Alfred Hitchcock Dari Kaca Mata Aselawati: Siapa Dia?



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alfred Hitchcock Dari Kaca Mata Aselawati: Siapa Dia? / Entry kali ni masuk bab pendidikan skit. Sejujurnya saya ni suka filem-filem lama arahan Alfred Hitchcoc. Saya mula mengenal pengarah ini bila mana saya menjadi seorang pelajar filem di UiTM Shah Alam. Kemudia bersambung pula ke USM sehinggalah sekarang. Kalau korang nak tahu apa yang menariknya seorang yang bernama Alfred Hitchcock ni jengan jemu lak baca panjang lebar kat bawah ye.... tapi kalau korang boring nak buat camana? leaf je la.... kuikuikui....


Siapa Alfred Hitchcock?

Alfred Hitchcock atau nama sebenarnya Alfred Joseph Hitchcock dilahirkan pada 13 Ogos 1899.  Beliau merupakan anak kepada William dan Emma Whelen Hitchcock. Ayahnya adalah seorang peniaga ayam itik dan pengimport buah-buahan yang berjaya. Alfred Hitchcock mula bersekolah di Kolej Jesuits’ Saint Ignatius. Semasa belajar di sana, beliau mula menunjukan minat dalam bidang kejuruteraan. Melihat minat anak mereka dalam bidang tersebut, ibu bapanya menghantar beliau belajar di School of Engineering and Navigation di University of London. Di situ, beliau mula belajar tentang mekanikal, elektrikal dan ilmu akustik. Beliau mula-mula bekerja sebagai estimator kepada sebuah syarikat Henley Telegraph Company, yang merupakan pengilang kabel eletrik. Di sebelah malamnya pula, beliau belajar kesenian juga di University of London. Selepas itu, beliau telah ditukarkan ke jabatan pengiklanan kabel sebagai pereka cipta kabel.


Hitchcock berminat di dalam wayang khususnya perfileman Amerika. Minat tersebut telah memaksa beliau menyiapkan portfolio dengan mereka cipta tajuk untuk filem bisu ( Famous Players-Lasky ) pada ketika itu. Projek tersebut adalah semata untuk acara pembukaan cawangan di London. Di sekitar tahun 1921 dan 1922, beliau telah menulis dan mereka cipta tajuk untuk ‘Call of Youth’ dan ‘The Great Day’. Filem tersebut kedua-duanya diarahkan oleh Hugh Ford. Kemudian kepada filem ‘Princess of New York dan ‘Tell Your Children’ (diarahkan oleh Donald Crip), dan ‘George Fitmaurice’s Three Live Ghosts’. 

Hitchcock mengarah buat kali pertama untuk kerja khususnya iaitu ‘Number Thirtheen’ (1922) bersama Clare Great dan Ernest Thesiger tetapi filem tersebut tidak dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Dia mula bekerja sebagai penolong pengarah dan telah memberi kesan kepadanya sehingga menjadi pengarah. Mula mengarah filem bisu, The Lodger (1926). Dia kemudian mengarah filem pertama British yang menggunakan bunyi iaitu Blackmail (1929). Di sinilah bermula kerjayanya sebagai seorang pengarah sebelum beliau berhijrah ke Hollywood.

Salah satu filem yang saya suka iaitu Rear Window (1965). Jom kita kupas apa yang hebat sangat filem Raar Window sehinggakan saya menjadikan ia satu kajian saya. Apa pun filem Melayu pun ada kurang hebatnya. 

Sinopsis Filem Rear Window (1956)

Filem Rear Window diterbitkan pada tahun 1956.  Ia adalah gerakan gambar yang telah diarahkan oleh Alfred Hitchcock. Filem ini dibuat adalah berdasarkan daripada cerita pendek Cornell Woolrich iaitu “If Had To Be Murder” pada tahun 1942. Pengkritik, cerdik pandai dan teoris filem menganggap filem ini adalah karya Hitchcock yang terbaik yang menerapkan unsur suspen. Ia juga digelarkan sebagai “The Master of Suspense”. Filem ini adalah kelihatan saja jelas apa yang hendak di sampaikan. Ia adalah gabungan mengenai pembunuh suspen misteri dengan kisah cinta watak utama yang dilakonkan oleh pelakon terkenal James Stewart dan digandingkan dengan pelakon baru Grace Kelly pada ketika itu. Sebenarnya filem ini, mempunyai kaitan dengan kisah peribadi yang berlaku kepada orang yang berdekatan dengan Hitchcock. Kisah cinta Bergman dengan Robert Capa (jurukamera terkenal) telah diselitkan secara tidak langsung dalam Rear window. Perbincangan tentang latar belakang filem ini secara teliti akan di bincangkan dalam bab dua nanti iaitu sorotan karya terpilih atau kajian masa lepas. Filem Seram Melayu setanding tak dengan Filem Hitchcock ni?

Menurut John Belton ( 2000 ) :

“Cohan notes that the Jeffries character is subtly connected to Capa in the following ways; Both are photojournalists, both work for Life magazine, both frequently eat at “21” and both live in Greenwich Village. Cohen concludes his comparison of Capa and Hitchock’s hero with the most bizarre and ubcanny link between two”.
                                                                                    (John Belton 2000 : 6)

Pelakon Utama Rear Window

Filem ini dilakonkan oleh James Steward merupakan pelakon utama filem ini yang mendokong watak sebagai L.B. Jeffries. Dia berperanan sebagai seorang jurukamera profesional yang telah direhatkan di pangsapurinya akibat daripada kemalangan semasa bertugas. Kemalangan tersebut menyebabkan kakinya disimen dan pergerakannya agak terbatas. Dia tidak dapat melakukan apa-apa kerja dan terpaksa duduk di atas kerusi roda sahaja. Setiap hari jururawat peribadinya Stella akan datang menguruskannya. Penderitaannya yang membosankan itu membuatkan dia mengambil langkah untuk memerhati dan mengintai apa yang dilakukan oleh jiran-jiran di kawasan pangsapurinya. Setiap masa dia melihat dan mengintai keluar melalui tingkap biliknya. Sehingga dia tahu dan dapat mengandaikan apa yang dibuat dan dilakukan oleh jiran-jirannya.



Pada suatu masa, Jeffries dapat merasakan seolah-olah ada pembunuh di tempatnya itu. Namun, tanggapannya itu di sangkal oleh kawannya dan teman wanitanya iaitu Lisa. Mereka menganggap itu adalah imiginasi Jeffries semata akibat daripada tidak berbuat apa-apa dan hanya selalu meneropong aktiviti jiran-jiranya di luar. Jeffries mengesyaki Lars Thorwald seorang jurujual berlian telah membunuh isterinya sendiri. Dengan sangkaan yang kuat dan kelakuan pelik Thorwald, Lisa dan Stella mulai sependapat dengan Jeffries. Mereka berdua menolong Jeffries mencari bukti sehinggalah Thorwald mengetahui dirinya sedang diperhatikan. Klimaks cerita apabila Thorwald masuk ke bilik Jeffries dan cuba membunuh Jeffries. Jeffries jatuh daripada biliknya apabila ditolak oleh Thorwald. Akhiran filem ini Thorwald ditangkap. Manakala Jeffries terpaksa menaggung seksa sekali lagi kerana kedua-dua belah kakinya patah. Namun, terpancar cahaya dimukanya menandakan segala masalah sudah dilesaikan walaupun kedua kakinya patah.  



Gaya Syot Filem Rear Window 

Pada keseluruhan cerita ini, berlaku di dalam bilik Jeffries. Hampir keseluruhan syot adalah daripada sudut pandangan Jeffries. Ia merangkumi sudut padangan kamera objektif dan juga sudut padangan kamera subjektif. Dengan kata lain, penonton pada umumnya melihat dan mendengar apa yang dilihat dan didengar oleh Jeffries. Bagaimana pun, pada aspek penting dalam filem ini ia memperlihatkan corak yang mudah, (biasanya menggunakan dua atau tiga shot sudut pandangan, tetapi juga menggunakan satu shot sudut pandangan Doyle, Stella dan Lisa). Pendekatan ini adalah untuk mengurangkan keseluruhan filem sehingga sekuen akhir apabila sudut pandangan Jeffries hampir dihuraikan. Watak Lars Thorwald (Raymond Burr) tidak menggunakan syot dekat dan tidak bercakap sehinggalah tiba di klimak cerita ini bila dia memasuki bilik Jeffries.

John Belton (2000), berpendapat :

“The film’s story and theme build on this highly visible base, exploiting and exploring the nature of spectacle. The film does this examining more abstract aspects of the relationship between spectator and spectacle, between the film’s voyeur-hero and what he sees. It addresses concepts of voyeurism and exhibitionism and explores the nature of their interconnectedness”.
                                                                         (John Belton 2000 : 4)

Rear Window dibuat sekali lagi untuk siaran television pada tahun 1998 manakala pelakonnya ialah Cristopher Reeve. Selain itu, siri animasi seperti The Simpsons, Tiny Toon Adventures, The Verture Bros, dan Home Movies memberi penghormatan kepada Rear Window dan menjadikan filem ini sebagai ilham kepada siri animasi tersebut.

google image

Gaya Pengarahan Hitchocock dan Filem Rear Window

Sebuah filem adalah hasil daripada suatu kerjasama yang kreatif. Ia merupakan suatu interaksi bersama yang kretif daripada beberapa seniman dan pekerja teknikal yang berperanan dalam pelbagai aspek kerja produksi yang akan memberi satu sumbangan pada sesebuah filem. Oleh itu, penglibatan ramai pihak dalam pembuatan sesebuah filem, ia tidak boleh membicarakan tentang gaya sesuatu pihak sahaja. Ini kerana semua pihak berperanan dalam menyiapkan sesebuah karya kreatif ini. Akan tetapi, kerana umumnya biasa pengarah berfungsi sebagai kekuatan yang menyatukan semua pihak dan juga kerana dia yang membuat sebahagian besar dari keputusan yang bersifat kreatif ini tidak salah kiranya gaya sebuah filem disamakan dengan gaya seorang pengarah. (Joseph M. Boggs : 1992). 

google image

Fungsi Seorang Pengarah

Seorang pengarah mempunyai kekuasaan filem yang diarahkannya amat berbeza-beza sekali. Ada pengarah yang berfungsi sebagai pengawasan sahaja. Studio berfungsi sebagai penceritaan, kemudian diserahkan kepada penulis skrip yang akan menterjemahkan kepada bahasa filem dan menyerahkan pembuatan filem kepada pengarah. Selain itu, ada pengarah yang ditugaskan sebagai auteur atau pencerita. Dalam hal ini pengarah tersebut akan menguasai proses keseluruhan filem dari awal hingga akhir. Pengarah akan:
  • menulis skrip dan lakon layar, 
  • memilih pelakon, 
  • menetapkan lokasi yang sesuai, 
  • dan hinggalah ke proses penyuntingan selesai. 

Manakala, ada sebahagian pengarah berada di tengah fungsi ini. Sungguhpun begitu, seorang pengarah memiliki kesempatan terbesar memasukkan pandangan artistik peribadinya, filosofi, teknik pengarahan dan sikapnya ke dalam sebuah filem. Semua ini dipanggil gaya seorang pengarah.
           
David Bordwell dan Kristin Thompson (2001 : 155), menerangkan tentang gaya filem :

“Every film developes specific techniques in patterned ways. This unified, developed, and significant use of particular technique choices”.


Haig P. Manoogian (1996 : 138), pula menerangkan gaya menurut kamus :

“the quality which gives distinctive exellence to artistic expression, cosisting especially in the approprioteness and of relation between subject, medium, and form, and individualised by the temperamental characteristics of the artist.”

Gaya Filem Hitchcock

Menurutnya lagi, apabila perkataan “gaya” dihubungkan kepada filem maknanya secara tidak langsung tidak begitu jelas. Sesetengah penggaya membezakannya sebagai “gaya dokumentari”, “gaya Hitchcock”, dan juga “pendekatan teater”. Namun begitu, peringkat-peringkat ini tidak boleh dijelaskan gaya filem dengan banyak sebagai jenis-jenis filem. Ia selalu berpandukan kepada isinya mengikut pelbagai kaitan estetik di antara isi, filem, dan pembuat filem.

Gaya dalam filem begitu kompleks kerana ia boleh dihubungkan kepada jalan cerita di mana filem tersebut harus dipotong, dan bagaimana cerita dikembangkan. Namun, ia juga boleh menjadi jalan cerita yang semulajadi. Konsep gaya ini juga mula dipelopori oleh Gorge Meles melalui ceritanya. Ini kerana Gorge Meles mempunyai daya fikir reka cipta dan imiginasi yang tinggi sehingga memberi kesan kepada setiap filem yang dihasilkannya. Seterusnya ia telah mengembangkan unsur realiti dalam karyanya. Secara tidak langsung ia dipanggil satu “gaya”.

Membincangkan tentang gaya pengarahan Hitchcock merupakan contoh yang sempurna. Hasil kerja Hitchcock menjadi contoh kepada pembuat filem. Hitchcock terkenal dengan filem yang bertemakan seram. Namun, ada juga segelintir pengritik mengkritik hasil karyanya. Rebecca (1940) sebagai contoh telah mendapat anugerah Best Picture di Academy Awards.

Truffaut dan rakan-rakannya telah mempertikai Hitchcock mempunyai gaya yang berlainan daripada Flaubert atau Van Gogh (orang yang pakar dalam bidang seni) dari segi gaya penyuntingan, pergerakan kamera, dan unsur kelucuan atau komedi yang digunakan dalam setiap filem Hitchcock. Elemen ini diberi tema sebagai “Hitchcockian”. Sekarang filem Hitchcock secara umumnya lebih dipuji dan juga contoh kepada penggiat filem. Filemnya akan menyelidik dari syot ke syot sehingga kerjanya diraikan dan beliau diagungkan. Variasi, gaya, dan idea yang berulang-ulang digunakan oleh Hitchcock disatukan melalui teori filem formalism.

Oleh itu, di bawah ini menerangkan tentang gaya pengarahan Hitchcock yang selalu digunakan dalam filem-filemnya adalah seperti di bawah :

1. Penggunaan elemen suspen, misteri dan kejutan

Hitchcock digelar sebagai “The Masterpiece of Suspense” Setiap filemnya menggunakan unsur suspen sebagai contoh filem “Psycho”. Filem ini menjadi contoh kepada penggunaan unsur suspen yang sangat berkesan kepada penonton. Terutamanya babak bilik mandi.


2. Watak utama adalah pelakon popular dan watak heroin cantik dan berambut perang.

Watak utama yang digunakan dalam filem-filemnya adalah pelakon popular. Dalam filem Rear Window sendiri, Hitchcock telah memberi peranan watak utama kepada pelakon popular pada ketika itu iaitu James Stewart. Secara tidak langsung, filemnya menjadi tarikan kepada penonton. Manakala, watak heroin Hitchcock juga gemar menggunakan pelakon cantik dan seksi serta berambut perang di dalam filem arahannya. Antara pelakonnya seperti Madeleine Carroll, Laraine Day, Ingrid Bergman, Anne Baxter, Grace Kelly, Janet Leigh, dan Tippi Hedren.  Oleh itu, beliau gemar membawa pelakon terkenal, seksi, cantik, dan berambut perang dalam arahannya.



3. Penggunaan teknik rapid cutting (pemotongan cepat)

Penggunaan pemotongan cepat ini adalah gaya yang selalu digunakan oleh Hitchcock bagi merialisasikan kesan filemnya kepada penonton dengan kejutan, suspen, dan misteri. Secara tidak langsung, teknik ini juga melambangkan montaj untuk menceritakan apa yang akan berlaku makna disebalik syot-syot yang dibuat. Sebagai contoh dalam Rear Window sendiri Hitchcock telah mengaplikasikan elemen montaj ini.

“the first occuring in that film’s ability to manifest ideas by cutting back and forth to what James Stewart sees (and shows in his facial expressions) as he watches what is happening outside his window; the second, in its manner of depicting violenct behavior and emotional turmoil during Stewart’s struggle with the murderer who has burst into his room. If the camera had viewed the latter from a distance or in continuous shots, the fearulness of the encounter would have been much diminished. By juxtaposing small bits of imagery in close-up and precisely organized among themselves, Hitchcock tell us, he was able to involve the spectator’s feeling most emphatically. When Stewart is pushed out of the window, Hitchcock shoots that “from a distance, the complete action,” and without any montage.”
                                                                         (Irving Singer 2004:13)

Begitu juga dia dalam Psycho, terdapat dua babak yang sangat familiar dengan penggunaan montaj melalui teknik pemotongan cepat (rappid cutting). Babak yang paling berkesan dengan penggunaan eleman ini ialah babak bilik mandi.



3. Menggabungkan penggunaan studio dan alam realiti sebagai latar tempat

Hitchcock banyak menggunakan latar tempat dengan menggabungkan latar tempat alam realiti dan latar tempat yang dibina di dalam studio. Contoh yang tepat melalui filem Rear Window, seratus peratus latar tempat dalam filem ini berlaku dalam studio yang dibina. Seperti juga filem The Birds (1963) juga menggabungkan latar realiti dan juga set di dalam studio.

Apa yang saya kupas tentang Alfred Hitchcock ini adalah antara sebab kenapa saya suka dengan gaya pengarah filem Hitchcock. Bagi saya seorang pengarah filem yang bagus akan dikenang berzaman, sama la kita mendendangkan Tan Sri P.Ramlee dalam sejarah filem Melayu....







1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.