yang tahu! Allah akan menguji hambaNya. Oleh itu dekatkan selalu denganNya.... supaya apa ujian mendatang kita mampu menanganinya denga rasa gembira? Wah!!! hebat kan....tak percaya jom buat!

Masalah saya banyak! sama juga kita semua! Apa pun masalah BACK to ALLAH

Bila kita dah biasakan diri dengan berjemaah secara tidak langsung kita akan mengeratkan silaturahim. Dengan terjalinnya silaturahim, ego dan sombong kita mudah dikalahkan. Serius saya kata kan, daripada pengalaman, saya nampak bila menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi n, ego pun semakin meninggi! So, untuk meruntuhkan ego selalukan dekatkan diri dengan Allah, buat solat sunat yang lain seperti solat sunat taubat, tahajut dan sebagainya!




4. Fokus

Saya mengakui saya pun mengalami masalah kurang kefokusan ni, sebab itu lah pengajian saya lama. Hilang fokus itu biasa tapi jangan hilang lama-lama macam saya collect data, stuck, hang kat situ dua tahun lebih..... huhu.... so korang jangan mudah hilang fokus. Bagaimana cara saya mengatasi hilang FOKUS?

Kalau hilang fokus terus back to the right track.... doa banyak-banyak supaya kembali ke jalan yang benar! hahaha.... seperti niat kita tadi jangan tersasar. Kalau tersasar mula la nak berhenti mengaji la dan sebagainya. Nak tahu macamana solusinya jom baca sini 15 tips mengatasi hilang fokus oleh Professor Datuk Dr. Noriah Ishak. 




5. Sabar

Yang ni harus buat dan buat,,, kena didik juga diri macamana cara pun kena sabar! sentiasa pujuk hati sabar itu separuh daripada iman. Rahmat sabar itu besar. Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar.

Dalam menempuh alam pengajian yang saya tak tahu bila akan berakhir ini kesabaran lah teman saya! Bagaimana saya boleh bertahan dan sabar? Jom baca sini "Sabar Sheila". Dan... nikmat sabar ini sungguh besarSehinggakan bila kita mampu mengaharunginya seakan kita tak percaya adakah itu kita! Kita akan menjadi manusia yang hebat dengan sabar. Dan sesuatu juga yang membuatkan saya banyak bersabar ialah anak-anak! Demi mereka saya bersabar. Allhamdulillah berkat kesabaran, Allah curahkan rezeki berganda buat kami! Terima kasih Ya Rabb.....




6. Jangan Mudah Putus Asa

Perkara penting bila kita dah down.... Saya pun sama down, menangis rasa macam dah tak ada air mata dah. Menangis sendirian..... Kerana saya rasa ia mampu menghilangkan maslaah saya bila saya dah buntu! tapi cepat-cepat wake up. Jangan terlalu lama, kena juga gagahkan berdiri. Setkan niat, cari niat asal, ingat Allah, doa.... mungkin sujud lebih baik. Semua itu untuk mengindari diri kita yang hilang semangat.

Ingat Allah

Allah dekat dengan kita lebih dekat daripada urat leher....


Hidup kita bagaikan roller coster. Adakalanya di atas dan ada kalanya di bawah. Dan kita kena sematkan betul-betul tekad untuk berjaya dalam apa jua yang kita lalui, susah ke payah ke redah je! Asal kita sampai ke penamatnya... Walaupun penamat saya belum pasti tapi saya yakin pasti ada penamatnya. Allah dah tentukan di luth mahfuz penamatnya.... Buat apa saya risau. Kena redah! apa saja halangan.... Jangan mudah putus asa. 




7. Sentiasa Menolong Orang Lain 

Ini tips yang saya dapat siapa pun akan setuju! bila kita tolong mempermudahkan kerja orang lain, insyaAllah akan akan mempermudahkan kerja kita. Terutama kerja di jalan Allah. Tak salah jika kita meluangkan sedikit masa ke jalan Allah membantu mereka yang susah dan memerlukan seperti anak yatim dan sebagainya.

Saya yakin jika kita berbuat baik Allah akan berikan yang lebih baik. Jika kita tolong orang walaupun kita sendiri susah, insyaaAllah Allah akan gandakan rezeki dengan berganda.

Sesungguhnya, jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan mempermudahkan dan melengkapkan jalan hidup kita di dunia - Surah Muhammad ayat 7


Lima tahun yang belum habis, SABAR SHEILA biar la berapa tahun sekali pun pasti ada jalan penamatnya!

Itulah sedikit sebanyak kisah disebalik pengajian saya cabaran seorang ibu, isteri yang dilalui saya dalam masa yang sama menjadi seorang pelajar sepenuh masa. 

2 comments:

  1. Goodluck and do your best. Saya yang baru degree dan single ni pun rasa stress nak habiskan perjalanan ni, inikan pula sudah bekeluarga dan buat PhD. Wahh memang salute lah hehe.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan akak ya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.